Kehadiran Spesies Ikan Asing Pemangsa Jejaskan Nelayan Perak


Ahmad Mustakim Zulkifli Ramai bimbang berhubung aktiviti pelepasan spesies ikan pemangsa asing ke dalam kawasan air tawar negara sehingga mengganggu ekosistem tempatan.

Ikan keli redtail yang ditemui di Sungai Perak adalah sejenis ikan pemangsa berasal dari Sungai Amazon. Saban hari ketika terbit sahaja matahari, nelayan Mohd Nazim Samsudin turun ke Sungai Perak bagi menjala ikan.
Ikan dan udang galah adalah hasil yang biasa diperolehinya.
Namun, dua minggu lalu, Nazim sejenis ikan pelik tersangkut di jalanya – ikan keli redtail.
“Saya terkejut,” katanya. “Nelayan di kampung ini tidak pernah tangkap spesies itu.”
Rasa terkejutnya tidak berakhir di situ. Dia mendapat tahu, rakan-rakannya dari Kampung Sungai Buaya di Perak juga turut menemui spesies serupa malahan salah seorang daripada mereka mendapat sembilan ekor ikan jenis itu dalam satu tangkapan.
Dua hari sebelumnya, penduduk kampung mendapat berita ratusan sangkar ikan yang terletak berhampiran Teluk Intan dihanyutkan arus sungai.
Menurut maklumat yang diterima mereka, ia adalah milik sebuah syarikat penternakan ikan haram.
Hal ini membimbangkan mereka, kerana ia bermaksud sekumpulan ikan keli redtail yang diternak secara haram kini bebas berkeliaran di sungai tempat mereka mencari rezeki.
Perkara itu menjadi masalah kerana ikan keli redtail memang dikenali sebagai spesies ikan pemangsa.
Para nelayan di kawasan tersebut kini merasai kesannya. Tangkapan ikan mulai berkurang.
Sebelum ini, Nazim berkata kebiasaannya dia akan menaikkan dua atau tiga kg ikan dan udang galah setiap hari.
“Sekarang, 1kg ikan pun sukar nak dapat,” katanya kepada MalaysiaNow.
Mereka bimbang ekosistem sungai akan terjejas sekiranya tidak ada tindakan lanjut dilakukan pihak berkuasa.
Ikan keli redtail berasal dari Sungai Amazon dan beberapa sungai lain di Amerika Selatan.
Panjangnya boleh mencapai 1.8m dan dan boleh membesar sehingga seberat sekitar 80kg.
Jabatan Perikanan Perak (JPP) berkata spesies tersebut dilarang untuk diternak di dalam sangkar.
Namun, 30 tan ikan spesies itu dipercayai terlepas dalam insiden yang berlaku di Teluk Intan.
Pengarah JPP Zaki Mokri turut menyatakan kebimbangan pihaknya sekiranya ikan itu membiak sekali gus menjadi ancaman kepada spesies dan sumber air tawar tempatan.
Ikan keli redtail dari Sungai Mekong juga dikatakan dilepaskan ke Sungai Perak berikutan insiden tersebut.
Nazim berkata, spesies itu kini bukan sahaja ditemui di sungai utama namun turut ditemui di parit dan terusan kecil berhampiran jeti.
Seorang lagi penduduk kampung, Firdaus berkata penduduk tempatan maklum mengenai insiden sangkar yang dihanyutkan arus sungai, namun mereka tidak tahu spesies apa yang terlepas daripada sangkar ternakan tersebut.
Pada 2 April lalu, dia menyiarkan beberapa gambar ikan keli redtail di laman Facebook “Kg Sungai Buaya Kg Gajah”.
Gambar-gambar yang dimuat naik dikongsi ramai orang dan segera menjadi tular di media sosial.
“Penduduk kampung tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan ikan itu, kerana tidak ramai orang yang biasa memakannya,” katanya.
“Sebilangan dari kami hanya berikan hasil tangkapan kepada rakan-rakan dan penduduk kampung lain yang ingin rasa buat kali pertama.”
Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) mengakui wujud masalah spesies pemangsa asing dalam ekosistem tempatan.
Jabatan itu turut menambah bahawa spesies tempatan masih mendominasi kebanyakan daerah kecuali di Puchong.
Salah satu kawasan yang diserang spesies asing adalah Tasik Temenggor di Perak pada 2016.
Di tasik itu, bilangan tilapia Nil dikesan semakin meningkat, ikan spesies itu pada awalnya hanya dibiakkan di dalam sangkar.
Jabatan itu turut menjelaskan ikan-ikan spesies itu boleh tersebar sejauh 40km dari lokasi sangkar.
Populasi ikan raja (peacock bass) juga turut ditemui di Tasik Timah Tasoh di Perlis, ia merekodkan tangkapan tertinggi ketiga dalam kajian 2017 yang dilakukan jabatan tersebut.
Dalam satu kenyataan kepada MalaysiaNow, jabatan perikanan turut berkata spesies asing hanya dibenarkan dibawa masuk ke dalam negara bagi tujuan lain seperti pembiakan ikan hiasan dan akuakultur.
“Spesies asing yang terlepas masuk ke dalam ekosistem, biasanya kerana kolam (yang menempatkan spesies itu) tidak mematuhi SOP keselamatan biologi.”
Spesies lain yang dibawa masuk ke dalam negara adalah spesies ikan hobi, seperti ikan pemakan alga.
“JPM memberikan perhatian serius terhadap masalah spesies pemangsa ini,” kata kenyataan itu sambil menambah wujud spesies ikan yang mengancam keselamatan manusia jika diizinkan berkembang biak berdekatan kawasan yang kediaman mereka.
Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Mazlan Abd Ghaffar berkata, kebimbangan utama mengenai pelepasan ikan pemangsa adalah kesan terhadap ekologi.
“Ketika spesies itu dilepaskan, ekologi dan rantai makanan akan terganggu kerana spesies pemangsa lain diperkenalkan (kepada ekologi sedia ada).”
Bagaimanapun, beliau dilihat lebih bimbang terhadap kemungkinan spesies tempatan “dihibrid” dengan kehadiran spesies asing.
“Spesies tempatan dianggap sebagai khazanah semula jadi kita,” katanya.
Sementara itu, JPM berkata beberapa langkah diambil termasuk membentuk sebuah jawatankuasa teknikal bagi menguruskan “spesies asing yang berbahaya” dan pewartaan kaedah perikanan bagi perikanan di kawasan pedalaman.
Senarai terkini ikan yang dilarang dibawa masuk ke negara turut disediakan jabatan itu, dan kini kajian mengenai laluan masuk spesies asing dan impak pembiakannya di perairan tempatan turut diusahakan.
“Penternak yang tidak patuhi peraturan boleh dikenakan tindakan,” katanya.
“Buat masa ini, Johor, Kelantan dan Melaka sudah bersedia untuk melaksanakan peraturan yang ditetapkan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/kehadiran-spesies-ikan-asing-pemangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Dikompaun Tak Pakai Pelitup Muka Exco Perak Jamin Tiada Unsur Aniaya

Pelajar Dikompaun Tak Pakai Pelitup Muka Exco Perak Jamin Tiada Unsur Aniaya

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 272 hits
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata semua pelajar yang dikompaun itu masih boleh membuat rayuan bagi mengurangkan jumlah yang dikenakan BATU GAJAH Tiada unsur penganiay...
Kompaun Rm1 500 Langgar Sop Exco Perak Yakin Pelajar Matrikulasi Itu Mampu Bayar Saman Selepas Pengurangan

Kompaun Rm1 500 Langgar Sop Exco Perak Yakin Pelajar Matrikulasi Itu Mampu Bayar Saman Selepas Pengurangan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 244 hits
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak iaitu Mohd Akmal Kamarudin berkata tiada unsur penganiayaan di sebalik kompaun yang dikeluarkan terhadap enam orang pelajar Kolej Matrikulasi Perak kerana tidak m...
Pemuda Perikatan Nasional Mengadakan Mesyuarat Pertama Tanpa Umno Di Perak

Pemuda Perikatan Nasional Mengadakan Mesyuarat Pertama Tanpa Umno Di Perak

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 236 hits
April 25 2021MESYUARAT RASMI PEMUDA PERIKATAN NASIONAL NEGERI PERAK24 April 2021 12 Ramadhan 1442HIni merupakan mesyuarat rasmi kali pertama Pemuda Perikatan Nasional peringkat Negeri Perak melibatkan Dewan Pemuda PAS Perak ARMADA Bersatu d...
Diterjang Badai Siklon Tropis Seroja 2 Nelayan Sabu Raijua Terdampar Di Australia

Diterjang Badai Siklon Tropis Seroja 2 Nelayan Sabu Raijua Terdampar Di Australia

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 212 hits
Kedua nelayan dilaporkan hilang ketika kondisi cuaca ekstrem melanda wilayah Sabu Raijua selama 31 Maret hingga 4 April dimana terjadi badai siklon tropis Seroja Namun pada Jumat hari ini pemerintah daerah telah mendapatkan informasi bahwa ...
Jabatan Kesihatan Siasat Aduan Pelajar Kolej Matrikulasi Perak Dikompaun Rm1 500

Jabatan Kesihatan Siasat Aduan Pelajar Kolej Matrikulasi Perak Dikompaun Rm1 500

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 439 hits
Abd Razak Mohd AliApril 19 2021 DR NOOR HISHAM Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak Gambar fail menyatakan hasrat membantu pelajar Kolej Matrikulasi itu Pengerusi Sekretariat Undang Undang dan Perlembagaanny...
Aidil Sharin Fayadh Zulkifli Kad Rahsia Untuk Perangkap Perak

Aidil Sharin Fayadh Zulkifli Kad Rahsia Untuk Perangkap Perak

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 237 hits
Pemain gantian Fayadh Zulkifli membantu menghidupkan permainan Kedah Darul Aman FC untuk akhirnya mengikat Perak FC dengan keputusan seri 1 1 Ia satu perlawanan yang sederhana dan adakalanya perlahan oleh Kedah di Stadium Perak berdepan mus...
Umno Perak Sedia Runding Dengan Pas

Umno Perak Sedia Runding Dengan Pas

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 363 hits
bharian com April 16 2021 7 07pmSaarani melancarkan Program Seronok Beraya Peringkat Negeri Perak di Dewan Kompleks Komuniti Desa KEMAS Lenggong hari ini FOTO NSTP MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURILENGGONG UMNO Perak tidak menolak kemungkinan...
Awani Ringkas Mbpp Keluarkan 23 Notis Amaran Perak Saran Pegawai Pbt Di Bazar Ramadan

Awani Ringkas Mbpp Keluarkan 23 Notis Amaran Perak Saran Pegawai Pbt Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 281 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S
Bermula Sebagai Jenaka Lokasi Popular Geng Plastik Hitam Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak

Bermula Sebagai Jenaka Lokasi Popular Geng Plastik Hitam Akhirnya Diserbu Jabatan Agama Islam Perak

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 433 hits
Setiap kali memasuki bulan puasa atau Ramadan pastinya telefilem arahan Mamat Khalid akan menemani kita Bermula dengan 15 Puasa sehinggalah kepada telefilem terbaru pada tahun ini iaitu 18 Puasa di Kampong Pisang Telefilem yang mengisahkan ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas