Kedah Merawat Kucing Selsema Secara Tradisional
Apa Kaedah Merawat Kucing Selsema Secara Tradisional mahupun konvensional?
Jika di dapati kucing anda mengalami masalah selsema, perlulah di asingkan dengan kucing yang lain kerana virus selsema ini mudah dan cepat merebak dengan kucing yang lain.
Read: Teka Teki – Kucing Apa Pandai Menyanyi?
Antara tanda-tanda awal kucing mengalami masalah selsema adalah seperti berikut:
BersinMata berairCecair cerah keluar dari hidungBatukDemamAir liur melelehStres
Read: A Collection Of Instagram Captions For Your Reference
Rawatan dan Pencegahan awal boleh merawat kucing anda sebelum ianya menjadi keadaan yang lebih teruk dan virus selsema ini boleh menular dengan kucing yang lain.
Asingkan kucing yang mengalami masalah selsema kerana mudah di jangkiti.Kuarantin ke dalam sangkar buat sementara waktu untuk mengawal penyakit ini menjadi lebih parah.Pemberian antibiotik dari klinik veterinar untuk rawatan mencegah dari ianya menjadi lebih teruk kerana virus ini boleh merosakkan tisu hidung, mata, sinus, mulut dan paru-paru kucing.Force Feed – kucing yang mengalami masalah selsema yang teruk kerana deria bau tidak berfungsi sepenuhnya. Jika tidak di force feed, kucing anda akan hilang tenaga dan lemah.Sentiasa bekalkan air bersih yang secukupnya agar kucing tidak mengalami masalah hidrasi.
Kaedah Merawat Kucing Selsema Secara Tradisional / Konvensional
Cuka Epal
Cuka epal juga dapat bantu merawat selsema kucing.
Cara: Masukkan 1 sudu kecil cuka epal ke dalam makanan atau minuman kucing anda. Lakukan 2 kali sehari sehingga kucing sembuh.
Oleh kerana kucing mempunyai deria bau yang sangat tajam, bau cuka epal tersebut mungkin tidak digemari kucing anda. Menyebabkan kucing anda tidak mahu menyentuh langsung makanan dan minumannya.
Cara lain: Beri sahaja menggunakan picagari terus ke dalam mulut kucing anda. Boleh juga ditambah sedikit air untuk memudahkan kerja anda.
Hangatkan Kucing
Memastikan kucing berada dalam keadaan panas dan hangat juga akan meletakkan kucing dalam susana yang panas dan selesa semasa di dalam proses penyembuhan selain membantu kucing melawan selsemanya.
Cara: Ambil heating pad/bantal panas (yang sambung pada elektrik untuk panaskan itu). Panaskan sehingga suhu suam.
Balutkan dengan selimut dan letakkan berhampiran dengan kucing anda supaya mereka boleh gunakan untuk memanaskan badan mereka. Lakukan setiap hari sehingga kucing beransur sembuh.
Jika anda tiada heating pad, anda boleh gantikan dengan menggunakan botol air yang diisi dengan air panas.
Read: 100+ Korean Quotes About Love, Drama and Life
Supplemen
Supplimen seperti vitamin C dan multivitamin juga berguna buat kucing anda melawan selsema dari dalam. Pemberian viamin dapat membantu meningkatkan immuniti dan keupayaan melawan penyakit.
Immuniti yang lebih baik akan membantu proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat.
Cara Pertama: Boleh berikan pil secara manual menggunakan tangan.
Cara Kedua: Hancurkan pil dengan air dan gunakan picagari untuk suap masuk ke dalam mulut
Cara Ketiga: Gunakan jenis picagari khas untuk suap ubat pil ke dalam mulut kucing.
Cara Keempat: Cuba sorokkan di dalam makanan basah dan berikan kucing makan. Tetapi, sesetengah kucing tidak akan tertipu kerana terdapat bau yang asing.
Berikan vitamin 1-2 kali sehari sehingga kucing sembuh.
Sauna
Sauna juga bagus dilakukan kepada kucing yang sedang selsema kerana wap/steam yang terhasil akan membantu melancarkan semula saluran hidung dan pernafasan yang tersumbat.
Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan sauna untuk kucing ini. Kita akan gunakan bilik mandi sebagai tempat sauna.
Cara pertama:
Buka air shower pada suhu yang panas selama beberapa minit untuk menjadikan bilik air anda dipenuhi steam. Masukkan kucing anda di dalam sangkar atau carrier dan masukkan ke dalam bilik air yang dipenuhi steam tadi selama 10 hingga 15 minit.
Ulang 2 ke 3 kali sehari sehingga kucing sembuh
Cara kedua:
Masukkan air panas ke dalam baldi dan letak di dalam bilik air. Anda boleh menggunakan bilik air atau ruang yang lebih kecil untuk memaksimumkan penggunanan wap air panas di dalam baldi tersebut. Masukkan kucing anda di dalam sangkar atau carrier dan masukkan ke dalam ruang tersebut selama 10 hingga 15 minit.
Ulang 2 ke 3 kali sehari sehingga kucing sembuh
The post Kedah Merawat Kucing Selsema Secara Tradisional appeared first on Dennis G. Zill.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dennisgzill.com/kedah-merawat-kucing-selsema-secara-tradisional/