Kekalahan Di Tg Piai Kuatkan Persepsi Ph Kerajaan Sepenggal


Timmy Say
-November 18, 2019 7:00 AM

Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.

Calon BN, Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi mengatasi calon PH, Karmaine Sardini, yang mendapat 10,380 undi. Ya, majoriti yang diperolehi calon BN adalah 1.5 kali ganda undi yang diperolehi calon PH.

Ahli politik bergegas menyalurkan naratif sendiri terhadap kekalahan teruk PH di Tanjung Piai mengikut selera masing-masing.

Dari sebelah PH, ada menteri yang menyifatkan kekalahan teruk ini sebagai gempa politik, ada pula menteri yang memohon maaf.

Ramai pimpinan PH menyalahkan kekalahan ini kepada kepimpinan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Ada pula menteri yang menyalahkan komunikasi atas kekalahan teruk ini dan ada yang menggesa kerajaan kembali melaksanakan reformasi.

Dari sebelah BN pula, ramai yang berkata keputusan PRK Tanjung Piai adalah tanda penerimaan rakyat terhadap Piagam Muafakat Nasional.

Ada pula yang berkata kekalahan teruk PH bermakna PPBM akan pendek umur, ada juga yang menyimpulkan kemenangan besar BN adalah pungutan suara rakyat serta mesej jelas mereka tidak lagi percaya kepada kerajaan PH untuk menerajui negara.

Di dalam soal menaratifkan keputusan PRK Tanjung Piai, tiada siapa yang tahu siapa betul dan silap. Kesemuanya cuma kesimpulan mengikut keuntungan politik masing-masing.

Contohnya, apakah undi Cina betul-betul beralih kepada BN?

Andaikan keputusan PRK Tanjung Piai boleh menentukan hidup mati kerajaan PH, apakah orang Cina masih akan mengundi BN ataupun MCA? Tiada siapa yang yakin perkara ini akan berlaku.

PRK Tanjung Piai sepatutnya pilihan raya kecil yang tidak akan membawa perubahan kepada politik negara, oleh itu ramai yang berani bereksperimen.

Yang marah buat undi protes merajuk, yang kecewa nak mengajar orang yang mengecewakannya. Yang tidak sabar untuk menaiki jawatan lebih tinggi melakukan sabotaj secara senyap-senyap, yang benci dengan parti Mahathir pula mengundi pihak lawan.

Asalnya, kesan paling teruk yang boleh berlaku kepada PH akibat kekalahan di Tanjung Piai hanyalah kehilangan satu kerusi Parlimen PPBM dan peningkatan tekanan dalaman terhadap Mahathir untuk melepaskan jawatan perdana menteri.

Cuma tiada siapa sangka apabila semuanya berlaku serentak, keputusannya begitu mengejutkan dan memalukan PH. Keputusan ini tidak akan tercapai tanpa bantuan secara tidak langsung daripada penyokong PH sendiri.

Sasaran asal undi protes hanyalah untuk mengajar PPBM dan Mahathir, tetapi oleh kerana majoriti kekalahan sebegitu besar, yang terkena sekarang ialah seluruh PH, bukannya PPBM dan Mahathir saja.

Percayalah, ramai di dalam PH akan tersilap jika mereka menganggap perkara ini dapat diselesaikan dengan menggantikan perdana menteri secepat mungkin, cubalah kalau tidak percaya.

Hakikatnya, keputusan PRK Tanjung Piai menguatkan persepsi awam PH hanyalah kerajaan sepenggal. Ini adalah masalah terbesar PH sekarang dan masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan hanya menukar perdana menteri.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/kekalahan-di-tg-piai-kuatkan-persepsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Di Tanjung Piai Rakyat Sudah Muak Dengan Kerajaan Ph

Kalah Di Tanjung Piai Rakyat Sudah Muak Dengan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 335 hits
KETUA Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan kekalahan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai semalam menunjukkan rakyat sudah muak dengan kerajaan hari ini Kal...
Kerajaan Yang Gagal Lawan Persepsi Adalah Kerajaan Yang Lemah

Kerajaan Yang Gagal Lawan Persepsi Adalah Kerajaan Yang Lemah

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 279 hits
Katanya menerusi langkah itu pemimpin pemimpin negara tidak berpeluang mencari kemewahan diri tanpa rasa takut akan hukuman yang menanti
Jadikan Tg Piai Referandum Rakyat Tolak Kerajaan Ph

Jadikan Tg Piai Referandum Rakyat Tolak Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 254 hits
Wajah DAP dibelakang calon PHNovember 14 2019TANJUNG PIAI Calon parti mana sekalipun yang mewakili PH hakikat sebenar di belakang mereka adalah DAP sekali gus mengalahkan PH bermakna menewaskan DAP demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Neg...
Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

Sejarah Kekalahan Paling Buruk Bagi Parti Pemerintah Di Pirake Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 637 hits
NOTA kemaskini Keputusan rasmi Pirake P 165 Tanjung Piai Wee Jeck Seng 25 466 Majoriti 15 086 Karmaine Sardin 10 380 Dr Badrulhisham Abd Aziz 859 Wendy 1 707 Bebas Ang Chuan Lock 380 Bebas Faridah Ariayani Abdul Ghafar 32 KELMARIN dalam cat...
2 Isu Berjasa Ketengahkan Di Tg Piai Dapat Perhatian Kerajaan

2 Isu Berjasa Ketengahkan Di Tg Piai Dapat Perhatian Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 277 hits
Sepanjang kempen penduduk terima agenda penyatuan Melayu IslamBANGI Presiden Berjasa Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz berpuas hati walaupun tidak berjaya menawan Tanjung Piai partinya tetap berbakti kepada penduduk kawasan itu menerus...
Prk Tanjung Piai Kesihan Dianiaya Kerajaan Ph

Prk Tanjung Piai Kesihan Dianiaya Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 519 hits
Kita simpati dengan penganiayaan ke atas rakyat seperti para nelayan 4 11 19 800 nelayan di parlimen Tanjung Piai kecewa apabila wang bantuan yang mereka terima sebelum ini masih belum diterima sehingga kini https malaysiagazette com 2019 1...
Tanjung Piai Bersih 2 0 Kecewa Ph Salahguna Dana Kerajaan

Tanjung Piai Bersih 2 0 Kecewa Ph Salahguna Dana Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 310 hits
TANJUNG PIAI Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendakwa tindakan Pakatan Harapan memancing undi dengan menghulurkan bantuan wang tunai adalah menyalahi undang undang serta tidak beretika Dalam satu kenyataan hari ini badan bukan kerajaa...
Keputusan Prk Bukti Ph Kerajaan Sepenggal

Keputusan Prk Bukti Ph Kerajaan Sepenggal

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 223 hits
DATO DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT TAKIRI SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada pengundi dalam PRK Tanjung Piai kerana telah memberi harapan baru bahawa negara ini boleh diselamatkan dari tangan rakus Pakatan Harapan dengan membuat peno...
Media Kerajaan Tak Mainkan Peranan Punca Ph Tewas Di Tanjung Piai Ilham Centre

Media Kerajaan Tak Mainkan Peranan Punca Ph Tewas Di Tanjung Piai Ilham Centre

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 233 hits
Media Kerajaan didakwa menjadi punca kekalahan Pakatan Harapan di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai baru baru ini nbsp Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Muhd Yusri Ibrahim berkata media kerajaan tidak memainkan peranan yang berkesan dalam mena...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up