Kekalkan Lah Penat Dok Membela Gini Lak Jadinya


 


TERUSLAH KEKALKAN TIONG SEBAGAI MENTERI PELANCONGAN…


5 Oktober 2025


Siapa pun kita,  selagi kita beragama Islam, termasuk kelompok penjilat dan pengampu, kita mesti bersuara menentang perbualan menghidangkan arak dalam majlis rasmi kerajaan.


Pelbagai pihak telah bersuara menentang dan mengecam jamuan arak di majlis anjuran Tourism Malaysia, baru-baru ini.


Cuma sedihnya, golongan pengampu terlihat agak senyap sikit dalam isu arak itu, tidak sebagaimana dalam isu Gaza dan Flotila di mana bukan main riuh lagi mereka bersuara.


Mufti pun hanya galak bersuara mempertahankan kedatangan Trump saja, isu ini masih senyap lagi.


Sebenarnya, tak guna kita bising bersuara soal Gaza dan Flotila, tetapi buat-buat buta dalam bab arak depan mata.


Isu ini lagi besar mudaratnya kepada agama dan negara kerana hidangan arak itu berlaku dalam majlis rasmi kerajaan sendiri.


Kita sudah ada sembilan Perdana Menteri sebelum ini, malang sekali perkara buruk ini berlaku di era Perdana Menteri kesepuluh, seolah-olah ada cubaan mahu arak dinormalisasikan.


Negara kita meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan jelas memang terdapat larangan untuk menghidangkan arak di majlis-majlis rasmi kerajaan.


Kalau bukan Islam nak minum arak, minumlah di majlis jamuan sendiri, guna duit sendiri dan mabuklah sampai dinihari, tiada siapa pun akan peduli.


Tetapi atas nama kerajaan, selagi Malaysia ini meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara, larangan menghidangkan arak di majlis rasmi hendaklah dipatuhi.


Kepada PM, tolonglah jangan simpan suara dalam menegur Menteri Pelancongan, Tiong King Sing atas perbuatannya itu, kalau pun barangkali beliau tidak berani untuk memecatnya daripada kabinet.


Sudahlah beliau bersikap biadap dengan membenarkan hidangan arak di majlis makan malam Tourism Malaysia itu, malah kemudian didapati berbohong pula.


Pada mulanya beliah berdalih mengatakan majlis makan malam itu bukan anjuran Tourism Malaysia, tetapi dianjurkan oleh pihak indusrti dalam sektor pelancongan.


Katanya, Tourism Malaysia hanya meminjam majlis tersebut untuk melancarkan Kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026.


Aduhhhh…kesiannya…sejak bila agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia yang ada pejabat di banyak negara di seluruh dunia, tiba-tiba begitu miskin dan tak cukup duit sehingga terpaksa meminjam  majlis pihak lain untuk melancarkan Kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026?


Kemudian, apabila surat jemputan majlis makan malam itu diviralkan di mana ia jelas menyebut Tourism Malaysia sebagai penganjur, Tiong berdalih lain pula.


Beliau akhirnya mengakui Tourism Malaysia memang penganjur pada awalnya, tetapi diambil alih oleh pihak industri pelancongan pada saat-saat akhir.


Tiong berkata, Ketua Pengarah Tourism Malaysia telah memohon kelulusannya bagi perubahan berkenaan dan beliau memberi kebenaran mengambil kira langkah itu juga dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan.


“Jika mereka sanggup untuk menanggung kos dan membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan, mengapa pula kita tidak harus menyokongnya?” ujar Tiong.


Dalih kedua Tiong ini  benar-benar kelakar dan rasanya tidak pernah berlaku di mana-mana negara di dunia sebelum ini.


Kerajaan adalah entiti yang lebih besar daripada pihak industri dan tiada sebab mereka perlu berbuat demikian.


Lagi pun, biasanya syarikat-syarikat yang berniaga dengan kerajaan, mereka itu lebih cenderung untuk “kaut lebih” berbanding bersikap baik hati.


Kalau mereka mahu menganjurkan sesuatu majlis, mereka akan merancangnya sejak awal lagi, bukan “hijack” majlis kerajaan di saat-saat akhir dan di ketika surat jemputan sudah dikeluarkan.


Yang nyata, berikutan apa yang dilakukan Tiong serta dalih demi dalih yang ditunjukkannya untuk menegakkan benang basah, beliau sebenarnya tidak layak sama sekali berada dalam kabinet madani.


Antara ciri madani ialah bercakap benar dan tidak berbohong.


Keberadaannya tidak diperlukan lagi, tambahan ini bukan kali pertama beliau mengguris hati umat Islam negara ini.


Teruslah kekalkannya sebagai menteri jika kerajaan ini benar-benar mahu diturunkan bala oleh Yang Maha Esa. – ShahbudinHusin 05Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/kekalkanlah-tiong-sebagai-menteri/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/kekalkan-lah-penat-dok-membela-gini-lak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kstua Pemuda Pas Cam Gini

Kstua Pemuda Pas Cam Gini

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 365 hits
Afnan Hamimi ni bab sembang kencang Kambing pun boleh terbang Realitinya kita check satu satu hasil 4 Negeri PAS menang Hasil 2025 4 Negeri PAS menang Kelantan RM997 26 juta Terengganu RM1 997 bilion Kedah RM790 juta Perlis RM122 93 jutaJum...
Hiburan Kenapa Sampai Macam Tu Jadinya Hael Husaini Didakwa Kini Dilihat Terlalu Feminin Peminat Rindu Imej Manly

Hiburan Kenapa Sampai Macam Tu Jadinya Hael Husaini Didakwa Kini Dilihat Terlalu Feminin Peminat Rindu Imej Manly

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 407 hits
Baru baru ini di laman tular satu hantaran memaparkan tangkap layar foto penyanyi terkenal Hael Husaini sedang melakukan persembahan di Pavillin Kuala Lumpur Imej terbaru Hael Husaini curi perhatian Namun begitu perkara yang membuatkan hant...
Kalau Batal Ini Jadinya Kiok

Kalau Batal Ini Jadinya Kiok

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 267 hits
Fedah Wallaoun SeMalaysia nak sangat2 kerajaan batalkan Akta 1960 tu balik kih kih kih kih
Lain Betul Jadinya Bila Abang Petronas Try Jadi Plumber Rumah

Lain Betul Jadinya Bila Abang Petronas Try Jadi Plumber Rumah

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1262 hits
Lain Betul Jadinya Bila Abang Petronas Try Jadi Plumber Rumah Kalau cakap pasal rakyat Malaysia memang tak pernah kering idea nak hiburkan orang Ada saja gelagat spontan yang kadang kadang tak masuk akal tapi boleh buat kita terguling gelak...
Yang Kapiaq Pun Dok Berjuang Artis Kita Siap Jadi Duta Berkempen Produk Isr El Netizen

Yang Kapiaq Pun Dok Berjuang Artis Kita Siap Jadi Duta Berkempen Produk Isr El Netizen

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 92 hits
Seluruh dunia kini sedang tertumpu dengan gerakan Global Sumud Flotilla yang diserang tentera Israel di perairan antarabangsa Sehingga kini 12 rakyat Malaysia telah ditahan tentera Israel dan dibawa ke satu tempat yang belum dimaklumkan zio...
Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Gsf Delegasi Malaysia Dijadual Berlepas Pulang Ke Tanah Air Isnin Ini

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla

Land Dispute In Klang Stalls West Coast Expressway

Contoh Pempengaruh Tone Deaf Pentingkan Wang Ada Gerakan Boikot Ameera Khan Rizalman

Jawablah Di Akhirat Nanti Datuk Aaron Aziz Kesal Video Boikot Diputar Belit Individu Tidak Bertanggungjawab

1 Nota Terperinci Struktur Ayat Dan Pengenalan Grammar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Musim Bunga Kertas Kenali Id Bunga Kertas Di Halaman Anda

Flavorful Healthy Chicken Yakisoba Recipe

T22j14 Aidan Pengendali Drive Thru Malam

Konspirasi Cilok Kampung Gelam

Doa Malam 5 Okt 2025