Kegembiraan Buat Sang Perindu
Di saat kita mengatakan bahawa kita merindui Rasulullah ﷺ, ternyata baginda terlebih dahulu merindui kita.
Di saat kita berkata peritnya ujian hidup ini, baginda terlebih dahulu diuji dengan kesusahan hidup. Baginda terpaksa mengikat batu di perut bagi menahan lapar yang teramat sangat. Baginda dihina, dicaci dan dibaling batu bagi menyampaikan dakwah.
Terus, layakkah untuk kita tidak bersyukur dan berterima kasih dengan baginda ﷺ? Patutkah kita untuk berasa malu dalam mengamalkan sunnah-sunnah baginda?
Ya Rasullullah, maafkan aku.
Aku bukanlah ummatmu yang terbaik.
Aku mengaku mencintaimu, tapi aku gagal mengikuti akhlakmu.
Aku mengaku menyayangimu, tapi bibirku jarang sekali bersolawat kepadamu.
Aku mengaku mengasihimu, tapi sunnahmu aku tinggalkan.
Namun, ketahuilah ya Rasulullah.
Jauh di sudut hatiku, aku ingin sekali bersamamu.
Menatap indahnya wajahmu. Berserinya senyumanmu. Hitamnya bola matamu.
Sudikanlah ya Rasulullah ﷺ,
Sudikanlah untuk hadir ke dalam mimpi kami.
Kerana, itulah kegembiraan buat kami.
Kegembiraan buat sang perindu.
Gambar semasa majlis maulidur Rasul dekat masjid UIA Sabtu lepas. Alhamdulillah, walaupun tak ramai sangat yang hadir. Tapi, sangat seronok. Masya Allah, rasa sangat tenang dan rinduuuuu Rasulullah ﷺ. Ustaz Ahmad bin Shadan Al-Hadrami bagi tausiyah yang sangat menyentuh hati.
Paling best bila ustaz bagi tausiyah khusus untuk ahli khidmat. Alhamdulillah, syukur sangat dapat jadi sebahagian dari ahli khidmat walaupun tak banyak sangat pun tolong untuk majlis hari tu Huhu moga-moga Allah terima amal kita semua dan dengan khidmat yang tak seberapa ini, Rasulullah ﷺ akan kenal kita di akhirat kelak. Amiin Allahumma Amiin.
Yang seindah wajahmu, takkan lagi dilihat mata.
Yang sebaik akhlakmu, takkan lagi dilahirkan wanita.
Engkaulah sebaik-baik makhluk, penutup sekalian anbiya'.
Rasulullah ﷺ.Last but not least buat sahabat blogger yang saya kasihi,
Yuk kita perbanyakkan solawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ. Paling kurang pun seratus kali sehari. InshaAllah boleh tu. Sedikit dulu takpe, yang penting istiqamah. Kalau Rasulullah ﷺ, setiap saat merindukan kita, mendoakan kita. Takkanlah kita ni, sebagai ummat nak luangkan masa sedikit untuk mengingati baginda ﷺ pun tak sempat. Allah, sama-sama kita muhasabah nah.
Macam biasalah, segala coretan adalah peringatan untuk diri saa sendirilah terutamanya. Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa dan dicintai Allah dan Rasulullah ﷺ. ;)ana_fatihah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://solehahgirlz.blogspot.com/2018/11/kegembiraan-buat-sang-perindu.html