Kedai Kurma Murah Di Kl Dan Ampang
Pelbagai Jenis Kurma di Berkat Madinah
Assalamualaikum korang! hai! entry KURMA, iklan kurma, post kurma, itu tandanya apa??? DAH NAK PUASA LAH uols! hehe. Kurma atau dalam bahasa lainnya Buah Tamar, kalau kita orang islam di Malaysia ni, selalunya Kurma ni akan popular time time bulan Ramadhan jelah, habis je ramadhan, terbiarlah kurma tu ( rumah aku lah tu ) kihkih, then lagi satu, kalau time mengandung, gigih lah weh makan kurma! Sebab apa? KHASIAT KURMA tu memang tak boleh disangkal lagi.
Lagi satu, kurma ni boleh buat korang tahan lapar, cuba lah waktu sahur tu, makan kurma 3 biji, atau pun kisar kurma dengan susu buat minuman. InsyaAllah dapat bertahan sepanjang hari berpuasa.
Madinah Oasis, Buah Tamar ni asalnya dari bumi arab lah of course, masa kecik dulu, aku ingat lagi, susah nak dapat kurma ni, selalu orang pergi Mekah, benda pertama orang kirim mestilah Kurma dan Air Zam zam, dorang akan beli banyak dan sedekah pada ahli keluarga.
Tapi zaman sekarang ni, tak perlu susah susah dah, banyak dah pasaraya arab yang barangannya dibawa KHAS dari Madinah dibuka di Malaysia, suasana pun memang sama seperti berada di Madinah. Nak makan kurma, nak cari air zam zam, terus boleh beli di pasaraya Arab, contoh di Berkat Madinah.
Selain itu, kat berkat madinah ni, aku suka beli roti dia, fresh made, sedap gila wei! dah lah premium healty, no oil, no salt and sugar. Ada juga, honey, nuts, Baklava yang sedap gila!!! dan Jus Delima Fresh yang diperah hari hari di kedai.
Korang kan, kalau nak cari Baklava yang sedap di Malaysia ni, korang beli lah di Berkat Madinah! one of the best baklava available in malaysia, very reasonable price, have many types.
Berkat Madinah sendiri dah ada 3 cawangan tau, so boleh pergi dimana cawangan yang berdekatan dengan korang, Pasaraya Arab Berkat Madinah sekarang ada di Ampang, Kajang dan Shah Alam.
Cara Memilih Kurma yang Bagus
Kurma ni ada pelbagai jenis, di Berkat Madinah sendiri, ada lebih dari 100 jenis buah kurma, memang pening nak pilih, ada yang kering, basah, kecil, besar, manis, kurang manis, semua ada! Kurma yang sedap adalah kurma jenis kahwin, tapi aku pasti, di Berkat Madinah ni semua pun sedap. Ikut lah selera kita.
Kurma di berkat madinah ni dibawa KHAS dari 100% madinah tau! Semuanya fresh dan new seasons. Korang jangan beli kurma yang terlampau murah yang berlonggok-longgok tu, sebab risau dah disimpan lama, ada juga kes, dalam buah dah ada ulat, so better beli yang baru, yang fresh dan betul betul dari kedai arab.
Ok meh nak tunjuk korang, pelbagai jenis kurma di Berkat Madinah, harga pun ada skali tu, senang korang nak tengok.
Borong Kurma Murah
Kalau tanya aku, aku sangat suka kurma ajwa, aku tak makan kurma lain, aku suka kurma ajwa sebab dia kurang manis, tak besar sangat, dan kering. Itu taste aku lah, kurma ajwa antara kurma yang mahal antara yang lain, kurma ajwa dikenali sebagai kurma Nabi. Kurma Ajwa saja ada 3 jenis di berkat madinah ni, iaitu Ajwa Almadinah VIP, Ajwa Almadinah Premium dan Ajwa Almadinah biasa.
Di Berkat Madinah ni, kalau korang nak beli kurma secara borong pun boleh, mereka ada jual secara borong dalam kotak, bulan puasa akan datang ni, siapa nak cari kurma borong dengan harga murah, boleh lah datang sini, berkat madinah juga ada buat promosi untuk buah kurma dari 22hb - 26hb tau!
Hadiahkan Kurma Kepada Ahli Keluarga
Ok, selain dari beli timbang, ada juga buah kurma yang telah siap di pack cantik-cantik mcm dalam gambar dibawah ni, kalau korang nak hadiahkan kurma kepada kawan-kawan ke, ahli keluarga ke, client ke, boleh beli yang dah siap pack ni, cantik sangat packaging dia.
As usual, korang boleh pilih nak kurma jenis apa, ada Ajwa madinah, Kurma Walnut, Kurma Gajus, Kurma tangkai dan banyak lagi, korang kena pergi sendiri berkat madinah untuk tengok sendiri tau!
Banyak sangat kan!!! hihi, pening nak pilih
Kenapa Setiap Rumah Perlu Ada Kurma?
Ok meh nak bagitahu sesuatu kat korang, kurma ni, sebenarnya, bukan lah makanan untuk bulan puasa je, sepatutnya buah kurma perlu ada SENTIASA didalam rumah kita, rumah yang tiada kurma, adalah seperti rumah yang tiada makanan.
Nabi Muhammad SAW bersabda: Terdapat hadis yg lafaznya ialah: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan”.
HR Muslim (no: 2046).
So lepas ni, kita kena lah amalkan makan kurma, even bukan bulan puasa. Sebab buah kurma ni sangat lah bagus untuk tubuh badan kita, haih, insaf rasa sekejap. Aku ni, buah kurma pun tak gemar sangat, skrg ni kena makan selalu. Kurma adalah makanan Sunnah kot!
So jangan lupa, datang berkat madinah, dan beli kurma ok, buat stok kat rumah tu! mana yang jauh dari Ampang, pergi lah ke cawangan Kajang dan Shah Alam tau!
Berkat Madinah cawangan Kajang
Alamat Pasaraya Arab Berkat Madinah
Cawangan Ampang
17 & 18 L1, Jalan Ampang Putra 6, Taman Putra Suliman
68000 Ampang Selangor
Cawangan Kajang
Ground Floor, Unit No. PA-S-17 in Pearl Avenue Shops
Jalan Pasir Emas, Taman Berjaya,
43000 Kajang, Selangor.
Cawangan Shah Alam
20-28 Jalan Jemuju Empat 16/13d,
Seksyen 16, 40200 Shah Alam,
Selangor.
Laman web : http://www.madinah.com.my/Facebook : https://www.facebook.com/BerkatMadinah/Instagram : https://www.instagram.com/BerkatMadinah/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://lipslikesugar87.blogspot.com/2019/04/kedai-kurma-murah-di-kl-dan-ampang.html