Port baru beli barang keperluan kucing di Semenyih – Rasa Sayang Pet Mart. Tengok nama pun unik sebab selama ini kalau kedai kucing je, mesti ada perkataan Pet Shop atau Petshop. Tapi, kedai kucing ini guna perkataan Mart hihi. Lain daripada yang lain bagi aku.
Boleh tahan banyak dan rasanya harga yang ditawarkan pun berpatutan. Ada yang lebih murah dan mahal berbanding kedai kucing lain. Win win situation. Apa yang aku perasan, pasir kucing jenis pine wood dijual pada harga yang jauh lebih murah – 20kg pada harga RM55 hingga RM59 mengikut jenama. Pasir kucing biasa pula dijual pada harga sekitar RM15. Siap ada promosi kalau beli 4 boleh dapat harga RM50. Jimat RM10 camtu.
Insyaallah next time nak ronda satu kedai kat sini. Hari itu agak rushing, jadi tak sempat ronda. Nak tengok bekas makan automatik kalau ada. Kalau ada fountain pun menarik juga. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |