Kegilaan Atau Murah Hati


 

Ketika artikel ini ditulis Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 iaitu 360 kematian dalam satu hari. Amat menyedihkan. Sebelum itu, jumlah tertinggi ialah 257 kematian yang dicatat pada 4 Ogos.
Jumlah kes jangkitan harian pula ialah 18,688. Ini perangkaan 8 Ogos. Berkurangan jika dibanding dengan catatan beberapa hari sebelumnya, tetapi masih membimbangkan, malah menakutkan.
Namun pada hari yang sama, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kelonggaran untuk individu yang divaksin sepenuhnya, berkuatkuasa hari ini Selasa 10 Ogos. Kelonggaran membabitkan semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara dan juga untuk negeri Fasa 2 dan ke atas. Bagi saya, itu respon yang pelik terhadap jumlah tinggi kematian dan kes baharu.
Antara yang dibenarkan untuk semua fasa ialah: “warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia termasuk penduduk tetap dan peserta Malaysia MY Second Home yang pulang dari luar negara boleh menjalani kuarantin wajib di rumah dengan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital akan diberikan.”
Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai satu “kegilaan” tahap maksimum kerana di luar negara sudah ada varian berbahaya seperti Delta Plus dan Lambda.
Berkata Najib di Facebook: “Sekiranya kerajaan berhasrat untuk bawa masuk varian Lambda dan Delta Plus maka sila teruskan kegilaan ini.”
Menurut beliau, “kerajaan tak rugi besar untuk arahkan mereka yang pulang dari luar negara untuk kuarantin di pusat pusat kuarantin atau hotel dipantau kerajaan sebab mereka yang pulang sudah tentu mampu bayar kos kuarantin.”
Rasa saya, ada eloknya PM masa kini beri perhatian apa yang PM masa lalu katakan.
Itu kelonggaran untuk semua fasa.
Bagi aktiviti yang dibenarkan untuk negeri Fasa 2 dan ke atas pula termasuk makan di dalam restoran atau “dine-in”. Ini membimbangkan ramai termasuk peniaga sendiri.
Mereka mempersoalkan sama ada selamat kedai dibuka untuk “dine-in” memandangkan jumlah tinggi kes harian dan kematian akibat Covid-19.
Bayangkan, golongan peniaga berpeluang meraih untung kerana pelanggan dibolehkan makan dalam restoran, sebaliknya menyatakan kesangsian. Demi keselamatan pelanggan dan diri sendiri serta pekerja mereka.
J Suresh, Presiden Persatuan Permilik Restoran India Malaysia, percaya sekarang bukan masanya untuk mengizinkan “dine-in” walaupun mengakui sesetengah pemilik restoran mengalu-alukan kelonggaran itu.
“Kita minta untuk buka semua apabila kes masih sekitar 3,000 hingga 4,000 kes. Kini apabila lebih 20,000 kes baharu dilaporkan dalam beberapa hari ini, akhirnya mereka (kerajaan) membenarkan kami buka untuk dine-in,” kata Suresh seperti dilaporkan FMT.
Perlu diingat kelonggaran ini untuk negeri Fasa 2 dan ke atas. Maksudnya, negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terenggnau, Pahang, dan Sabah. Manakala Perlis, Sarawak, dan Labuan sudah beralih ke Fasa 3.
Pun begitu, berdasarkan perangkaan Kementerian Kesihatan pada 8 Ogos, Sabah mencatat 1,379 kes baharu, Kelantan 870 kes, Perak 861 , Pulau Pinang, 694, Pahang 602, Terengganu 598, Sarawak 581 kes. Situasi yang belum mengizinkan tarik nafas lega.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dipetik berkata sembilan negeri masih mencatat kadar kebolehjangkitan Covid-19 melebihi purata kebangsaan iaitu 1.07 setakat 8 Ogos.
Sembilan negeri itu termasuk negeri yang diletakkan dalam Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara iaitu Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Sarawak, Perak, dan Terengganu.
Perlu diingat juga kelonggaran yang diumum Muhyiddin membabitkan golongan yang sudah lengkap divaksin dua dos. Bagaimanapun, kita kerap diingatkan oleh Hisham bahawa walaupun selepas lengkap dua dos suntikan vaksin, seseorang individu boleh dijangkiti Covid-19.
Ertinya, tidak ada jaminan tetapi mungkin dijangkiti, walaupun tidak seteruk individu yang tidak divaksin.
Hisham menyarankan kita semua terus mematuhi SOP dengan ketat. Nasihat sama diberi Muhyiddin ketika mengumumkan kelonggaran untuk penerima dua dos vaksin.
Apa pun, bagi Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, kelonggaran diberi terlalu awal. Kata Lee, yang merupakan bekas timbalan menteri kesihatan, adalah lebih adil jika kelonggaran diberi selepas semua orang yang mendaftar untuk vaksin sudah mendapat dos pertama.
Beliau bimbang kelonggaran yang diumum kerajaan mungkin menambah risiko golongan yang belum divaksin kepada virus Covid-19. Kebimbangan itu dikongsi pelbagai pihak termasuk rakyat biasa. Mereka juga bimbang tercetus lonjakan kes baharu kerana kelonggaran yang diberi.
Sementara itu, Pakar Epidemiologi Universti Malaya, Dr Sanjay Rampal berpendapat tidak ada masa yang sesuai untuk kerajaan mengumumkan kelonggaran itu. “There is never the right or ideal time”.
Katanya kepada FMT, sekatan sudah dilaksanakan untuk tempoh lama dan mengakibatkan kesan psikologi, sosial, dan ekonomi. Oleh itu, bagi mengelakkan kelesuan pandemik, SOP perlu dilonggarkan di mana mampu dan dipertingkatkan apabila benar-benar diperlukan.
Ramai yang faham akan itu semua. Cuma ramai yang berasa pelik dan tertanya-tanya. Antara contoh terbaik ialah hantaran ini di Facebook – “Masa dua tiga ribu kes tak bagi kelonggaran. Bila dah kronik lebih 20 ribu kes sehari tetiba murah hati longgarkan SOP. Apa motif?”
Senada dengan apa yang ditimbulkan oleh pemilik restoran. Maknanya itu suara rakyat. Kalau pun bukan semua, pastinya majoriti. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/kegilaan-atau-murah-hati.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+T

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hati Saya Tersentak Baca Surah Ar Rahman Betty Rahmad Kini Bertudung

Hiburan Hati Saya Tersentak Baca Surah Ar Rahman Betty Rahmad Kini Bertudung

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 345 hits
Pelakon Betty Rahmad berkongsi kisah penghijrahannya yang kini tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan tahun baru iaitu Awal Muharram yang disambut pada tanggal 10 Ogos Selasa lalu ARTIKEL BERKAITAN Advertisemen...
Sopir Diduga Tak Hati Hati Truk Tabrak Tembok Underpass Senen

Sopir Diduga Tak Hati Hati Truk Tabrak Tembok Underpass Senen

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 153 hits
Satu unit dump truck ringsek setelah menabrak pembatas jalan dan tembok underpass Senen Jakarta Pusat Jumat dini hari Tidak ada korban jiwa maupun luka dalam kecelakaan lalu lintas ini
Hiburan Pastikan Nasab Dia Ustaz Haslin Nasihat Shuib Berhati Hati Pilih Ibu Susuan Untuk Ayash Affan

Hiburan Pastikan Nasab Dia Ustaz Haslin Nasihat Shuib Berhati Hati Pilih Ibu Susuan Untuk Ayash Affan

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 341 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Haslin Baharim tampil memberi sedikit nasihat buat Shuib agar berusaha dan berhati hati memilih susu badan untuk anak pramatangnya Ayash Affan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Haslin tiada halangan untuk Shuib me...
Tengku Salehuddin Dah Moved On Akui Hati Telah Dimiliki Orang Lain

Tengku Salehuddin Dah Moved On Akui Hati Telah Dimiliki Orang Lain

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 512 hits
Tular baru ini di media sosial Tengku Indera Bijaya Diraja Tengku Salehuddin Shah Alhaj yang berkongsi luahan yang istimewa di Instagram Story baginda
Tidak Puas Hati Sekumpulan Pekerja Asing Lakukan Provokasi Rosakkan Harta Benda

Tidak Puas Hati Sekumpulan Pekerja Asing Lakukan Provokasi Rosakkan Harta Benda

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 279 hits
MELAKA 14 Ogos Sekumpulan pekerja warga Bangladesh dipercayai melakukan provokasi terhadap pengawal keselamatan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kejadian di Pantai Puteri di sini malam kelmarin Ketua Polis Daerah Melaka...
Sheryl Hati Hati Dengan Cinta Chord

Sheryl Hati Hati Dengan Cinta Chord

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 177 hits
A Bm E A EF m Bm E AC m EA DHati hati hati dengan cintaE A ECinta cinta bukan tuk dimainkanF m BmMain main jika bermain cinta E ASakit hatinya luar biasaAA BmHatiku cuma ada satu E AKuberikan hanya untukmu F m BmTak akan aku menduakanmu E A...
Hiburan Dapat Tepuk Dik Kau Ade Lengkap Dua Dos Gelagat Elly Mazlein Cuit Hati Peminat

Hiburan Dapat Tepuk Dik Kau Ade Lengkap Dua Dos Gelagat Elly Mazlein Cuit Hati Peminat

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 387 hits
Pelakon dan juga penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila dia sudah lengkap menerima dua dos vaksin pada 30 Julai yang lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementElly yang kini sedang sarat hamil berkongsikan mengenai perkara itu di Ins...
Lelaki Ini Terp4ksa Dipujuk Ibu Selepas P4tah Hati Messi Tingg4lkan Barcelona

Lelaki Ini Terp4ksa Dipujuk Ibu Selepas P4tah Hati Messi Tingg4lkan Barcelona

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 168 hits
Sesetengah orang pasti tertanya tanya mengapa peminat bola sepak begitu taksvb dengan pemain kegemaran mereka sehingga mereka akan men4ngis jika pasukan kegemaran mereka kalah Hakikatnya buat ramai orang bola sepak adalah salah satu jalan u...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life