Kedudukan Orang Makan Yang Bersyukur Orang Berpuasa Yang Sabar



Soalan:
Apakah terdapat hadith daripada Nabi SAW berkaitan kedudukan orang makan yang bersyukur sama seperti orang berpuasa yang sabar?

Jawapan:
Ibadah puasa mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW. Ini kerana, setiap perkara yang disyariatkan oleh Allah SWT pasti mempunyai banyak hikmah yang tersurat dan tersirat di sebalik pensyariatan tersebut. Tambahan pula, Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagaimana yang dinyatakan oleh isteri Baginda SAW yang tercinta:

Daripada Aisyah RA, berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ
“Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” [Riwayat al-Tirmidzi (745)]

Berdasarkan kepada soalan di atas, memang terdapat hadith yang menceritakan berkaitan kedudukan orang makan yang bersyukur sama seperti orang berpuasa yang sabar. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الطَّاعِمُ الشَّاكِرُ بِمَنْزِلَةِ الصَّائِمِ الصَّابِرِ
“Orang makan yang bersyukur sama kedudukannya seperti orang berpuasa yang sabar.” [Riwayat al-Tirmidzi (2486) dan Ibn Majah (1764), Imam al-Tirmidzi menilai hadith ini sebagai hasan gharib, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menghukum hadith ini sebagai hasan]

Melihat kepada hadith ini, Syeikh al-Talidi berkata: “Yang dimaksudkan dengan orang yang makan di dalam hadith ini adalah orang yang jarang berpuasa. Adapun yang dimaksudkan dengan bersyukur pula adalah orang yang mendirikan hak-hak ketika makan seperti memuji Allah SWT serta menggunakan kekuatan yang ada pada jalan ketaatan kepada Allah SWT. Dengan itu, dia akan mendapatkan pahala daripada Allah SWT. Tambahan pula, yang difahami daripada maksud kedudukan adalah pada ganjaran yang akan diperolehi.

Selain itu, maksud orang yang berpuasa pula adalah seseorang yang selalu berpuasa dan jarang sekali tidak berpuasa serta mereka bersabar dengan kelaparan, dahaga dan sebagainya. Di samping itu juga, hadith ini juga menunjukkan kelebihan orang kaya yang bersyukur dengan orang miskin yang bersabar.” [Lihat: Jawahir al-Bihar, 1/473]

Kata al-Qari: “Cara paling kurang bersyukur adalah dengan membaca Bismillah ketika makan dan mengucapkan alhamdulillah setelah selesai. Adapun tahap sabar yang paling kurang adalah dengan memelihara dirinya daripada melalukan perbuatan yang merosakkan (membatalkan) puasa. Selain itu, kata al-Muzahhar perumpamaan ini pada layaknya mereka untuk mendapat ganjaran atau pahala daripada Allah SWT.” [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 7/160]

Tambahan pula, zahir hadith menunjukkan persamaan pada ganjaran tetapi yang dimaksudkan adalah keduanya berhak mendapat ganjaran. [Lihat: Hasyiah al-Sindi, 4/25]

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menceritakan berkaitan kedudukan orang makan yang bersyukur sama seperti orang berpuasa yang bersabar adalah hasan dan keduanya berhak mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Ini juga menunjukkan kelebihan bagi orang yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT serta sentiasa bersabar dalam melaksanakan amal ibadah kepada-Nya. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima segala amalan kita serta memasukkan kita ke dalam syurga-Nya. Amin. Wallahua’alam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/kedudukan-orang-makan-yang-bersyukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Lain Tak Sabar Tunggu Rehat Nak Makan Tapi Dia Tak Sabar Nak Tolong Mak Cik Dekat Kantin

Budak Lain Tak Sabar Tunggu Rehat Nak Makan Tapi Dia Tak Sabar Nak Tolong Mak Cik Dekat Kantin

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 366 hits
Waktu rehat bagi pelajar sekolah merupakan waktu yang sangat ditunggu tunggu Kebanyakan pelajar sekolah akan memanfaatkan waktu rehat mereka untuk bersama sama rakan menikmati juadah yang dijual di kantin Namun lain pula bagi seorang pelaja...
Dia Makan Anak Buah Aku Siap Pau Lagi

Dia Makan Anak Buah Aku Siap Pau Lagi

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 213 hits
Lagi klip video buli dan peras ugut yang membabitkan sekumpulan remaja viral di media sosial Berdasarkan klip video tersebut seorang remaja lelaki diperas ugut sekumpulan individu yang dikenalinya dalam lokasi yang tidak dinyatakan Enggan m...
Haruan Makan Anak Tembelang Akhirnya Terbongkar

Haruan Makan Anak Tembelang Akhirnya Terbongkar

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 433 hits
Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung namun seorang lelaki memusnahkan masa depan anaknya sendiri apabila memperkosa darah daging sendiri di rumah mereka sehingga remaja berusia 16 tahun itu disahkan hamil tujuh minggu Lelaki berusia 50...
Satu Resto Dengan Jokowi Prabowo Prisia Nasution Grogi Diliatin Saat Makan Kesempatan Langka Nih

Satu Resto Dengan Jokowi Prabowo Prisia Nasution Grogi Diliatin Saat Makan Kesempatan Langka Nih

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 204 hits
Menjadi saksi sejarah pertemuan Capres 01 dan 02 pasca pemilu kemarin tentu menjadi momen tak terlupakan bagi artis satu ini Beruntung banget ya
Makan Kicap Nanti Luka Hitam Dan 15 Lagi Mitos Mengarut Dalam Perubatan Ini Penjelasan Dr Amalina

Makan Kicap Nanti Luka Hitam Dan 15 Lagi Mitos Mengarut Dalam Perubatan Ini Penjelasan Dr Amalina

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 619 hits
Dr Nur Amalina Che Bakri merupakan antara seorang wanita berpengaruh di Malaysia menurut Sinar Harian dan beliau sering berkongsikan info info dan maklumat tentang perubatan menerusi laman sosial miliknya Baru baru ini di stories instagram ...
Makan Western Foods Kat Windmill Station

Makan Western Foods Kat Windmill Station

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 700 hits
Assalammualaikum Dunia OK citer makan makan plak Tengok banyak plak gambau makanan hari tu Meh lah kita tengok gambar makanan Apekah layan movieTunggu food sampaiExtra black paper Nie pon samaSo far overall makanan Western kat sini pon besh...
Belum Makan Meh Bbl Belanja Dahmakan

Belum Makan Meh Bbl Belanja Dahmakan

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 1242 hits
Hai korang Baru seronok nak update entri lepas makan tadi Alhamdulilah kenyang perut dapat lunch menu Spaghetti Chicken Bolognese Tealive Milk Tea with Grass Jelly Tak payah keluar dari office sebab BBL sendiri malas nak cari parking Lagi p...
Apa Istimewanya Makan Di Bbq Lamb Kl Kemensah

Apa Istimewanya Makan Di Bbq Lamb Kl Kemensah

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 708 hits
Sebelum ni ana selalu terlihat ramai yang update di media sosial malahan di kaca tv makan makan dalam sungai di BBQ Lamb KL Kemensah ni Alaa tempat yang makan dalam sungai tu laa Siapa sangka akhir nya kami sekeluarga pula di rezeki kan men...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Berebut Kasih

Reaching Out

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Bob Jobs The Bike Exif Guide To Bobber Motorcycles In 2024

Syukur Kepada Allah Kamal Adli Dah Jadi Ayah Beri Nama Uqaira Pada Anak Sulung

Tak Sekolah

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb