Kejora Terus Cemerlang Bangun Johor Tenggara


Oleh Mohamed Farid Noh KOTA TINGGI: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bakal menyambut sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhannya, tahun depan, iaitu pada 1 Jun 2022.
KEJORA yang ditubuhkan pada 1 Jun 1972 adalah antara Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) terawal ditubuhkan di Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan membangunkan Wilayah Johor Tenggara.
Wilayah KEJORA di bahagian Johor Tenggara itu membabitkan kawasan seluas 151,231 hektar Wilayah semenanjung Pengerang dan 149,919 hektar Wilayah Johor Tengah.
Penubuhannya adalah satu strategi pembangunan terancang kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mencapai keseimbangan pembangunan dan ekonomi antara wilayah.
Bertunjangkan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB)bagi mencapai visi Luar Bandar Sejahtera, KEJORA terus mengorak langkah untuk menjadi Peneraju Wilayah Johor Tenggara pada 2030.
Pengerusinya, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh, berkata banyak perubahan yang dilakukan KEJORA di bahagian Johor Tenggara yang bermula daripada kawasan yang tidak dikenali serta hutan belukar.
"Hari ini, banyak bangunan, infrastruktur serta kemudahan fasiliti dibina di Wilayah KEJORA khususnya di Bandar Penawar, di sini.
"Bagi menyemarakkan sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan KEJORA, pelbagai acara menjelang sambutan sudah disusun dan akan dilaksanakan bagi menghargai jasa anggota, selain memaklumkan kepada umum kejayaannya sejak ditubuhkan.

"Antara acara yang disenaraikan sepanjang tahun ini hingga tahun depan termasuklah Pertandingan Merekacipta Logo Dan Slogan, Pertandingan Virtual Run 2021, Pertandingan Kuiz Online 2021, Wawancara Eksklusif, Executive Talks, Pameran 50 Tahun KEJORA dan Majlis Kemuncak Sambutan Jubli Emas 50 Tahun KEJORA," katanya pada Majlis Prapelancaran Sambutan Jubli Emas KEJORA, di sini.
Sementara itu, Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata KEJORA yang bakal menyambut sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhannya tahun depan, disifatkan sebagai LKW paling cemerlang prestasi pembangunannya, di negara ini.
Katanya, sepanjang 49 tahun penubuhannya, KEJORA berjaya membangunkan masyarakat luar bandar di wilayah Johor Tenggara menerusi pemerkasaan modal insan, prasarana dan sosioekonomi mampan.
"Sebagai satu daripada LKW yang terawal ditubuhkan di negara ini, KEJORA menggalas amanah dengan matlamat untuk menangani ketidakseimbangan wilayah melalui penerokaan tanah, pembukaan kawasan baharu dan menyediakan infrastruktur asas di kawasan yang tidak dapat diakses serta mempunyai kepadatan penduduk rendah.
"Penubuhan KEJORA pada 1 Jun 1972 adalah kesinambungan dari pembentukan LKW pada tahun 1970-an, yang bermatlamat untuk mempercepatkan pembangunan kawasan kurang maju dan menangani cabaran sosio ekonomi yang dihadapi oleh negara ini seperti kemiskinan dan ketidaksamarataan tahap ekonomi.

Abdul Rahman (kanan), menerima logo sambutan Jubli Emas KEJORA yang disampaikan A Jalil."Warga KEJORA haruslah berasa bertuah dan bersyukur kerana berjaya mengharungi pelbagai halangan dan rintangan selama 49 tahun penubuhannya.
"Kejayaan KEJORA hari ini adalah kejayaan semua warga kerja termasuk pegawai dan kakitangannya yang berganding bahu demi memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar terbela," katanya pada majlis prapelancaran berkenaan.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pengiktirafan yang diterima KEJORA lebih daripada empat dekad membuktikan pada usia Jubli Emas, KEJORA sudah mampu terkehadapan dan mendahului pembangunan di wilayah diurus LKW.
"Inilah citra yang berjaya dibina bersama hasil jerih-payah perjuangan perintis KEJORA terdahulu dan ia perlu diuar-uarkan kepada masyarakat supaya kejayaan KEJORA dapat disebar luas dan menjadi inspirasi kepada semua," katanya.

2 projek khas ringan beban, tingkat taraf hidup penduduk
Kota Tinggi: Satu daripada misi KEJORA di wilayah pembangunannya adalah meningkatkan pendapatan penduduk kumpulan sasar daripada miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) di luar bandar melalui pembabitan mereka dalam projek ekonomi yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka.
Ia termasuklah pembayaran wang sumbangan dan dividen menerusi dua projek khas iaitu Tabung Ladang Berskala Besar (TLBB) dan Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian.
Pengurus Besar KEJORA, A Jalil Md Arsad, berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM4.78 juta kepada KEJORA bagi melaksanakan Projek Tanaman Nanas menerusi Program Projek Ladang Buah Berskala Besar (EPP7), pada 2014.

Katanya, KEJORA dilantik sebagai agensi pelaksana dan pembayar bagi pelaksanaan projek berkenaan membabitkan kerja penyediaan infrastruktur luar bandar yang merangkumi jalan ladang, bekalan air dan elektrik dengan Tetuan Ergobumi Sdn Bhd dilantik sebagai syarikat peneraju dan merupakan pemajak tanah pertanian KEJORA seluas 124.542 hektar di sebahagian Kawasan Pertanian Kampung Tuan Seh, Sedili Besar bagi pelaksanaan projek berkenaan.
Oleh itu, syarikat berkenaan dikehendaki menjelaskan wang sumbangan TLBB kepada KEJORA bagi disalurkan kembali kepada penduduk golongan sasar di wilayah KEJORA khususnya peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Sinar Sedili bagi tujuan sumbangan sempena sambutan Aidilfitri, bantuan persekolahan dan juga kecemasan.
"KEJORA memperuntukkan sebanyak RM19,600 iaitu pada kadar bayaran RM200 bagi setiap ketua isi rumah (KIR) Taman Sinar Sedili membabitkan 98 keluarga.
"Ia bagi meringankan beban kewangan penduduk Taman Sinar Sedili yang terjejas pendapatannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan," katanya.
Mengulas lanjut, A Jalil berkata, bagi Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian pula pelaksanaannya diluluskan KEJORA sejak 9 November 2010 dengan peruntukan RM300,000.
Katanya, keuntungan daripada hasil pendapatan projek berkenaan diagihkan kepada 30 peserta yang disenaraikan e-Kasih di mukim Sedili Kecil.
"Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak RM22,260 bayaran dividen menerusi projek berkenaan diberikan kepada peserta melalui hasil keuntungan projek berkenaan.
"Seramai 30 peserta menerima bayaran dividen berkenaan iaitu sebanyak RM300 seorang," katanya.
Sementara itu, penerima pembayaran wang sumbangan dan dividen menerusi dua projek khas iaitu TLBB dan Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian, bersyukur bayaran berkenaan terus diberikan, sekali gus meredakan bebanan ditanggung.

Abdul Rahman (dua dari kanan) bersama A Jalil (kanan) dan Che Zakaria (kiri) bergambar dengan penerima sumbangan dan dividen, Munah (tiga dari kanan), Napsiah serta Mohammad Amin selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Sambutan Jubli Emas KEJORA.Bagi ibu tunggal, Munah Rahmat, 70, penerima dividen Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian, berkata beliau sudah menerima bayaran dividen berkenaan sejak lima tahun lalu.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana KEJORA tidak melupakan penduduk miskin di wilayah pentadbirannya.
"Manfaat yang diterima ini amat besar maknanya bagi kami penduduk kurang mampu sekali gus meredakan bebanan ditanggung," katanya.
Mohammad Amin Abu Naim, 52, yang juga penerima sumbangan TLBB pula berkata, beliau yang bekerja sebagai nelayan sememangnya terbeban dan terjejas berikutan musim monsun selain pelaksanaan PKP.
"Sumbangan yang diterima ini menambah hasil pendapatan keluarga dan boleh digunakan bagi membeli barang keperluan kami," katanya.
Ia dipersetujui peniaga burger, Napsiah Abd Manap, 47, yang bersyukur kerana sumbangan menerusi TLBB itu akan dimanfaatkan sepenuhnya penerima di kalangan keluarga B40.
"Peserta bukan sahaja disediakan rumah bagi setiap keluarga malah banyak lagi manfaat termasuk sumbangan TLBB yang sangat membantu kami," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/kejora-terus-cemerlang-bangun-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Potong Barisan Tiada Dwistandard Dalam Pemberian Vaksin Kata Mb Perak Johor

Tiada Potong Barisan Tiada Dwistandard Dalam Pemberian Vaksin Kata Mb Perak Johor

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 180 hits
PETALING JAYA Dua menteri besar memberi jaminan tiada isu potong barisan atau dwistandard dalam pemberian vaksin Di IPOH Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata pemberian vaksin bagi Fasa 1 Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan mengikut...
Southeast Asia S Biggest Solar Energy Park Coming Up In Johor

Southeast Asia S Biggest Solar Energy Park Coming Up In Johor

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 245 hits
Sultan Ibrahim said the solar park is the first large scale private investment project secured by the state for 2021 JOHOR BAHRU Johor is set to become a major producer of eco friendly energy in Southeast Asia with the opening of a RM1 4 bi...
Johor Set To Become Leading Solar Power Producer In Southeast Asia

Johor Set To Become Leading Solar Power Producer In Southeast Asia

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 210 hits
Johor is set to become a major producer of eco friendly energy in Southeast Asia with the opening of a solar power park in Pengerang Kota Tinggi worth RM1 4 billion Sultan Ibrahim Solar Park will be the biggest of its kind in the region wit...
Johor Berharap Rundingan Buka Sempadan Sambung Semula

Johor Berharap Rundingan Buka Sempadan Sambung Semula

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 222 hits
Images KONGSI ARTIKEL JOHOR BAHRU Johor mengharapkan rundingan berkaitan aturan perjalanan antara Malaysia dan Singapura termasuk membuka semula sempadan antara kedua dua negara akan bersambung semula menyusuli pelaksanaan Pr
1 018 Polis Johor Dikecualikan Terima Vaksin

1 018 Polis Johor Dikecualikan Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI AYOB Khan Mydin Pitchay menerima suntikan vaksin Covid 19 di Dewan Muafakat Johor Taman Adda Johor Bahru Johor JOHOR BAHRU Kesemua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor akan menerima suntikan vaksin...
Khianati Undi Rakyat Suatu Tindakan Hina Wanita Keadilan Johor

Khianati Undi Rakyat Suatu Tindakan Hina Wanita Keadilan Johor

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 368 hits
POSTED BY AMIR WRLR Pengkhianatan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon hari ini adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan Ketua Wanita KEADILAN Johor Napsiah Khamis berkata pengkhianatan kepada undi rakyat merupakan tindakan hina d...
Homestay Murah Jp Perdana Johor Bahru

Homestay Murah Jp Perdana Johor Bahru

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 214 hits
Homestay Murah JP Perdana Johor Bahru Terletak di JP Perdana Johor Bahru dan merupakan homestay yang strategik dengan kemudahan banyak disekelilingnya Kepada yang mencari The post appeared first on
Permohonan Lucut Hak Rm677 872 55 Milik Umno Johor Ditolak

Permohonan Lucut Hak Rm677 872 55 Milik Umno Johor Ditolak

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 275 hits
Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk melucut hak wang berjumlah RM677 872 55 yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang didakwa berkaitan skandal penyeleweng...
Puas Hati Dengan Seafood Bbq Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru Hotel

Puas Hati Dengan Seafood Bbq Dinner Buffet Renaissance Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 402 hits
Puas Hati dengan Seafood BBQ Dinner Buffet Renaissance JB Hotel Ewah dah boleh dine in semula ke kedai makan atau restoran Siap boleh duduk empat orang semeja tapi bersyarat dan ikut SOP gitu Ha apa lagi Jomlah terjah ke sini confirm puas h...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

How To Survive Thanksgiving Travel


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya