Kegagalan Menyediakan Prasarana Di Sekolah


Kisah seorang bapa yang sukarela beli kipas angin untuk kelas anaknya di sekolah bukanlah kes terpencil. Terima kasih team KOSMO yang melaporkan berita ini. https://bit.ly/3Jei1nG

Sebenarnya isu ini besar dan perlu perhatian segera. Banyak kelas di sekolah kita yang bermasalah dengan kipas angin dan lampu.

Saya juga acapkali melihat masalah ini bila menyelia latihan mengajar pelajar pelajar saya di sekolah-sekolah. Bila tanya murid-murid dalam kelas, "dah lama kipas ini rosak", biasanya jawapan yang saya terima sama sahaja, "dah lama cikgu".

Malah anak saya sendiri pernah lalui setahun berada di dalam kelas yang kipas angin tidak berfungsi. Malah apabila naik ke tahun seterusnya, satu hari bila beliau masuk semula ke kelas lamanya, kipas tersebut masih belum dibaiki!!

Tindakan bapa ini yang membeli kipas angin dan sedekahkan pada sekolah adalah tindakan terpuji. Itu tandanya beliau mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraan anak beliau serta rakan-rakan anak beliau di dalam kelas berkenaan.

Tapi dari sudut lain, ini juga bukti KEGAGALAN PENGURUSAN sistem pendidikan dalam menguruskan kesejahteraan anak-anak kita di sekolah.

Walaupun ibubapa boleh dan digalakkan memberikan sumbangan pada sekolah, budaya menyumbang ini tidaklah sampai ke tahap menyediakan infra asas di bilik darjah.

Penyediaan infra seperti kipas dan lampu adalah di bawah tanggungjawab KPM dengan menggunakan duit peruntukan kerajaan.

Bukankah ibubapa sudah pun membayar cukai kepada kerajaan? Jadi jangan kata ibubapa hanya pandai mengadu dan tak membantu pihak sekolah. Bantuan kepada sekolah sudah pun dibuat oleh ibubapa melalui pembayaran cukai setiap tahun.

Sekali lagi saya ulang, kipas rosak bukan kes terpencil. 



Selain kipas dan lampu, jika ada ibubapa yang ke sekolah anak-anak anda, lihat juga keadaan tandas murid-murid. Pengalaman saya melawat banyak sekolah, kebanyakan tandas kotor dan sangat hancing.

Guru sendiri pun tak tahan. Sebab itu guru ada tandas guru dan dikunci setiap masa supaya murid-murid tidak curi masuk dan menggunakannya.

Cuba anda tanya betul atau tidak, ramai murid sebenarnya lebih rela menahan diri dari buang air besar di tandas sekolah. Mereka lebih sanggup tunggu sampai balik ke rumah.

Sejahterakah anak-anak kita untuk belajar di dalam bilik darjah dalam keadaan mereka terpaksa menahan perut yang meragam?

Sejahterakah anak-anak kita yang terpaksa belajar dalam keadaan bilik darjah yang sesak dan panas kerana kipas angin rosak?

Sejahterakah guru-guru kita mengajar dalam kelas kelas yang panas?

Mengapa tak buat aduan?

Apa gunanya ada PGB dan kakitangan am sekolah kalau mereka sendiri tak pantau dan selesaikan? Mengapa kena tunggu aduan? (Cumanya bila aduan dibuat selalunya mereka akan kata tiada bajet untuk tukar kipas atau stok belum sampai)

Apa gunanya begitu ramai pegawai di PPD untuk pastikan setiap sekolah di dalam daerah mereka berada dalam keadaan terurus? Mengapa kena tunggu aduan? (Cumanya bila aduan dibuat selalu mereka akan kata proses lambat sedikit sebab kena beli kipas secara pukal/tender).

Apa gunanya begitu ramai pegawai di JPN? Mengapa kena tunggu ada aduan? (Cumanya bila aduan dibuat biasanya akan kata ini urusan PPD dan sekolah).

Bangau oh Bangau...

Akhirnya masalah sekecil kipas angin pun tidak dapat diselenggarakan dengan segera. Anak-anak kita menjadi 'mangsa' kegagalan pengurusan pendidikan dan terpaksalah mereka belajar dalam kepanasan setiap hari.

Inilah hakikat jika pemimpin pendidikan kita mahu tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku di bawah sana. Nak tahu, tanya guru yang 'berani bersuara' demi kebaikan murid-murid.

Ini pun hanya satu contoh kecil dari berbagai lagi isu infra yang lain.

Menariknya, bila dengar Menteri dan rombongan akan turun ke sekolah , semua kerosakan insyaAllah akan siap sebelum sempat kereta menteri sampai ke pintu pagar sekolah.

Inilah 'budaya kerja' kita.

Sumber: Dr Anuar Ahmad

www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2022/05/kegagalan-menyediakan-prasarana-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Guru 2022 Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Selamat Hari Guru 2022 Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 418 hits
Selamat Hari Guru 2022 Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA Selamat Hari Guru pada semua insan yang bergelar pendidik cikgu cikgu yang pernah mengajar kami rakan rakan perencana di pengurusan rakan rakan pelaksana di lapangan secara langsung atau...
Guru Tunjang Sekolah Sejahtera Tema Hari Guru 2022

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera Tema Hari Guru 2022

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 1857 hits
TEMA HARI GURU 2022 Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA Sekolahku SEJAHTERA merupakan amalan baik yang diamal dan dihayati sehingga menjadi budaya dalam kehidupan di dalam dan di luar sekolah Penerapan tersebut boleh dilaksana secara bersepadu m...
Hiburan Kenapa Ajar Benda Bahaya Dekat Anak Tular Video Budak 10 Tahun Drive Kereta Ke Sekolah

Hiburan Kenapa Ajar Benda Bahaya Dekat Anak Tular Video Budak 10 Tahun Drive Kereta Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 277 hits
Terdahulu tular di laman hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta Perodua Kancil untuk ke sekolah telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi video tersebut dilihat anak lelakinya...
Macam Macam Boleh Jadi Soalan Sama Tak Kisah Tanya Apa Anak Buat Di Sekolah

Macam Macam Boleh Jadi Soalan Sama Tak Kisah Tanya Apa Anak Buat Di Sekolah

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 314 hits
Setiap kali anak masuk kereta atau ketika ambil anak dari sekolah ringankanlah mulut bertanya apa aktiviti anak pada hari itu Walau hanya soalan yang sama saban hari bertanyalah Sebab apa Anak perlukan ruang untuk bercerita perjalanannya pa...
Ibu Bapa Sokong Murid Dapat Ke Sekolah Seperti Biasa

Ibu Bapa Sokong Murid Dapat Ke Sekolah Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 314 hits
Bulan lepas Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata semua murid sekolah rendah akan hadir ke sekolah tanpa giliran mulai 17 April dan 18 April PETALING JAYA Ibu bapa menyuarakan kegembiraan mereka atas kembalinya sesi persekolahan secara kon...
T16g15 Poster Pemilihan Pasukan Badminton Sekolah

T16g15 Poster Pemilihan Pasukan Badminton Sekolah

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 263 hits
Semalam atau lebih tepat untuk disebut pada waktu petang semalam lebih kurang satu jam sebelum tamat masa persekolahan tiba tiba sahaja presiden kelab raket minta Tedi sediakan poster untuk sesi pemilihan pemain badminton sekolah Sesi itu a...
Ceria Sambut Hari Raya Di Sekolah Sebelum Maut Digilis Lori

Ceria Sambut Hari Raya Di Sekolah Sebelum Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 256 hits
Seorang murid berusia 10 tahun maut digilis lori di Jalan Kampung Baru Alma di Bukit Mertajam hari ini Foto media sosial SEBERANG PERAI Seorang kanak kanak perempuan maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
Aespa Alami Gangguan Seksual Pelajar Sekolah Diambil Tindakan Undang Undang

Aespa Alami Gangguan Seksual Pelajar Sekolah Diambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 230 hits
Baru baru ini terdapat satu insiden di mana ahli kumpulan aespa didakwa diganggu secara seksual oleh pelajar Sekolah Menengah Kyungbock Namun perkara itu khabarnya berjaya diselesaikan apabila Sekolah Tinggi Kyungbock telah memutuskan untuk...
Hari Pertama Sekolah Tatap Muka Usai Libur Lebaran

Hari Pertama Sekolah Tatap Muka Usai Libur Lebaran

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 207 hits
Hari Pertama Sekolah Tatap Muka Usai Libur Lebaran Sekolah di Kota Tangerang mulai menggelar pembelajaran tatap muka setelah libur Lebaran 2022
Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Aisha Retno Tak Adil Chord

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Rahsia Hati Ibu Fateh Family

Perhimpunan Di Kl Anggota Polis Cedera Dalam Pergelutan Selepas Peserta Bakar Suar

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

Coolblog Love At First Bite

Sakit Ini Biar Jadi Rahsia

Kalendar Islam 2026 Tarikh Penting Bulan Islam Jakim