Kehandalan Menipu Adalah Satu Kejayaan


Timmy Say
-December 10, 2018 10:24 AM
Photo: Hiasan
Bertahun-tahun lamanya sebelum berlaku pertukaran kuasa, para pelajar di menara gading diajar dan diberi harapan bahawa hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu dibayar sekiranya berlaku perubahan kuasa. Malah, rakyat disemaikan kepercayaan bahawa pendidikan negara sepatutnya percuma.

Rakyat juga dieritahu bagaimana harga minyak dapat diturunkan sekiranya berlaku pertukaran kuasa. Di Youtube, ada ahli politik menunjukkan betapa hebatnya kemahiran matematik mereka untuk menurunkan harga minyak negara dalam sekelip mata sambil mempersendakan lawan.

Selepas berkuasa, tiba-tiba semua formula matematik tidak boleh pakai.

Janji demi janji diberitahu secara berperingkat kepada rakyat bahawa ia tidak dapat ditunaikan kerana masalah hutang dan penyelewengan kerajaan yang lepas. Apa tidaknya, asalkan segalanya dapat disalahkan kepada skandal 1MDB dan Jho Low, mereka yakin rakyat akan terima.

Tidak percaya? Ingat kembali bagaimana Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Jho Low adalah punca kerajaan PH gagal menunaikan janji berkaitan pembayaran balik hutang PTPTN, namun ia tidak menjadi punca negara tidak dapat membuat kereta nasional ketiga.

Dengan adanya Jho Low sebagai “sokongan”, barangkali itu timbulnya idea berani mengutip semula hutang PTPTN secara paksa dengan pemotongan gaji mutlak sehingga RM1,200 ke atas sebulan bagi mereka bergaji RM8,000 ke atas.

Mereka yang rajin membayar hutang dan mereka yang ingkar membayar hutang dilonggokkan bersama di dalam satu bakul dan dihukum.

Malah sehari sebelum keputusan pembayaran balik PTPTN baru ini ditangguh, rakyat cuba diyakinkan bahawa ini sahajalah caranya untuk memastikan nasib generasi masa hadapan terjamin.

Nasib baiklah rakyat tidak membisu, kalau tidak, mereka akan menganggap idea itu bernas dan diterima rakyat.

Kebelakangan ini harga minyak sedunia turun mendadak, namun harga petrol RON95 negara kekal tidak berubah. Kesemua pakar matematik yang pernah menunjukkan kehebatan mengira harga petrol sebelum berkuasa terus membisu.

Sebelum berkuasa, sekiranya harga minyak sedunia turun namun harga petrol negara tidak turun pada kadar yang sama, bukan main mereka bertempik bahawa rakyat telah ditindas oleh kerajaan.

Hari ini, rakyat diyakinkan bahawa mereka bukan ditindas tapi mereka sedang berkorban untuk membayar hutang negara yang melarat.

Sebelum berkuasa, rakyat juga diajar berdemonstrasi apabila adanya isu panas – bukan sekali dua, tapi berkali-kali.

Namun selepas berkuasa, kaki demo dahulukala tiba-tiba menjadi juara memperlekehkan orang lain yang hendak berhimpun kali pertama ketika mereka berkuasa, kononnya ia aktiviti yang menghabiskan wang.

Wahai YB, aktiviti yang membazir duit ini yang dilakukan oleh orang yang sudi berhimpun inilah yang menyebabkan kamu hari ini semua bergaji 5 angka.

Namun, kita jangan sesekali salahkan para ahli politik.

Itu kerja mereka. Kerja mereka adalah menyakinkan kita dengan cerita mereka, termasuklah janji dan skandal yang didedahkan.

Ada antara kita yang diyakinkan dengan janji walaupun janji palsu, ada pula yang diyakinkan dengan cerita skandal meskipun separuh benar. Tidak dinafikan ada janji yang benar dan juga cerita skandal yang benar, tapi kesahihannya hanya dapat ditentukan selepas rakyat membuat keputusan.

Di dalam sistem demokrasi negara, penipuan dibenarkan sebagaimana katak politik diberikan lesen melompat mengkhianati amanat rakyat. Matlamat mendapatkan kuasa akan menghalalkan segala cara. Benar atau tidak, haram dan halal adalah soal lain.

Jika rakyat dapat diyakinkan meskipun dengan perkara palsu, itu petanda mereka berjaya.

Jika anda tidak tertipu, dan anda tergolong sebagai penyokong pembangkang selepas pilihan raya, bersedialah diejek dan dicemuh. J

ika anda tertipu, dan anda tergolong sebagai penyokong kerajaan, anda seharusnya bergembira, kerana sekurang-kurangnya anda kini dapat berkongsi kuasa dan bersama hidup di dalam penipuan untuk terus mengejek mereka yang tidak membeli tipuan itu.

Itulah sedihnya realiti politik negaraku.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/kehandalan-menipu-adalah-satu-kejayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angin Kencang Di Bogor Satu Pengendara Mobil Tewas Tertimpa Pohon

Angin Kencang Di Bogor Satu Pengendara Mobil Tewas Tertimpa Pohon

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 289 hits
Angin puting beliung melanda wilayah Bogor Selatan Kota Bogor Jawa Barat mengakibatkan seorang pengendara mobil meninggal dunia setelah tertimpa pohon tumbang Diketahui korban bernama Enny Retno usia 45 tahun warga BNR cluster Nirwana
Yang Mana Satu Jadi Pilihan Tiz Zaqyah

Yang Mana Satu Jadi Pilihan Tiz Zaqyah

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1130 hits
Yang Mana Satu Jadi Pilihan Tiz Zaqyah Awal pagi dah ke udara lagi entri baru Wah hebat ni Dalam laman babab net Etuza klik lah entri tajuk Drama ni yang hot juga di kaca TV Hot antaranya di tegur oleh mufty kan Baru sedap tajuk tu dah di u...
Dxomark Iphone Xr Menerima Skor 101 Skor Tertinggi Untuk Kamera Dengan Satu Lensa

Dxomark Iphone Xr Menerima Skor 101 Skor Tertinggi Untuk Kamera Dengan Satu Lensa

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 270 hits
DxOMark merupakan nama yang tidak asing lagi dalam menyediakan skor untuk kamera Selain untuk kamera mereka turut menyediakan skor untuk rakaman gambar dan video melalui telefon pintar 8211 sekaligus memudahkan pengguna mendapat gambaran me...
Satu Tewas Tawuran Di Bintaro 7 Diciduk Dan 2 Dari Perguruan Katak Beracun Masuk Dpo

Satu Tewas Tawuran Di Bintaro 7 Diciduk Dan 2 Dari Perguruan Katak Beracun Masuk Dpo

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 261 hits
Kelompok remaja PKB ini berasal dari Ciputat dan Pondok Aren mereka melakukan aksi tawuran dengan kelompok dari Larangan Ciledug Tangerang untuk tawuran pada Minggu dini hari
Khidmat Jurupeluk Sebagai Satu Kaedah Rawatan

Khidmat Jurupeluk Sebagai Satu Kaedah Rawatan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 285 hits
Kita biasa dengan tentang khidmat pelacuran dan perempuan khidmat pelanggan Kalau lelaki pula dipanggil gigolo Sekarang ini ada pula diperkenalkan perkhidmatan pelukan atau pemeluk Perkhidmatan ini belum meluas kerana mungkin kerana ia juga...
Kebersamaan Umno Dan Pas Satu Keperluan

Kebersamaan Umno Dan Pas Satu Keperluan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 314 hits
Jumaat 7 Disember 2018Oleh Nor Fazlina Abdul RahimSETIAUSAHA Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bersama Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan serta beberapa pemimp...
Satu Dalam Lima Wanita Hamil Akan Mengalami Keguguran Ketahui Faktor Faktor Yang Boleh Menyebabkan Keguguran

Satu Dalam Lima Wanita Hamil Akan Mengalami Keguguran Ketahui Faktor Faktor Yang Boleh Menyebabkan Keguguran

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 255 hits
Majoriti masalah keguguran berlaku secara spontan dan rawak Dianggarkan satu dalam lima wanita hamil akan mengalami keguguran Kebanyakan keguguran berlaku tanpa disedari Misalnya haid datang lewat dan tiba tiba seketul darah keluar Wanita i...
Pengguna Dompet Digital Dana Tembus Satu Juta Orang

Pengguna Dompet Digital Dana Tembus Satu Juta Orang

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 232 hits
Chief Executive Officer DANA Vince Iswara mengatakan perusahaan fintech di Indonesia sebenarnya memiliki modal yang kuat untuk mengembangkan sayap bisnis Menurut catatannya jumlah ponsel pintar yang tersebar sudah melampaui angka penduduk T...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda

Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

Cristiano Ronaldo Akhirnya Lamar Georgina Rodriguez

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu