Kehidupan Duit Hilang Lapangkan Dada Bukan Rezekilah Tu


 Assalamualaikum semua :)
Kau orang semua pernah hilang duit tak?

Takde beli apa – apa pun tapi jumlah duit tiba – tiba berkurangan.

Baru – baru ni, nia ada kehilangan duit. Bila nia kira jumlah duit dalam dompet dan perasan jumlahnya telah berkurangan, terus berderau darah nia. Cuak terus masa tu. Empat lima kali jugak nia kira semula jumlahnya untuk pastikan nia tak tersalah kira. Ternyata, duit nia hilang.

Nia pun termenung.

Mana hilangnya duit tu?

Nia semak semula resit yang tersimpan dalam dompet satu per satu. Inilah salah satu sebab kenapa orang perempuan suka simpan resit bebanyak dalam dompet yee supaya senang nak jejak perbelanjaan harian. Kadang tu daripada rumah rancang nak beli barang lain tapi bila dah masuk kedai, mulalah kena rasuk. Macam – macam dicapainya. Sampai kat kaunter, tahu – tahu dah penuh satu troli. Pengsan. KAH

Okey, balik semula ke cerita asal.

Bila dikira semula jumlah perbelanjaan hari tersebut, memang betul duit nia hilang. Erggg, kecewaaaaaa T.T

Nia pun mengadu dekat abah dengan muka sedih sememeh, ‘Abah, duit angah hilaaaaaanngggg.’

Macam biasa, abah akan suruh kira betul – betul dulu duit yang ada dan cari dekat tempat yang biasa nia letak duit. Bila nia cakap nia dah buat semua tu tapi masih tak jumpa duit yang hilang tu, abah cakap ‘Bukan bahagian awaklah duit yang hilang tu. Lapangkan dada. Itu rezeki orang lain barangkali.’

Mmmmmmmmmmm.

Abah sambung, ‘Angah lepas ni kena belajar bersedekah selalu untuk hilangkan rasa sayang pada duit. Ingat, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Bukannya rezeki yang kita dapat tu, kita punya seorang.’

Opsss, setepek kena.

Tapi nia tak nafikan, pada zaman sekarang yang segala – galanya memerlukan duit, nia memang sangat berkira dalam bab duit. Kadang tu nak belanja keluarga sendiri duk berkira – kira. Padahal kalau berkongsi rezekikan lebih terasa manisnya. Tapi itulah, bercakap memang senang nak mengamalkannya payah.

Ayuhlah kita sama – sama ubah diri daripada seorang yang sayangkan duit kepada seorang yang suka berkongsi rezeki. Dan ingat pesanan abah nia, kalau duit hilang mungkin bukan rezeki kita untuk merasanya.





Sumber gambar: google.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nia-emkay.blogspot.com/2023/08/kehidupan-duit-hilang-lapangkan-dada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
70 Undi Bn Beralih Ph Hilang Simpang Jeram Kata Kj

70 Undi Bn Beralih Ph Hilang Simpang Jeram Kata Kj

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 343 hits
Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata peralihan undi BN sebanyak 70 hingga 80 kepada PN boleh menyebabkan PH tewas di DUN Simpang Jeram PETALING JAYA Pakatan Harapan mungkin hilang kerusi DUN Simpang Jeram pada PRK 9 Sept ini ji...
Hilang Mana Ntah

Hilang Mana Ntah

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 269 hits
Mmms Harap khadam Gerakan berani bersuara teringat dulu ada Un muda yang selalu gengam penumbuk mereka semakin berani
Pasaran Hilang Keyakinan Adakah Ucapan Powell Menjadi Penyelamat

Pasaran Hilang Keyakinan Adakah Ucapan Powell Menjadi Penyelamat

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 303 hits
Sebut harga indeks Dow turun 1 1 S P 500 kehilangan 1 4 Nasdaq terbukti paling terdedah jatuh sebanyak 1 9 Berlatarkan latar belakang ini Nvidia menyerlah dalam kalangan rakan sektor teknologinya menunjukkan pertumbuhan selepas mencapai rek...
Ini 8 Negeri Yang Bakal Hilang Dalam Peta Malaysia Selangor Terselamat

Ini 8 Negeri Yang Bakal Hilang Dalam Peta Malaysia Selangor Terselamat

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 496 hits
Lapan negeri di Malaysia antara yang dijangka bakal tenggelam dan hilang dari peta disebabkan oleh pemanasan global dan cuaca ekstrem Menurut laporan portal tempatan berdasarkan kajian terbaharu oleh Nature Communications iaitu Elevation Da...
Terus Diam Menyepi Ini Punca 6 Pelakon Korea Hilang Dari Industri

Terus Diam Menyepi Ini Punca 6 Pelakon Korea Hilang Dari Industri

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 196 hits
Semua pasti tahu K Drama sangat popular dengan lakonan mantap daripada barisan pelakon yang sangat menjiwai watak ARTIKEL BERKAITAN Namun beberapa pelakon ini memilih untuk berhenti dari menyajikan aksi hebat kepada penonton atas sebab tert...
Penduduk Taman Ini Terkejut Disangkakan Diculik Wanita Hilang 8 Tahun Lepas Rupanya Tidak Pernah Hilang

Penduduk Taman Ini Terkejut Disangkakan Diculik Wanita Hilang 8 Tahun Lepas Rupanya Tidak Pernah Hilang

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 378 hits
Seorang wanita dari Oakland Amerika Syarikat yang dilaporkan hilang hampir lapan tahun lalu Beliau telah ditemui selamat dan sihat menurut Jabatan Polis Oakland Lisa Hu menghubungi polis memaklumkan dia tidak pernah hilang dan dia tidak men...
Tips Mudah Kumpul Duit Deposit Rumah

Tips Mudah Kumpul Duit Deposit Rumah

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 323 hits
Tips Menabung Deposit Wang Pendahuluan Rumah AhlanWahsahlan teman teman Postingan gue kali ini ingin ngeshare berkenaan cara aku menabung duit untuk deposit rumah Nak beli rumah kenalah sediakan wang untuk bayaran pendahuluan 10 rumah Apa B...
Tips Atasi Malas Berblogging Ingat Jana Duit

Tips Atasi Malas Berblogging Ingat Jana Duit

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 182 hits
Tips atasi perasaan MALAS Berblogging dan Jana Duit Aku akui aku blog ini adalah untuk huhu Pendapatan kedua aku Hidup ni kena banyak income bang Jadi aku kena rajin update blog Memang berbaloi kalau korang jenis suka berblogging and sharin...
Tajuddin S Merdeka Reflection In A Sea Of Faces I Was Never Apart

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Easy Beef Jerky Ramen Noodles Recipe

Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Klia Airspace To Close August 26 31 For Merdeka Malaysia Airlines Retimes Flights Urges Passengers To Arrive Early

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Drama Rumah Tanpa Luka

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Resipi Bingka Roti Pandan Kuih Tradisional Mudah Wangi