Kegunaan Essential Oil Cedarwood Young Living
Sebenarnya macam teragak agak nak membeli Essential Oil (EO) Cedarwood sebabnya macam dah terbayang bayang bau kayu tu. Risau tak boleh terima bau kayu. Rugi pulak kalau dah membeli
Tapi disebabkan kegunaan EO cedarwood ni macam menarik je. Jadi tambahlah beli EO cedarwood bersama dengan EO grapefruit bulan lepas. Baru sekarang rasa macam rajin sikit nak menulis tentang EO ni
Ubah selera bauan aroma lain lah pulak selain lemon, lavender dan peppermint basic EO tu. Saya tertarik dengan kegunaan EO Cedarwood yang lebih kurang seperti EO lavender. Membangkitkan suasana yang menenangkan untuk tidur malam.
Cedarwood Essential OilEO Cedarwood diekstrak melalui proses penyulingan wap dari potongan-potongan kayu pohon cedar. Komponen utama minyak cedarwood meliputi alpha-cedrene, beta-cedrene, cedrol, widdrol, thujopsene dan kelompok sesquiterpene, yang semuanya mempunyai manfaat kesihatan tersendiri.
Cedarwood memiliki aroma hangat. Tenang dan santai. Cedarwood juga mempunyai sejarah penggunaan sebagai bahan bermanfaat dalam persediaan kosmetik untuk kulit berminyak. Ia boleh disapukan terus pada kulit dan rambut sebagai perapi dan pelembap
Manfaat Cedarwood Essential OilMemberikan satu suasana yang tenang dan selesa apabila dibaurkan bagi menyokong rutin waktu malam yang menenangkanMembantu mengekalkan permukaan kulit yang kelihatan muda dan rambut yang sihatMempunyai unsur yang membersihkan kulitDeodoran semula jadiIa mengandungi unsur yang tinggi sesquiterpenes yang hadir secara semula jadi
Cara Penggunaan Cedarwood Essential OilBaurkan Cedarwood pada waktu petang untuk mencipta satu suasana yang menenangkan dan membantu meneutralkan bau.Titiskan 1-2 titis ke atas bantal anda sebelum tidur.Campurkan beberapa titis dalam penyembur luar buatan sendiri dengan campuran Citronella, Rosemary, Tea Tree, Myrtle, Clove, atau Lemongrass semasa acara sukan atau perkhemahan.Manjakan diri anda dengan urutan kulit kepala di rumah. Panaskan beberapa titis pada tapak tangan anda dan sapukan di kulit kepala bagi mendapatkan rambut yang sihat.Campurkan Cedarwood pada losyen dan product penjagaan kulit kegemaran anda bagi membantu membersihkan dan melembapkan kulit.Banyak jugak kegunaan cedarwood essential oil young living ni. Setiap EO ada fungsi tersendiri. Kadang tu tak tengoka fungsi pun, main beli sebab bau sedap. Bau cedarwood ni agak kuat jugak bau kayu tu.
Biasanya saya akan diffuse dengan EO lemon atau EO lain untuk kurangkan bau kayu. Barulah Feeling fresh!
sumber : https://www.youngliving.com/ms_MY/products/minyak-pati-cedarwood
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/12/kegunaan-essential-oil-cedarwood-young.html