Kehilangan Yang Harus Direlakan
Assalamualaikum. Kehilangan yang harus direlakan. Tajuk bukan main lagi ya. Bermadah sangat ni. Hihi.
Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Ianya telah pun tertulis. Kali ini Cik Rose nak bercerita mengenai kehilangan haiwan peliharaan, khususnya kucing. Bagi Cik Rose, kucing peliharaan bukan sekadar kucing. Dah Cik Rose anggap sebagai anak. Biarlah apa kata orang. Bagi Cik Rose, mereka adalah anak-anak Cik Rose.
Duduk sekali, makan minum semuanya sekali. Tidur sekali. Ke mana-mana pun dibawa juga. Contohnya balik kampung, tetap kami suami isteri bawa. Berangkut semuanya balik jumpa mak ayah, iaitu nenek atok mereka. Keluarga Cik Rose pun sayangkan mereka.
Namun, siapa kita untuk menidakkan pemergian mereka? Mereka juga terdedah dengan pelbagai virus, dan risiko-risiko lain.
Kehilangan pertama anak Cik Rose, memang sangat berbekas di hati ni. Tak dapat terima, menangis tak henti. Mengenangkan pemergiannya. Berfikir lagi apa salah dan kurang aku menjaganya. Cik Rose lupa akan hakikat yang setiap yang bernyawa pasti akan pergi suatu masa nanti.
Hinggalah Cik Rose diuji dengan kehilangan lagi. Barulah Cik Rose tersedar dari lamunan. Kita dah berusaha sehabis daya. Berusaha untuk ke klinik mencari penawar. Berusaha dengan memberikan makanan yang terbaik buat mereka. Berusaha meluangkan masa bermain dan bermanja dengan mereka. Jika dah tertulis mereka akan pergi, Cik Rose perlu terima.
Setidaknya, Cik Rose dah berusaha memberikan yang terbaik. Bila lihat gambar di bawah ni di facebook, Cik Rose jadi rindu akan anak-anak Cik Rose.
Ciptalah seberapa banyak kenangan dengan mereka. Jagalah mereka dengan ikhlas. Kita tak tahu bila masanya kita akan berpisah.
Moga semua yang telah merasai kehilangan ini akan jadi lebih tabah dan tenang.
Sesungguhnya rasa rindu itu tetap ada. Gambar-gambar dan video-video merekalah yang akan mengubati kerinduan kita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2023/09/kehilangan-yang-harus-direlakan.html