Kek Marble Pandan Gebu




Kuliah Zoom Ustaz Mat Esa Deraman, Tokku Pasir Gudang bab Wali wali Allah dari Kitab Ibnu Qudamah ada disentuh bab salah satu buruan para wali Allah ialah qiyam. Kalau nak tahu buruan para wali yang lain, boleh baca di SINI. Entah kenapa saya sangat suka dengan kuliah dan huraian oleh Tokku. Setiap patah ayat yang digunakannya, saya ingin tulis kerana ianya adalah jawapan kepada banyak perkara yang saya sangat ingin belajar dan dahagakan. 
Saya cuma ingin menulis sedikit sahaja dari bab qiyam di mana Nabi qiyam dan tidur sekejap selepas qabliah subuh. Bila penat sangat sehingga boleh mengganggu solat subuh, kita tidur sekejap. Untuk membantu kita menjadi lebih kuat bagi melakukan ibadah yang lebih aula iaitu solat subuh. Kalau tidur dan dikuatiri tak bangun, jangan tidur.
Nabi tidur di atas tangan yang diletak di pipi supaya bila mengantuk akan terjaga bila dekat waktu solat. Tidur untuk kuatkan tenaga dan kekuatan dalam beribadah adalah sunat. Begitu juga, kalau sebelum solat Zohor, rasa mengantuk, tidur sekejap. 
Qiyam bukan khusus untuk solat dan baca Al Quran semata tetapi zikir dan doa juga adalah qiyam. Qiyam adalah menghidupkan malam. Bila tersedar, baca, 
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'alaa kulli syai-in qodiir, 
Subhaanallaah, walhamdulillaah laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, 
Wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah. 
Rabbirfirli.
Telah tercatat pahala qiyam atau bila tersedar dan berdoa "Ya Allah ampunkan lah dosa aku dan ibubapa ku". Maka dia telah mendapat pahala qiyam.
Atau bila bangun baca buku, study atau dengar ceramah, dia dah dapat pahala qiyam. qiyam adalah hidupkan malam dengan mengingati Allah dengan apa cara sekali pun. 
Uzur bukan lesen untuk bangun lewat dan mengingati Allah dengan apa sahaja. Perempuan uzur bangun pukul 9 pagi yang menutup pintu ibadat. Bangun awal adalah yang paling baik. Bangun awal dan qiyam dengan doa dan zikir. Kita telah mendapat pahala qiyam asalkan malam kita hidupkan dengan mengingati Allah. Sekarang kita masuk pula bab resipi. Semoga apa yang dikongsikan memberi manafaat kepada semua. 

Saya suka sangat dengan kek simple macam ni. Kek mentega atau kek marble yang menggunakan sedikit serbuk koko atau perisa pandan. Kalau kek coklat sepenuhnya, saya kuranglah sikit. 
Teringat masa abang sulung belajar di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor dulu di mana arwah Bonda saya akan meminta kakak sepupu untuk menyediakan kek untuk dipos ke sana. Kek itu dimasukkan ke dalam bekas tin. Jadi nak memuatkan bekas tin, dapat lah saya merasa kek yang dipotong sikit tu. Saya sendiri tak pernah makan kek sebiji macam tu. 
Hahaha arwah Bonda saya kiranya walaupun orang kampung, ada juga lah ingat nak menghantar kek kepada anaknya. Sedangkan kek adalah makanan mewah pada kami kerana kami tak pernah makan kek kecuali kek potong yang memang dijual atas meja di kedai kedai makan. 
Bila saya dah cukup duit, kek lah masakan pertama yang saya cuba masak. Masak atas dapur kayu menggunakan sabut kelapa yang diletak di atas tudung periuk. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...

Kek Marble Pandan GebuOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 cawan mentega - 200 gram1 cawan gula kaster - 200 gram3 biji telur2 cawan tepung gandum     } - 220 gram1 sudu kecil baking powder }1 sudu kecil ovallete1 sudu kecil esen vanilla3 sudu besar susu pekat manis2 sudu besar pes pandan + pewarna hijau - saya guna ½ sudu besar pes
Cara cara:Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu demi satu sambil terus diputar

Masukkan ovalette, essen vanila dan susu pekat manis. Putar hingga sebati

Masukkan tepung gandum dan kacau dengan spatula secara kaup balik adunan

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (414 gram) dan masukkan pes pandan + pewarna hijau. Satu bahagian lagi biarkan dalam warna asal

Panaskan oven pada suhu 170C. Alas loyang saiz 8”x8” dan masukkan adunan secara berselang seli. Kemudian lorek mengikut yang disukai


Tuang adunan berselang seli sehingga habis. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak. Nota: jangan terlebih masak kerana kek akan kurang moist kalau terlebih bakar. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/10/kek-marble-pandan-gebu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Pandan Gula Melaka Mccaf Dari Secret Recipe

Kek Pandan Gula Melaka Mccaf Dari Secret Recipe

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 527 hits
Kek pandan gula Melaka perisa kek baharu McCaf McD didatangkan bersama apple crumble cheesecake dalam mccafe cake menu Malaysia Kek pandan gula Melaka kesinambungan dari post tu Bukan kek pandan beli baru Konon nak beli perfect match cake M...
Kek Pandan Kukus Tanpa Santan

Kek Pandan Kukus Tanpa Santan

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 375 hits
KEK PANDAN 21 8 2021Akhirnya tercapai jugak hasrat nak buat kek pandan Sebenarnya sudah lama aku teringin nak buat sendiri kek pandan tapi asyik tertangguh nak buat sebab lebih seronok makan kek coklat uhuk uhuk Kek pandan sebenarnya sangat...
Kek Span Tembikai Moist Lembut Dan Terlajak Gebu Tak Sampai Sehari Boleh Habis Licin

Kek Span Tembikai Moist Lembut Dan Terlajak Gebu Tak Sampai Sehari Boleh Habis Licin

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 233 hits
Kek span antara kek kegemaran anak anak kerana rasanya yang lembut dan berlemak ditambah pula dengan hiasan yang menarik di atas kek tersebut Kali ini kami kongsikan resipi kek span tembikai yang sangat sedap dan moist Jom ikuti resipi ini ...
Resepi Kek Butter Super Gebu Cantik Dan Sedap

Resepi Kek Butter Super Gebu Cantik Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 671 hits
Mencari idea Resepi Kek Butter yang super gebu cantik dan sedap Cara membuatnya pun tidak renyah dan confirm jadi Kali ini kita cuba pulak Resepi Kek Butter Super Gebu Cantik dan Sedap daripada Tini Ahmad Resepinya sangat ringkas so senangl...
Begini Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu Dulu

Begini Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 511 hits
Kuih Bakar Pandan memang sedap Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya lembut wangi bau daun pandan memang puas hati Namun bagi yanga mengalami alahan agak susah nak jumpa Kuih Bakar Pandan yang dimasak tanpa menggunakan telur namun mempunyai...
Jom Buat Resipi Roti Pandan Kelapa Versi Orang Bandar

Jom Buat Resipi Roti Pandan Kelapa Versi Orang Bandar

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 412 hits
Roti pandan sebelum ini pernah menjadi viral kena asyik habis saja di kedai Memandangkan asyik sold out saja apa kata kita buat sendiri roti pandan ni di rumah Jom kita cuba resipi roti pandan kelapa orang bandar yang dikongsi Rizal KingRiz...
Resipi Puding Roti Pandan Layer Sedap Rupanya Patutlah Viral

Resipi Puding Roti Pandan Layer Sedap Rupanya Patutlah Viral

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 490 hits
Jom cuba buat Puding Roti Pandan Layer yang sangat sedap perkongsian saudari Rozita Daud Menggunakan Roti Pandan viral memang sedap hasilnya Lembut lemak manis memang enak dimakan sejuk Sesuai sangatlah dimakan dikala cuaca panas ni Bahan b...
Resepi Kek Karamel Pelangi Gebus

Resepi Kek Karamel Pelangi Gebus

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 429 hits
Tak pernah jemu febret 4ever nikmatnya makan sejuk sejuk
Buat Kek Guna Resipi Dari Buku Bm Darjah 2 Sedap Memang Menjadi

Buat Kek Guna Resipi Dari Buku Bm Darjah 2 Sedap Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 306 hits
Baru baru ini viral mengenai resipi Kek Hari Jadi dari buku teks Bahasa Melayu darjah 2 Ramai yang telah mencubanya dan ternyata menjadi dengan sempurna Wow Anda dah cuba Resipi ini adalah resipi asas kek sahaja dan bebas untuk menambah bah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching