Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress




Buku pink hamil

Kedegilan ibu hamil yang berbahaya bikin doktor stress. Sedikit stress ya semalam tengok kes ibu hamil. Ini antara kes-kesnya.
🔹 Kes 1:
34 tahun perempuan, stroke bulan 11 2024 dengan lemah badan belah kiri. Punca? Darah tinggi & kencing manis yang tak terkawal, degil tak mahu makan ubat

Doktor nasihatkan untuk ambil perancang, tapi pesakit menolak, konon nak merancang sendiri - coitus interruptus @ pancut luar

Cuba teka apa yang jadi? Datang balik lepas raya, mengandung 11 minggu
Haa tepuk ! 🤦🏻‍♂️
Suami terlebih s@ng@p. Bini stroke lumpuh separuh badan pun dia kerjakan sampai mengandung. Suruh merancang tak nak

Nanti siapa nak jaga anak & bini dalam keadaan macam ni? Suami ke? Entah-entah suami lari cari perempuan lain 🤭
🔹 Kes 2:
Established DM, maknanya dah ada Kencing Manis sejak sebelum mengandung. Default follow up berkali-kali. HbA1C tidak pernah terkawal, last 10.1%

18 tahun tunggu nak ada anak. Alhamdulillah kali ini mengandung pada usia 40 tahun

Tapi sayang, kandungan tak lama. Gugur ketika janin berusia 12 minggu

Punca? Kencing manis yang tak terkawal + kemungkinan usia yang dah lanjut

Mereka yang mempunyai Kencing Manis berisiko tinggi untuk gugur dan anak cacat - congenital anomalies.
Mungkin belum ada rezeki? Atau sebagai ujian untuk lebih berjaga-jaga dalam menjaga kesihatan selepas ini

Dan banyak lagi kes-kes yang memeningkan kepala yang kami hadap tiap hari 🥸 macam mana la doktor-doktor ni tak stress

Doktor pula bersungguh-sungguh nak pesakit sihat. Pesakit? Endah tak endah je hmm

========
🔸 Nasihat saya kepada wanita:
1. Carilah suami yang cerdik pandai. Tak belajar tinggi tidak apa, yang penting RAJIN UNTUK BELAJAR. Elakkan cari yang hanya manis di mulut, pahit di otak.
Kalau dah tahu lelaki tu anti-perubatan moden, seeloknya reject je la. Proton pun dah ada e.MAS, ni acah nak rawatan tradisional lagi. Silap-silap dia pun sunat pakai laser dulu-dulu

2. Suami adalah ketua. Salah pilih ketua, rosak satu pasukan. Perempuan ada hak untuk memilih ketua keluarga, jangan tangkap muat je

3. Semasa fasa berkenalan, selitkan sekali perbincangan berkenaan kehamilan. Tanya terus “nak anak berapa?”, “bila nak ada anak?”, so bila dah ada target, baru nampak perjalanan, takde lah dah mengandung baru nak menggelabah

Jangan malu-malu nak sembang bab mengandung ni, tak lucah pun. Yang lucahnya kalau hang pi tanya nak posisi apa malam pertama?! Okay ini redflag. Boleh cari lelaki lain

4. Kalau rasa umur dah tua tu, rajinkan lah buat pemeriksaan kesihatan sekali setahun. Banyak komplikasi jika mengandung dengan macam-macam penyakit ni

5. Dapatkan nasihat doktor berkaitan kesihatan, bukan Uncle Google atau Makcik Bawang di Facebook. Kalau kamu sakit, yang rawatnya doktor juga. Makcik Bawang ni entah ke mana

Tapi yang pasti Makcik Bawang ni akan muncul balik bila komplikasi berlaku di Hospital

“Kan aku dah kata jangan cucuk baksin. Nanti anak cacat!”
Padahal anak cacat sebab kencing manis tak terkawal, sebab mak tak makan ubat, percaya supplement herba Makcik Bawang ni 🥸
========
🔸 Nasihat saya untuk lelaki:
1. Kalian adalah ketua keluarga, setiap apa yang dilakukan akan dipersoal di akhirat kelak. Renung-renungkanlah:
‎أَلَا ‌كُلُّكُمْ ‌رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Maksudnya: “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.” (Riwayat bukhari: 7138)


“Dr, suami saya tak izinkan untuk merancang. Saya tak nak jadi isteri derhaka !” - kata seorang ibu yang baru sudah beranak + sawan masa mengandung + gula & tekanan darah tinggi sokmo 🥲
Ingatlah. Tiada taat pada perkara maksiat atau yang merbahayakan nyawa 🤲🏻
Ibnu Nujaim berkata:
‎لا يجب على الْمَرْأَة طَاعَةُ الزَّوْجِ في كل ما يَأْمُرُ بِهِ ، إنَّمَا ذلك فِيمَا يَرْجِعُ إلَى النِّكَاحِ وَتَوَابِعِهِ ، خُصُوصًا إذَا كان في أَمْرِهِ إضْرَارٌ بها
"Isteri tidak wajib patuh kepada suami dalam setiap perkara yang dia perintahkan. Sesungguhnya kewajipan itu hanya berkaitan dengan perkahwinan dan perkara-perkara berkaitan dengannya, terutamanya jika perintah suami akan memudharatkan isteri." [Al-Bahr al-Ra'iq" (5/77)]


Kredit:Irfan Tajol,Pakar AOR Discharge

Pendapatan Sha pula, wanita wajib jaga diri sendiri. Suami minta anak ramai, tapi langsung dia tak nak jaga anak pun hang sanggup nak bagi anak lagi? Hmmm, fikir diri sendiri dulu, kak. Anak ramai pun nak buktikan apa? Ada sape bagi duit ke kalau anak ramai? Mampu ke jaga dengan sepenuh perhatian? Laki pun turut sama jaga anak ke

Kalau semuanya jawapan negatif, elok fikirkan semula nak tambah anak. Anak ini lahir dengan amanah dan tanggungjawab yang kita kena tunaikan. Takkan nak harap orang lain atau pihak zakat pula sara anak-anak kita

Nak anak ramai tapi lepas tu terbiar. Laki perangai entah apa-apa pun duk sayang lagi. Suruh guna perancang, tak mau. Duk kata rancang sendiri ja. Tapi tak tau pula rancang sendiri tu berapa peratus tetap jadi baby, tak pula cakna ambil tahu. Haish la.

Kalau tolak permintaan suami untuk anak ramai pun, suami akan lebih hormat kepada isteri. Kalau dia tak hormat keputusan isteri untuk setakat itu sahaja anak, kau carilah orang lain kak. Ramai lagi lelaki yang baik

Jaga diri. Sayangi diri sendiri terlebih dahulu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sha-myheart.blogspot.com/2025/04/kedegilan-ibu-hamil-yang-berbahaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sempat Bersalin Di Hospital Ibu Sarat Hamil Meninggal Dunia Dalam Ambulans

Tak Sempat Bersalin Di Hospital Ibu Sarat Hamil Meninggal Dunia Dalam Ambulans

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 134 hits
Seorang ibu yang sakit hendak bersalin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulans Suri rumah berusia 35 tahun yang hamil anak kedua itu dipercayai sakit hendak bersalin dan suaminya kemudian menghubungi ambulans un...
Asyik Nak Terkucil Je Masa Hamil Ini Sebabnya Ibu Perlu Tahu

Asyik Nak Terkucil Je Masa Hamil Ini Sebabnya Ibu Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 101 hits
Asyik asyik nak ke tandas buang air kecil Inilah yang membuatkan ibu hamil bertambah resah bila disahkan hamil Pantang sahaja beberapa minit terus rasa hendak buang air kecil berkali kali Tapi apa sebabnya ibu hamil asyik rasa hendak buang ...
Bayi Menangis Bukan Sebab Tak Cukup Susu Saja Ibu Berpantang Jangan Stress

Bayi Menangis Bukan Sebab Tak Cukup Susu Saja Ibu Berpantang Jangan Stress

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 109 hits
Kata kata dari orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu selepas bayi asyik menangis membuatkan kita rasa down dengan kuantiti susu yang sedikit Jangan putus asa kerana bayi menangis bukan hanya disebabkan susu tidak cukup Biar sedi...
Ibu Hamil Maut Dilanggar Suv Di Terowong Menora Polis Kesan Pemandu

Ibu Hamil Maut Dilanggar Suv Di Terowong Menora Polis Kesan Pemandu

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 144 hits
Pemergian seorang ibu hamil bersama anaknya yang terlibat dalam kemalangan tragis dipercayai langgar lari di Kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran Terowong Menora Ipoh menyentuh hati ramai Kemalangan yang ber...
Kulit Tiba Tiba Jadi Gelap Waktu Hamil Dari Cantik Glowing Bakal Ibu Terus Down

Kulit Tiba Tiba Jadi Gelap Waktu Hamil Dari Cantik Glowing Bakal Ibu Terus Down

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 98 hits
Kalau dulu kulit cukup cerah putih mulus dan gebu tapi penangan bayi dalam perut wajah yang tiba tiba cantik bertukar jadi sebaliknya Siapa yang tak down dan murung waktu hamil Namun apa sebabnya kulit bertukar jadi gelap Apa sebenarnya yan...
Nahas Terowong Menora Polis Kesan Pemandu Kereta Langgar Ibu Hamil

Nahas Terowong Menora Polis Kesan Pemandu Kereta Langgar Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 145 hits
BERNAMALAPORAN Harian Metro sebelum iniIpoh Polis sedang mengesan pemandu kereta yang dipercayai telah terlanggar seorang ibu hamil di Kilometer 264 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran Terowong Menora Ipoh pada Ahad lalu...
Mengandung Tapi Lain Macam Ini Tanda Hamil Kembar Yang Ramai Ibu Tak Sedar

Mengandung Tapi Lain Macam Ini Tanda Hamil Kembar Yang Ramai Ibu Tak Sedar

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 103 hits
Mengandung anak kembar adalah pengalaman yang unik dan memerlukan perhatian khusus Namun ramai ibu mungkin tidak menyedari bahawa mereka sedang mengandungkan anak kembar sehingga pemeriksaan lanjut dilakukan Berikut adalah 11 tanda yang bol...
Zarina Anjoulie Nafi Hamil Dakwa Saixse Pernah Paksa Wanita Gugur Kandungan Amp Tanam Janin

Zarina Anjoulie Nafi Hamil Dakwa Saixse Pernah Paksa Wanita Gugur Kandungan Amp Tanam Janin

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 139 hits
Pelakon Zarina Anjoulie nafi hamil anak kepada pelatun lagu Malampagi Saixse seperti mana hangat menjadi bualan warganet sejak semalam Menerusi hantaran di Instagram pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul 37 menafikan dakwaan kon...
Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Kedua Teruja Sambut Orang Baru Doakan My Lil Bun

Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Kedua Teruja Sambut Orang Baru Doakan My Lil Bun

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 129 hits
Tahniah diucapkan buat usahawan yang juga anak kepada Mantan Pendana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri yang yang mengumumkan kini hamil anak kedua Nina yang mendirikan rumahtangga bersama suaminya Hafiz Osman pa...
Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Sarapan Di Warong Sate Pagi Kota Tinggi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perdana Menteri Kongsi Gambar Lama Bersama Ibu Tersimpan Seribu Makna

Sentuhan Kasihmu Ibu

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning

Rafizi Enggan Pkr Dipenuhi Pak Turut Tukang Ampu

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan