Kediaman Moden Dengan Gaya Hidup Yang Sempurna Di Eka Heights
Kediaman Moden Dengan Gaya Hidup Yang Sempurna Di Eka Heights | Assalamualaikum semua.. Setiap insan di dunia ini pasti impikan sebuah kehidupan yang sempurna kan. Bayangkan apabila kita dapat menjalani rutin harian dengan lancar dalam suasana yang tenang dan harmoni. Tentu seronok dan bahagia. Jadi pemilihan lokasi untuk kita tinggal dan menjalani kehidupan sempurna amat penting dan menjadi faktor utama buat pertumbuhan sebuah keluarga
Oleh itu, bagi sesiapa yang masih mencari-cari lokasi yang sesuai untuk kediaman sendiri mahupun keluarga maka boleh la memilih Eka Heights, sebuah perbandaran baharu di Seremban, Negeri Sembilan. Pembangunan perumahan eksklusif oleh Matrix Concepts ini menawarkan bukan sekadar tempat tinggal tetapi menggabungkan kediaman moden dengan gaya hidup yang sempurna dengan pelbagai kemudahan yang disediakan
Info Mengenai Eka Heights
Projek perumahan yang diberi nama Eka Heights ini merangkumi kawasan tanah seluas 371 ekar di bahagian Seremban Barat dan merupakan pembangunan utama dalam Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV), sebuah projek bercita-cita tinggi yang ditetapkan untuk mengembangkan Kawasan Greater Kuala Lumpur. Kawasan perumahan ini juga direka bagi mereka yang inginkan kehidupan sempurna serta menghargai komuniti. Selain itu, Eka Heights juga menawarkan kediaman yang selesa dan moden untuk dijadikan tempat perlindungan bagi sesebuah keluarga untuk berkembang dan mencipta kenangan sepanjang hayat
Kenapa Perlu Pilih Kediaman Di Eka Heights
Pemilihan untuk kediaman perlu dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor kerana keputusan untuk memiliki kediaman merupakan pelaburan yang besar. Jika tersalah pilih terutamanya jika melibatkan projek sakit, boleh merugikan pembeli tau. Jadi banyak aspek yang perlu diteliti terlebih dahulu sebelum keputusan tepat diambil dalam pemilikan dan pemilihan kediaman baharu.
Kejayaan Projek Pembinaan Eka Heights
Di Eka Heights, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana projek perumahan ini telah membuktikan daya tarikannya dengan kejayaan pelancaran Presint 3 dan Presint 10, yang menampilkan single dan rumah bersambung dua tingkat. Permintaan yang kukuh serta penjualan yang pantas mempamerkan bahawa Eka Heights mampu memenuhi keinginan pembeli rumah yang mencari sebuah kediaman yang selesa dan sempurna
Lokasi Yang Strategik Dengan Aksesabiliti Yang Mudah
Kebiasaannya perkara pertama yang ditentukan dalam pemilihan sesebuah kediaman adalah lokasi. Ya, kedudukan rumah yang strategik dan mudah diakses memainkan peranan yang penting kerana kita perlu berulang-alik ke rumah setiap hari serta turut memudahkan tetamu yang bakal berkunjung nanti.
Walaupun Eka Heights terletak di Seremban, Negeri Sembilan namun kedudukannya sangat mudah untuk diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan KLIA Linkage. Pemilik Eka Heights dapat menikmati perjalanan yang cepat kerana mempunyai akses terus ke KLIA. Dengan lebuhraya ini, ia mampu mengurangkan tempoh ulang-alik juga bermakna memberi lebih banyak masa berkualiti di rumah
Selain itu Eka Heights juga terletak di dalam pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) yang menjadi pusat penjanaan ekonomi di Negeri Sembilan termasuklah penaiktaraf infrastruktur, perindustrian yang pastinya memberi kesan positif kepada penghuni Eka Heights
Ciri-Ciri Pembangunan Di Eka Heights
Untuk pengetahuan semua, Eka Heights menawarkan lebih daripada sekadar rumah di mana ia menyediakan gaya hidup yang memenuhi keperluan yang pelbagai. Sama ada pembeli tersebut merupakan seorang profesional yang mencari rumah pertama, ataupun keluarga yang sedang berkembang mencari lebih banyak ruang, Eka Heights menawarkan gabungan keselesaan dan kondusif
Berikut antara ciri-ciri yang boleh menyumbang kepada pemilihan kediaman di Eka Heights seperti :371.79 ekar tanah yang dibangunkan dengan perancangan yang teliti dan memenuhi kehendak pembeli3,620 unit kediaman yang menawarkan pelbagai susun atur bagi memastikan kesesuaian untuk setiap gaya hidup dan saiz keluarga. 25 unit komersial membawa kemudahan terus ke depan pintu anda dengan perkhidmatan penting dan runcit. Taman Mageka seluas 15.5 ekar, pusat komuniti yang menawarkan ruang hijau yang subur untuk bersantai, rekreasi, dan pergaulan. Keselamatan adalah keutamaan di Eka Heights. Pagar keliling dan Pondok Rukun yang diletakkan secara strategik untuk memastikan penduduk menikmati ketenangan fikiran, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk seisi keluarga.
Taman Mageka Dengan Kehijauan Alam Semula Jadi Serta Fasiliti Yang LengkapApa lah ertinya sebuah rumah jika tiada kemudahan yang lengkap ataupun kawasan beriadah untuk seisi keluarga. Takkan sekadar duduk di rumah sahaja kan. Jadi bagi mengukuhkan faktor pemilihan kediaman sudah pasti persekitaran yang tenang dengan alam semula jadi serta pelbagai kemudahan dan fasiliti yang lengkap memainkan peranan yang penting juga untuk mempengaruhi keputusan memiliki sebuah kediaman
Bagi memastikan keselesaan dan kegembiraan bakal penghuni di Eka Heights, sebuah taman yang diberi nama Taman Mageka disediakan lengkap dengan sebuah oasis berkeluasan 15.5 ekar bagi membolehkan penduduk setempat hidup dalan komuniti yang sihat dan bermasyarakat.
Di Taman Mageka ini, ia bukan sekadar taman malah menjadi tempat untuk beriadah atau menjalani aktiviti petang dan bersantai bersama keluarga dan jiran tetangga. Di dalam taman ini juga terdapat sebuah tasik seluas 8 ekar yang sesuai untuk berjalan-jalan petang atau berkelah di tepi air. Selain itu ada juga kawasan seperti buaian gergasi, sangkar rumah pokok dan slaid arca arnab, sesuai untuk kanak-kanak bermain.
Tidak ketinggalan The Sundial Plaza yang menawarkan tempat yang cantik untuk bertemu rakan-rakan atau menikmati perhimpunan keluarga serta boleh dijadikan lokasi terbaik untuk merakam memori indah serta mempunyai pelbagai spot menarik dan instagramable untuk OOTD
Unit Kediaman Di Eka Heights
Berdasarkan segala perancangan dan kemudahan yang disediakan di Eka Heights sudah pasti akan memenuhi keperluan bagi gaya hidup yang sempurna kan. Jadi inilah masanya untuk membuat keputusan yang tepat bagi memilih kediaman yang moden dan selesa kerana Eka Heights menawarkan 2 jenis unit kediaman iaitu MEORA (Precinct 4) dan FERRA (Precinct 8A)
MEORA (Precinct 4)Dengan bertemakan 'Where Modern Living Meets Natures’s Embrace', MEORA merupakan unit kediaman 2 tingkat berstatus Hartanah Milik Bebas (Freehold) dengan bukaan 22' x 70' dan berkeluasan 2,245 sq.ft yang terletak di Precint 4. Rumah ini mempunyai reka bentuk yang luas dan memiliki 4 bilik tidur dan juga 4 bilik air. Dari segi keselamatan, rumah ini memiliki ciri Smart Homes System serta mendapat Kemudahan Komuniti Eksklusif
Harga Rumah di MEORA (Precinct 4) bermula dari RM 574,999*
FERRA (Precinct 8A)Dengan bertemakan 'Epitome of Contemporary Living', FERRA merupakan unit kediaman 2 tingkat dengan bukaan 20' x 70' dan berkeluasan 2,142 sq.ft yang terletak di Precint 8A. Rumah ini mempunyai reka bentuk yang boleh diubahsuai dengan susun atur terbuka dan memiliki 4 bilik tidur dan juga 3 bilik air. Dari segi keselamatan, rumah ini juga memiliki ciri Smart Homes System serta mendapat Clubhouse Membership.
Harga Rumah di FERRA (Precinct 8A) bermula dari RM 476,999*
Jadi sila buat keputusan yang tepat dan cepat bagi memastikan peluang keemasan untuk memiliki kediaman moden dengan gaya hidup yang sempurna di Eka Heights tercapai. Jika berminat boleh hubungi Matrix Concepts di https://wa.link/ghtaxx
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2024/10/kediaman-moden-dengan-gaya-hidup-yang.html