Kek Sarang Semut
Mesti ramai pernah dengar Kek Sarang Semut atau ada panggil Honeycomb Cake. Ada juga yang panggil Kek Gula Hangus sebab menggunakan karamel gula hangus. Kek ni jenis kek padat bukan jenis kek macam kek butter atau kek span, bukan juga padat seperti brownies. Tapi dia lebih kepada seperti bingka. Tapi rasanya sangatlah sedap dengan harum gula karamel bercampur butter. Sebenarnya saya ada masuk kelas untuk buat kek ni dan beberapa kali cuba berjaya juga dapat sarang dalam tu. Sebab ramai yang bertanya resepi yang saya tak dapat nak kongsikan di blog ini kerana saya kena juga menjaga periuk nasi cikgu kelas saya. Oleh itu saya cuba resepi dari orang lain yang ada juga berkongsi resepi Kek Sarang Semut ni.
Sebenarnya sarang ni tak berapa menjadi. Patut sarang yang elok dia menjalar panjang lagi dari atas ke bawah kek. Macam tu baru betul sarangnya. Tak kisah lah jadi macam mana tapi kek ni sedap sangat. Tips nak sedap kek ni kena pakai butter premium atau butter yang peratusan lepa susunya tinggi
Nanti bila free Kekny cuba usahakan buat video Kek Sarang Semut ni You Tube Kekny. Jangan lupa subscribe my You Tube Channel ENY ABDULLAH
Kek Sarang Semut Bahan-bahan :
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Cara penyediaan :
Buat dulu gula hangus. Cairkan gula dalam kuali atas api perlahan sehingga mencair dan jadi perang, bila gula cair sepenuhnya sampai naik buih masukkan air biasa atau air panas. Kemudian masukkan butter dan biar butter mencair.
Pecahkan telur dan pukul guna spatula sahaja sampai telur cair dan rata (tak berketul putih dan kuningnya)
Masukkan susu pekat dan esen vanilla dalam telur.
Masukkan gula hangus yang kita buat tadi (tapis masuk dalam ya)
Masukkan tepung gandum yang diayak bersama soda.
kacau rata sehingga tepung rata. Kalau ada biji biji tepung boleh tapis dan pecahkan biji dalam penapis.
Masukkan adunan dalam acuan 7 x 7 inci atau kalau bulat berlubang ni ( acuan bingka) saiz 24 cm. dan perap selama 3-4 jam sebelum dibakar. Nak bakar ni kena ikut oven. Suhu tak boleh terlalu panas atau rendah, Oven saya 170C. Bakar selama 45 minit ke 55 minit ikut saiz acuan kita guna. Kalau kecil dan tebal maka lama sikit la.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.enyabdullah.com/2020/03/kek-sarang-semut.html