Kedah Nafi Buka Kembali Konsesi Balak Berita Harian Padam Laporan




Alor Setar, 27 Mei: Pejabat Menteri Besar Kedah mengeluarkan penjelasan berhubung laporan berita ‘𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐬𝐢 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐤’ yang telah mencetuskan kekeliruan dan polemik dalam kalangan netizen.
Setiausaha akhbar kepada MB Kedah, Muhamad Mat Yakim berkata kenyataan Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor dalam sidang media di Wisma Darulaman, Alor Setar semalam bukanlah satu cadangan untuk kerajaan negeri membuka kawasan baharu pembalakan.
Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. NorSebaliknya tambah beliau, ia hanya cadangan untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit setelah kelulusan konsesi pembalakan yang diberikan kemudian dibatalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini sedangkan syarikat-syarikat berkenaan telah membayar premium.
“Berikutan itu, implikasi yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan negeri sama ada berhadapan dengan tindakan mahkamah, membayar ganti rugi ataupun menimbang langkah menggantikan kawasan lain kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan.
Dalam hal ini, kerajaan negeri bertegas bahawa kawasan lain yang diganti itu mestilah dalam kawasan hutan pengeluaran yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan berasaskan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.”
Beliau turut berkata keutamaan kerajaan negeri ialah kehidupan rakyat akan dipastikan tidak terganggu, tiada pencemaran, tidak ada penggondolan, hakisan, banjir lumpur dan lain-lain akibat yang boleh membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan kehidupan manusia sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang.
“Langkah-langkah ini akan diberi perhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya kerana jika kita bersedia untuk membayar tuntutan ganti rugi yang dianggarkan mencecah nilai RM1bilion, hal kawasan ganti itu tidak timbul.”
Semalam, portal Berita Harian melaporkan  Kedah sedia pertimbang  buka kembali konsesi balak bagi mengelak membayar tuntutan hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini.
Tambah laporan itu, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata syarikat terbabit sebelum ini dibatalkan konsesi mereka berikutan keputusan kerajaan negeri mewartakan Ulu Muda sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan air.

Buletin TTKM mendapati pautan kepada laporan Berita Harian itu kini tidak dapat diakses dipercayai sudah dipadamkan. – Buletin TTKM-

Kenyataan penuh:
KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI
BESAR KEDAH
Penjelasan Pejabat Menteri Besar Kedah berhubung berita ‘Kedah sedia pertimbang buka kembali konsesi balak’ yang telah mencetuskan kekeliruan dan polemik dalam kalangan netizen.
Adalah diperjelaskan bahawa kenyataan Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor dalam sidang media di Wisma Darulaman, Alor Setar siang tadi
1. Bukanlah satu cadangan untuk kerajaan negeri membuka kawasan baharu pembalakan.
2. Ia hanya cadangan untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit setelah kelulusan konsesi pembalakan yang diberikan kemudian dibatalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini sedangkan syarikat-syarikat berkenaan telah membayar premium.
3. Berikutan itu, implikasi yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan negeri sama ada berhadapan dengan tindakan mahkamah, membayar ganti rugi ataupun menimbang langkah menggantikan kawasan lain kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan.
4. Dalam hal ini, kerajaan negeri bertegas bahawa kawasan lain yang diganti itu mestilah dalam kawasan hutan pengeluaran yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan berasaskan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
5. Keutamaan kerajaan negeri ialah kehidupan rakyat akan dipastikan tidak terganggu, tiada pencemaran, tidak ada penggondolan, hakisan, banjir lumpur dan lain-lain akibat yang boleh membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan kehidupan manusia sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang.
6. Langkah-langkah ini akan diberi perhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya kerana jika kita bersedia untuk membayar tuntutan ganti rugi yang dianggarkan mencecah nilai RM1bilion, hal kawasan ganti itu tidak timbul.
Dikeluarkan oleh
MUHAMAD MAT YAKIM
Setiausaha Akhbar kepada
Menteri Besar Kedah
8.25 pm
26 Mei 2020

#sumber


MR :  Kerana BH ini ada yang buat amalan banyak bulan Ramadan tapi hangus kerana sebar fitnah dan burukan PAS dalam media sosial.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/kedah-nafi-buka-kembali-konsesi-balak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Tak Buka Kawasan Balak Baru Jelas Pejabat Mb

Kedah Tak Buka Kawasan Balak Baru Jelas Pejabat Mb

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 321 hits
MALAYSIAKINI Pejabat Menteri Besar Kedah tampil menjelaskan laporan negeri itu sedia mempertimbang membuka semula konsesi balak daripada membayar tuntutan saman hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini Setiausaha a...
Mukhriz Dakwa Kedah Guna Tuntutan Rm1 Bilion Lulus Lebih Banyak Konsesi Balak

Mukhriz Dakwa Kedah Guna Tuntutan Rm1 Bilion Lulus Lebih Banyak Konsesi Balak

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1066 hits
Mukhriz Mahathir berkata tiada masalah yang terpaksa diselesaikan MB baru Muhammad Sanusi Md Nor yang baru 10 hari memegang jawatan itu ALOR SETAR Bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri pimpinan PAS mereka cerita...
Kawan Kawan Tolong Report Youtuber Sugu Pavithra Nafi Buka Akaun Facebook Instagram

Kawan Kawan Tolong Report Youtuber Sugu Pavithra Nafi Buka Akaun Facebook Instagram

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 408 hits
Pasangan Youtuber yang terkenal dengan video masakan India Sugu Pavithra membuat penafian tentang kewujudan akaun Facebook dan Instagram yang menggunakan nama mereka Sebaliknya akaun yang wujud di media sosial tersebut adalah akaun palsu Pa...
Gubernur Ntt Buka Kembali Seluruh Perbatasan Antardaerah

Gubernur Ntt Buka Kembali Seluruh Perbatasan Antardaerah

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 245 hits
Gubernur NTT lanjut Marius Ardu Jelamu menegaskan agar perbatasan antardaerah harus dibuka supaya memperlancar arus orang maupun logistik antarwilayah Pun pembukaan perbatasan agar semua transportasi baik darat laut dan udara bisa beroperas...
Lockdown Kian Dilonggarkan Prancis Segera Buka Kembali Pantai

Lockdown Kian Dilonggarkan Prancis Segera Buka Kembali Pantai

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 240 hits
Lockdown Kian Dilonggarkan Prancis Segera Buka Kembali Pantai Prancis semakin melonggarkan kebijakan lockdown seiring meredanya penyebaran pandemi Covid 19 Taman kebun pantai dan danau di Prancis akan dibuka kembali pada 2 Juni mendatang
Daftar Cara Isi Laporan Harian Sop Pkpb

Daftar Cara Isi Laporan Harian Sop Pkpb

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 890 hits
DAFTAR CARA ISI LAPORAN HARIAN SOP PKPB LAPORAN HARIAN PROSEDUR OPERASI STANDARD PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ingin memaklumkan bahawa mulai 20 Mei 2020 Laporan Harian Program Pencegahan ...
Mb Kedah Terdedah Agenda Balak Beliau

Mb Kedah Terdedah Agenda Balak Beliau

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 355 hits
Tanpa disedari MB Kedah yang baru mendedahkan agenda balak dia kepada rakyat umum Dia harus sedar dia adalah MB pintu belakang dan bukannya MB pilihan rakyat Kedah 1 Yang menghairankan perkara pertama yang diisytiharkan oleh MB Kedah selepa...
Kemenag Wacanakan Buka Kembali Pesantren Saat New Normal

Kemenag Wacanakan Buka Kembali Pesantren Saat New Normal

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 352 hits
Menteri Agama Fachrul Razi mengatakan Presiden Joko Widodo meminta Kemenag hati hati dalam mengoperasionalkan kembali pesantren agar tidak memunculkan klaster baru Menag sendiri mengakui ada kekhawatiran soal penyebaran Covid 19
Lagi Isu Balak Kedah

Lagi Isu Balak Kedah

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 382 hits
Isu balak kedah Siri 3Memetik dari laporan dari PAS Kawasan Sik mengatakan penulisan saya adalah satu fitnah ingin sekali sy perjelaskan dan menyatakan pendirian saya bahawa semua penulisan itu berlandas fakta jelas Selaku aktivis yang acap...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa