Kejohanan Bola Jaring Makswip 2020
Salam uolls,
Ya Ampun, lamanya tak menulis di blog ni. Apapun Ty nak juga ucapkan Selamat Tahun Baru 2020
Untuk entri pertama tahun 2020 ni, Ty sekadar nak luahkan rasa di hati dan perasaan sahaja. Kiranya ini adalah personal entri. Harap sudilah baca dan bagi pandangan ataupun sokongan. Gitu
KEJOHANAN BOLA JARING MAKSWIP 2020
Sejujurnya, tarikh perlawanan Ty ada urusan peribadi dan gathering bersama geng #kbba9 di McD, Putrajaya. Sungguh dilemma nak buat keputusan
Ahad, 12 Januari
Ada pertandingan Bola Jaring di antara sektor peringkat JPA sahaja. Niat di hati memang tak nak pun main sebab masih penat dari sebelum awal tahun balik kampung segala. Tapi kecian, aduhai mudah kecian. Tak cukup pemain la, banyak sangat isunya jadinya sertai juga. Semasa bermain memang la tahu kekalahan itu pasti sebab tiada strategi yang baik dengan tiada sesi latihan. Tapi main tetap la main sedaya yang mungkin boleh, walaupun ada yang tarik rambutlah, body contact sampai tolak jatuh terlentang 2X. Fuh, lebam lengan dibuatnya. Apapun seronok dapatkan keluarkan peluh walaupun balik dengan tangan kosong
TERKEJUTPagi Isnin, sakit badan ke tidak tak ada halangan untuk tidak ke pejabat. Seminit sebelum jam 8 pagi. Terima mesej melalui WhatsApp dari Kak Asmaq yang merangkap Manager dan juga Captain Bola Jaring JPA
Kenapa Ty terkejut
Ty dapat mesej dari dia, dan dia ajak main untuk peringkat MAKSWIP. Selama main untuk bahagian, selepas 12 tahun berkhidmat di JPA, rasa teruja dan bagaikan mimpi pula bila di ajak oleh orang hebat untuk sertai mereka mengharumkan nama JPA, tempat berkhidmat selama ni
Tapi seperti Ty tulis di awal tadi, Ty dilemma. Ty tidak membuat keputusan melulu tetapi hampir 1 jam kemudian baru Ty bersetuju untuk sama-sama bersama pasukan bola jaring. Apa Ty pinta ialah tunjuk ajar
Oh yeah, Ty bukan jenis riak dan bangga mendabik dada untuk dicanangkan atas pemilihan tersebut. Mengambil keputusan untuk simpan sendiri sahaja kerana sampai detik hari kejadian pasti akan diketahui orang juga
Dan Ty tidak mahu ada yang tidak puas hati dan berdengki dengan Ty. Kerana Ty pasti semua yang turut menyumbangkan tenaga dan masa ketika pertandingan antara sektor cumanya Ty sendiri tidak tahu ada sesi pemilihan pemain sekalipun. Semestinya Ty sedar dan tahu, ramai lagi yang lebih hebat dan baik untuk bermain. Apapun keputusan pemilihan bukan bidang kuasa Ty
Berbalik kepada cerita, bila tiba hari kejadian. Alhamdulillah JPA layak ke peringkat seterusnya dan seterusnya sehinggalah kami masih ada peluang untuk ke Semi Final pada keesokan harinya. Weekends kami di Uniten
JPA & MSN
Grouping kalah dengan pasukan MSN, Naib Johan kumpulan. Dan di pusingan final juga bertemu semula dengan mereka. Dan sekali lagi pasukan JPA berjaya memperoleh kejayaan dan dinobatkan sebagai Naib Johan. Tahniah, Pasukan Bola Jaring JPA
Sesungguhnya, berasa sangat berbesar hati dipilih untuk sertai dan bersama-sama menjayakan kemenangan. Mungkin tidak hebat dan tidak munyumbang sebanyak mungkin untuk pasukan. Tapi spirit dan trust sesama pemain dalam pasukan membuatkan Ty semangat
SEDIHBak kata orang, bila dah menang ada yang mula berbunyi dan mempersoalkan itu ini. Kenapa Ty terpilih? Kenapa itu? Kenapa ini
Sedangkan, Ty sendiri tidak tahu siapa yang bertanya dan membawang. Cuma bagi Ty ini rezeki Ty dan peluang Ty sambil dapat timba pengalaman. Dapat juga Ty belajar dan ciduk ilmu yang dikongsikan oleh semua pemain hebat. Tiada niat untuk Ty bolot semua sukan di JPA. Ty tak mengerti kenapa ada saja manusia di abad ini masih lagi wujud dengan perasaan iri hati dan memperlekehkan kebolehan orang lain. Untuk Ty, mudah. Jika rasa ingin diri mewakili sehingga peringkat apa sekalipun, pastikan diri tu ada ketika sesi pemilihan dan tonjolkanlah kehebatan itu. Mujur semua pemain dan orang terdekat beri Ty semangat untuk pedulikan toxic people ini semua
Untuk makluman, Ty dah mula bersukan sejak umur 9 tahun. Bermula dari Olahraga, Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton dan Hoki. Wakil sekolah dan daerah dan juga negeri. Pengalaman indah. Jiwa seorang yang suka bersukan tidak akan sama dengan mereka yang tidak minat
Terima kasih semua yang percayakan Ty dan sokong Ty. Buat yang mempertikaikan, Ty minta maaf kerana bukan Ty yang buat keputusan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yanty.my/2020/01/kejohanan-bola-jaring-makswip-2020.html