Kedudukan Gagal Universiti Teknologi Malaysia
1 SAW tu,1 tu merujuk kepada tahun 1
SAW tu pula, kod singkatan kepada Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Inilah keputusan semester 1 semasa Mama Yan tahun 1 di UTM Skudai,MY ambil SPM tahun 1998,Mendaftar di UTM tahun 1999 jurusan Kejuruteraan Awam.Memang gembira betul mak dan abah Mama Yan masa tu.Anak pertama mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.Tapi kegembiraan tu tak kekal lama bila mana MY gagal dalam peperiksaan akhir Semester pertama dan menyebabkan MY diberhentikan dari Universiti Teknologi Malaysia.
Masa tu,Memang susah nak bagitahu mak abah,Tak tahu macam mana nak susun ayat bagitahu kena buang,Kalau ikutkan hati,Memang taknak balik kampung dah,Malu sangat sangat.Kena tendang universiti.Rasa memang nak kerja aje kilang kilang kat Senai atau mana mana kilang kat JB tu,Tapi, entahla…MY ni bukanlah jenis anak yang nakal dan terjal,Jadi memang tak berani lah nak buat perangai.
MY pun balik Raub akhirnya,Itupun lepas puas fikir,Siap minta pendapat sorang lagi kawan MY dari Raub yang sama sama kena tendang dari UTM,Masa tu dia jurusan Sains Komputer,Dia kata dia dah nak balik,Dia kata lepas ni nak mohon UiTM pula,Taknak repeat UTM lagi dah,Dia pun nasihat,Kalau jadi apa apa kat Johor ni,Susah pula orang tua,Kalau kita kat U,Lain cerita,Tapi kalau kerja?Kita bertanggungjawab sepenuhnya atas diri sendiri.
Sebelum balik kampung membawa hati yang patah seribu,MY buat surat permohonan untuk mengulang semula tahun 1 untuk tahun hadapan, MY berjumpa dengan Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam masa tu,Namanya Ir. Hasanan.Alhamdulillah..Dekan melayan Mama Yan dengan baik.Sempat memberi kata kata semangat dan nasihat.
Lepas MY balik kampung,Memang masa tu rasa murung sangat.Mama Yan hanya duduk dalam rumah tak keluar keluar.Ada pun setakat sidai kain kat belakang rumah je.Malu sangat kalaulah jiran jiran atau kawan kawan dapat tahu MY kena tendang dari universiti.Zaman tu MY belum ada henpon,Media sosial pun belum wujud lagi,Jadi memang duduk aje dalam rumah. Siang malam baca surat khabar dan majalah Galaxy,Dengar radio Hitz FM.Sampai naik hafal semua lagu zaman tu.N'Sync, Britney Spears, M2M, Back Street Boys, Westlife, Five, Linkin Park, Bon Jovi, dan lain lain lagu yang menduduki carta billboard tahun 2000,Padahal keputusan SPM Mama Yan,Gred 1 dengan 8 aggregate.Bukan keputusan yang biasa biasa juga untuk kelas aliran Sains.
Tak tahu lah macam mana boleh gagal teruk tu.Semua subjek masa tu MY rasakan sangat susah.Semuanya tak masuk dalam kepala.Walaupun tiap tiap malam MY cuba belajar,Tapi soalan kat universiti memang tak sama langsung dengan kat sekolah dulu dulu,Zaman sekolah dulu,soalan lebih telus.kat universiti,soalan berbentuk kefahaman dan aplikasi kepada teori.dan sekali lagi, entahlah..Kadang kadang semua tu terjadi kerana memang telah ditentukan Allah Taala jalan hidup kita sebegitu.
MY mendaftar semula ke UTM dalam jurusan yang sama tahun 2000.Tak dapat duduk dalam kolej masa tu.Mujurlah kawan kawan MY dari tahun satu dulu tu,semua duduk luar.Kami pun duduk menyewa bersama sama di Taman Universiti Skudai.
Mama Yan menerima ijazah pertama pada tahun 2006.Tujuh tahun ye.. baru selesai...Alhamdulillah...berjaya juga akhirnya bawa masuk mak dan abah ke dalam Dewan Sultan Iskandar tu.Walaupun episodnya agak panjang dan berliku liku,Tapi bersyukur la akhirnya dapat juga meletakkan titik noktahnya.
Dan perjuangan menimba ilmu MY,cukuplah sampai di situ sahaja.Perit sangat rasanya ya...Masalah pinjaman pelajaran, masalah pengangkutan, masalah komputer, masalah tesis, masalah macam macam lagi lah.Bila dah tamat belajar pun masalah lagi bab nak cari kerja..Jadinya memang takkanlah Mama Yan nak repeat lagi.Takde dalam keinginan langsung untuk sambung master ke, phd ke, buat prefesional engineer ke..Memang tak... hahaha...Ada orang memang dilahirkan genius..Malam ni belek belek buku,esok tenang tenang aje jawab soalan.Tapi MY jenis skor subjek membaca sahaja,Subjek mengira dan rekabentuk,memang ke laut perginya.
Pernah seorang kawan tengok slip keputusan peperiksaan Mama Yan,"Oii.. semua subjek design ko ke laut ni, aje roboh bangunan ko yang ko design ni nanti". Gelak memang lah gelak, tapi pedih sebenarnya... hahaha
Kepada adik adik lepasan SPM yang nak membuat pilihan jurusan, perbanyakkanlah membaca ya..lihat pengalaman orang terdahulu.Dan juga, belajarlah bersungguh sungguh.Kalau zaman Mama Yan dulu dah susah dan banyak cabarannya,Zaman korang sekarang ni,Lebih lagilah cabaran dan dugaannya.
Dan yang paling penting,Dengar cakap ibu bapa...Walau macam mana gagal pun pada permulaannya,InsyaAllah, dengan doa tulus ikhlas mereka,pasti akan ada manisnya.Wallahualam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2024/06/kedudukan-gagal-universiti-teknologi.html