Kedah Healing 3d 2n At Pulau Langkawi Mangrove Tour


Kedah | 'Healing' 3d 2n At Pulau Langkawi - Mangrove Tour | Membawa diri ke Langkawi. Begitulah tajuk kali ni.
Aku dah lama rancang untuk menyendiri sekejap, dah apply cuti tapi tak pasti nak ke mana. Konon nak bagpacking Sri Lanka sebab belum pernah ke sana tapi tiket ke Colombo mahal sangat, RM1k +. Dah berbulan survey namun harga masih sama. Nak ke Hanoi-Sapa pun sama...banyak kena congak sebab bulan depannya nak balik beraya di Kedah, kos semua tu.
Akhirnya pagi tu cari juga tiket ke Langkawi, dah naik RM20 sehala berbanding minggu sebelumnya 😑. Aku kerja separuh hari jadi ngam ngam sebelum balik beli tiket Airport Coach ke KLIA 2. Geram aku dengan sistem tiket bas Terminal 1 Seremban dah kena bayar pula reprint tiket. System upgrading sepatutnya melancarkan dan menjimatkan. Ini tidak, sebelum ni kita boleh je tunjuk resit tiket di handphone atau cetak sesiap, sekarang dah cetak pun kena cetak lain dan dikenakan caj RM1.70! Mungkin ada yang kata ala...tiket kapal terbang boleh beli singgit tujuh posen pun berkira. Ini bukan berkira ya, isunya kenapa kena bayar sedangkan kita dah cetak sendiri? Tak boleh ke buat macam nak masuk panggung wayang boleh scan terus kod qr dari handphone? Penambaikan sistem sepatutnya membawa kita maju ke depan bukannya mengundur.
Haih...geram aku.
Lapaq sungguhlah waktu sampai di KLIA 2. Dedulu aku suka makan di The Loaf sebab rotinya sedap, sekarang dah tiada maka terpaksalah cari kat tempat lain. Yang penting makan gandum.
Eh bilik tak tempah lagi. Sebelum habis pramugari remind kali kedua suruh tukar ke plane mode aku pun tekan "pay" kat booking.com . Selesai hahahah...semua last minute.
Dah jarang sangat berjalan di airport tarmac. Kebanyakan airport dah upgrade terus masuk dari bangunan utama.
MENJEJAK KAKI DI LANGKAWI KALI KE....8 KOT
Aku tempah Grab untuk ke dorm. Sesampai di situ si pengurus terus cadangkan aku cari tempat lain dan dia akan refund payment. Eh dah kenapa?? Tempat tu dapat good review.
Dia kata ladies dorm tak selesa, panas, lagi pun  katil double decker. Aku ok je dengan katil tu tapi bab panas tu runsing jugalah hehhe... Aku cakap nak tengok dulu. Lepas melawat bilik aku bersetuju untuk cari tempat lain hahahha.... Dah dekat Maghrib masa tu. Aku pun duduk depan outlet Haji Ismail Group di Pantai Cenang dan skrol skrol skrol...banyak bilik yang murah dah penuh hmmm...
Aku pergi tengah minggu di luar musim percutian memana negara jadi Pantai Cenang tu agak tenanglah. Sepanjang perjalanan dari airport ada sedikit perasaan dukacita melihat pulau ini. Takpe...simpan dulu sebab belum explore lagi.
Malam tu sekadar berjalan di Cenang Walk dan pantai tengok orang main api. Tenang je duduk tepi laut seorang diri. Kemudian tempah pakej mangrove tour atau lawatan ke paya bakau. Okay, tujuan utama ke Langkawi kali ini sebab nak naik jambatan gantung di Gunung Machincang dan mangrove tour. Formasi Machinchang ialah sejenis formasi batuan berusia kambria hingga ordovisi awal yang tertua di Langkawi dan di Malaysia. Selain daripada itu nak naik kereta pusing pusing je lah. Healing kaannn...
Pantai Cenang di malam hari.
Fire show at Pantai Cenang. Kalau tak silap bermula pukul 9 malam.

Cuci mata tengok pinggan mangkuk. Salah satu set yang aku berkenan yang pink atas tu tapi risau nak bawa balik, nak bawa ke kabin macam tak lepas, nak dimasukkan ke kargo risau berderai.
Lebih murah di Haji Ismail Group. HIG pun ada kedai  di sini, sebelah kiri sebelum Cenang Walk.

PAKEJ LAWATAN KE PAYA BAKAUTerang jelas matlamat aku ikuti mangrove tour ni sebab nak ke Gua Kilim, nak ambil gambar berlatar belakangkan Gua Kilim. Pakej ini berharga RM80 seorang termasuk menjemput di hotel jam 9 pagi. Sebenarnya kita boleh je tempah private tour dan lawatan akan jadi dua atau tiga jam sahaja tapi kita sorang wak...tak mampu. Mengikut kata operator tujuh orang dah boleh tempah bot persendirian.

Kapten bot kami tu boleh tahan daring, kalau atas jalan raya mau terbang dengan motor sekali. Ada sekali tu dia membelok sipi sipi je sebelah batu, berderau darah. Masa balik dia bawa lelaju di antara dua batu. Syoklah tapi takutlah juga. Aku agak bot tu bukan bot dia sebab tu dilanyaknya. Selepas setengah jam perjalanan aku melambai nak suruh dia toleh untuk bertanya, dia cakap, laa....saya ingatkan akak orang Arab! hahahah...patutlah senyap ja hahaha... ese oghang Somban bang.
Tempat pertama yang kami singgah ialah tempat helang turun. Helang omputeh panggil raptor. Raptor?? eh...tiber 😁 Mengikut cerita pemandu pelancong dulunya kawasan tu adalah perkampungan nelayan. Bila mereka membersihkan bot mereka akan buang sisa tangkapan ke laut, dari situlah bermulanya burung helang banyak singgah di situ.

Tour/nature guide kami.
Inilah Gua Buaya 😁. Takde buaya pun...
Terdapat beberapa spesis burung helang di Pulau Langkawi diantaranya burung helang Merah atau nama sainsnya ialah Haliastur Indus. Ia mudah dikenal pasti melalui bulu putih pada kepala dan pada dadanya, burung muda bewarna lebih pucat yang mudah terkeliru dengan spesies yang hampir serupa dengannya. Burung lang merah sama saiz dengan burung Helang Kembara Hitam (Milvus migrans) dan memiliki jenis penerbangan lang yang biasa, dengan sayap bersudut tetapi ekornya bulat tidak seperti spesies Milvus, Helang Kembara Merah dan Helang Kembara Hitam yang memiliki ekor bercabang

Pernah ada isu pelancong and aktivis alam sekitar membantah pemberian kulit ayam untuk mengumpan helang-helang turun, aku pun setuju juga pada mulanya tapi bila tahu yang seekor helang dewasa seberat enam kilogram memerlukan purata 500 gram makanan untuk terus hidup, aku rasa ok je kot. Bukannya dibagi makan hingga kenyang, nak bagi turun je. Diketahui helang pernah menelan seekor haiwan seberat enam kilogram


Kemudian kami berhenti pula di hutan paya bakau melihat kawanan monyet (macaque). Dalam taklimat sebelum perjalanan pagi tu pemandu pelancong dah bagitau jaga hampa punya handphone beg spek topi makanan, biasanya pergi tak kembali bila monyet dah rampas. Lagi satu, jangan bertentang mata dengan dia. Melawan dia nanti.
Kami bagi pisang dan tembikai. Ramah monyet-monyet ni sampai naik ke bot. Aku suspens dah hahahah...teringat monyet yang nak masuk dalam skirt di Lopburi dulu. Gatai!


Melekap je anak dia.




Kemudian ke Gua Kelawar (Bat Cave). Untuk masuk kita dihendaki membayar yuran sebanyak RM2 seorang. Murah.
Sesuai namanya gua kecil ini dihuni oleh kelawar yang kita dapat lihat dengan menyuluh ke siling gua. Ada servis menyewakan lampu suluh di kaunter tiket. Sebolehnya elakkan memegang railing takut ada tahik dia. Aku suka je masuk gua tapi yang ini pendek sangat. Yang di Mulu dan Gua Tempurung best sebab mencabar.
Kita berjalan keluar dan berada di hutan bakau yang nyaman dan tenang. Sangat cantik untuk ootd ya adik kakok. Tipsnya kena pakai baju yang terang warnanya. Dah pokok tu warna hijau ko carilah warna lain. Aku nak buat bermacam aksi tapi seganlah pula bila orang asyik lalu je huhuu..








Kemudian bot membawa ke pantai apa eh? Tak ingat dah. Di sini kita diberi peluang mandi-manda, yang bawa bekalan makanan pun boleh makan di sini. Banyak juga kumpulan ikan di gigi air tu syok tengok. Sebelum tu bot lalu di Kilim Geoforest Park. Aduh frust kapten bot tak mendekat. Aku pun tak selfie masa dia berhenti jauh. Ye lah ingatkan dia nak pergi dekat lagi macam bot lain. Aku tanya tak pergi dekat ke? Tak - dia jawab. Sedey.


Akhir sekali kami makan tengahari di restoran terapung berdekatan dengan "ikan seribu". Ingat tak yang tular dulu tu? Bukanlah 100% salah peniaga, kita kena tengoklah harga per 100g yang dipamerkan sama je seperti makan di darat. Kita sendiri patut sedar poket dalam ke tak. 
Kami diberi makan nasi goreng/ayam + potongan kecil ayam goreng + sup + air oren. Rasa? Aku minta cili potong, dah boleh agak rasanya bila dimasak secara mass production untuk pelancong asing sekali, sama macam trip ke Panyee Island dulu. Dua kali pergi sendiri sama je rasanya. Satu lagi yang private trip tu makan hingga menjilat jari,betul betul makanan Thai. 
Aku duduk bersama dua pelancong lelaki dari China. Yang sebelah aku payah betul nak cakap inggeris, yang depan boleh sikit sikit. So as unofficial Tourism Malaysia ambassador ehemm.. aku cadangkanlah tempat-tempat menarik. Jenuh juga la nak faham tapi dia kagum sampai bercahaya anak mata dia bila aku boleh sebut tempat yang dia nak pergi tu. Katanya, dia nak ke "sos" (aku dok pikir padia sos tu) 😄 selepas tu dia kata I'm from north after this go to sos. Owh....dapat tangkap dah hahahah... Aku cadangkanlah pi Penang dan Melaka sebab kedua-dua negeri tu merupakan World Heritage Site, suruh juga pergi Sabah Sarawak sebab Sabah ialah "the world's theme park"tapi dia kata dia akan datang lagi sebab ada direct flight ke Kota Kinabalu dari lima bandar China. 
Before go back I want to visit pu pu...sambil pandang ke atas..pu pu..
Putrajaya?
yes yes...hahhahha...bersinar mata dia.
Berboraklah dia dengan susah payah dan aku dapat teka dua lokasi lagi 😁 aku sempatlah tunjukkan gambar kat instagram masa aku pi China dulu to connect better.
Pulanglah kami ke pangkal jalan. Owh ya, aku naik bot di Tanjung Rhu sebab beberapa ejen jualan rekomen naik dari sini berbanding di Kilim. Jalan ke jeti Tanjung Rhu tak berapa cantik mungkin disebabkan hak milik persendirian maka tak dapat dinaik taraf. Mungkin juga pemilik tanah boleh benarkan jika PBT sendiri keluar duit. Mungkinlah tapi mesti complicated.
Tamat dah mangrove tour. Sesampainya di guest house terus cari kereta sewa.
Stay tune..












































© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/07/kedah-healing-3d-2n-at-pulau-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Healing 3d 2n At Pulau Langkawi Kedah Apa Yang Baharu Di Kereta Kabel Langkawi

Healing 3d 2n At Pulau Langkawi Kedah Apa Yang Baharu Di Kereta Kabel Langkawi

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 152 hits
Healing 3d 2n At Pulau Langkawi Kedah Apa yang baharu di Kereta Kabel Langkawi Balik dari mangrove tour aku terus cari kereta sewa Bila dah ada kereta panjanglah langkah Berjalan seorang diri lagilah senang nak ke sana ke sini ke sinun Diam...
Breakfast Di Restoran Mempelam Langkawi Kedah

Breakfast Di Restoran Mempelam Langkawi Kedah

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 325 hits
Selepas touch down kami semua kelaparan Padahal mama ada order in flight meal tapi makan ringan aje Selepas dapatkan kereta sewa maka kami Breakfast di Restoran Mempelam Langkawi Kedah Kami bertanya kepada pemilik kereta sewa mana tempat na...
Trip Pulau Langkawi

Trip Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 189 hits
Assalamualaikum korang Mama nak cerita tentang Trip Pulau Langkawi mama tahun lepas Lama kumpul kekuatan Trip ni adalah trip last mama bersama mak mertua Masa tu dia ada sebut yg dia dah lama tak pergi Langkawi Terus mama booking flight dan...
Pergi Underwater World Pulau Langkawi

Pergi Underwater World Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 126 hits
Selepas breakfast di kami decide untuk terus Pergi Underwater World Pulau Langkawi Waktu ni pagi lagi nak check in hotel pun masih awal lagi Ini kali kedua mama datang ke sini Kami repeat sebab anak mama memang suka akuarium sejak kecil Nak...
Isu Air Langkawi Lambang Kegagalan Mb Sanusi Tadbir Kedah

Isu Air Langkawi Lambang Kegagalan Mb Sanusi Tadbir Kedah

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 200 hits
Masalah air di pulau peranginan Langkawi yang berlarutan sejak 2021 memberi kesan kepada industri pelancongan dan penduduk yang mendiami pulau berkenaan Menurut Timbalan Pengerusi KEADILAN Kedah Datuk Ir Zamri Yusof masalah bekalan air di p...
Kpk Dalami Dugaan Pembangunan Green House Pimpinan Parpol Di Pulau Seribu Pakai Dana Kementan

Kpk Dalami Dugaan Pembangunan Green House Pimpinan Parpol Di Pulau Seribu Pakai Dana Kementan

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 112 hits
KPK mengatakan selama ada bukti pembangunan Green House menggunakan dana Kementan pihaknya bakal meminta keterangan pihak terkait
Kubu Syl Ungkap Ada Bangunan Green House Di Pulau Seribu Diduga Milik Pimpinan Partai Dari Duit Kementan

Kubu Syl Ungkap Ada Bangunan Green House Di Pulau Seribu Diduga Milik Pimpinan Partai Dari Duit Kementan

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 101 hits
Kubu SYL mengungkap adanya bangunan Green House di Kepulauan Seribu yang anggarannya berasal dari Kementerian Pertanian
Nasi Lemak Bunian Di Pulau Warisan Rambang Mata Dengan Pelbagai Pilihan Lauk

Nasi Lemak Bunian Di Pulau Warisan Rambang Mata Dengan Pelbagai Pilihan Lauk

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 220 hits
sebaik habis program sembang pelancongan di Kompleks Nurzahirah tadi rasa lapar Rasa nak mari cuba Nasi Lemak Bunian di Pulau Warisan Nak tengok bunian mana hok mari jual comel ke dok Sampai sini rambang mata Macam macam lauk ada sambal ker...
Ipar Adalah Maut Versi Pulau Pinang Lelaki Terkejut Isteri Curang Lahirkan Anak Biras

Ipar Adalah Maut Versi Pulau Pinang Lelaki Terkejut Isteri Curang Lahirkan Anak Biras

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 255 hits
MALAYSIADATELINE Saya yang sambut dan azankan Tiga tahun berbintikan nama saya berikut luahan seorang bapa yang kesal apabila mendapat tahu anak dilahirkan isteri bukanlah zuriat kandungnya Lebih memburukkan keadaan bapa kandung kepada anak...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti