Kek Ogura Roselle Tanpa Pewarna Tiruan Merah Asli Dari Roselle
Kek ogura teksturnya memang sangat lembut seperti chiffon cake. Menurut Sue M. Arukin selain roselle kebiasaannya beberapa perisa lain juga boleh digunakan seperti pandan, oren, lemon dan lain-lain.
Tapi istimewa kali ini Sue menggunakan roselle yang kaya dengan vitamin C dan bersifat anti oksidan. Roselle ni adalah tumbuhan renek dari spesis bunga raya. Selain menjadi ramuan kek ia juga lazat dijadikan minuman, jus, jam, acar dan halwa.
Resipi kek ogura roselle ini memang sedap dengan ramuan pes roselle. Berbaloi untuk dicuba.
ROSELLE OGURA CAKE
BAHAN-BAHAN :
80gram tepung kek @ tepung naik sendiri20gram tepung jagung70gram susu segar60gram minyak sayur20gram gula castor (halus)5 biji kuning telur gred A1 biji telur gred A1 sudu makan pes roselle*Secubit garamBahan-bahan B:
60gram gula castor (halus)5 biji putih telur gred A1/4 sudu teh cream of tartarCARA MEMASAK :
1. Pukul putih telur (dari bahan B hingga agak ringan. Masukkan gula sedikit demi sedikit bersama cream of tartar lalu pukul lagi hingga menjadi meringue yang ringan (soft peak, tidak terlalu kental). Ketepikan.
2. Dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul kuning telur & telur bersama minyak sayur dan gula hingga kembang dan agak ringan.
3. Tuang susu dan pes roselle lalu pukul lagi.
4. Masukkan tepung kek dan tepung jagung yang telah diayak bersama garam ke dalam adunan lalu kacau rata (jangan pukul, kacau guna senduk Kayu je).
5. Tuang separuh meringue ke dalam adunan kek dan kaup-balikkan dengan senduk kayu (jangan pukul, cuma kaup-balikkan perlahan dengan tangan). Tuang separuh lagi meringue dan kaup-balikkan lagi hingga semua bahan rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan kek yang telah disapu sedikit minyak dan di alas dengan kertas parchment. Hentakkan adunan beberapa kali supaya tiada angin yang terperangkap.
7. Letak acuan kek tadi ke dalam satu lagi dulang yang berisi air (separuh ketinggian dulang).
8. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit atau hingga kek masak. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum dipotong.NOTA DARI SUE :
*cara buat pes roselle; boleh didapati dari resepi kek roselle cranberry yang Sue pernah share sebelum ini. Boleh diganti dengan perasa lain jika suka.
*kaedah membakar kek dalam dulang berisi air dipanggil 'steam bath' atau bakar kukus. Ini untuk mendapatkan tekstur kek yang lembut dan ringan dan supaya keliling kek tidak hangus.
*meringue (bancuhan putih telur) haruslah mencapai tahap 'soft peak' iaitu akan jadi seperti tanduk jika diangkat (jangan pukul putih telur berlebihan atau terlalu kental).
*susu segar boleh diganti dengan susu cair jika suka.
Kredit foto & resipi : Sue M. Arukin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/kek-ogura-roselle-tanpa-pewarna-tiruan.html