Kecoh Penduduk Taman Manggis Diusir Demo Di Komtar


Senior Editor - MINDA RAKYATKecoh penduduk Taman Manggis diusir, demo di Komtar (bersama 2 video)  
Kekecohan tercetus di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis hari ini apabila pegawai penguatkuasaan Jabatan Perumahan Pulau Pinang bertindak mahu mengusir 22 penduduk rumah pangsa yang tidak layak.

Beberapa keluarga enggan berpindah keluar, manakala aktivis hak Melayiu kelihatan berada di kawasan sekitar rumah pangsa itu meminta penduduk supaya tidak mengosongkan kediaman mereka.

Kejadian itu dirakam Facebook Live oleh aktivis politik Muhsin Latheef, yang berada di situ untuk membela penduduk yang terjejas.

Kumpulan itu kemudian menaikkan sepanduk dan mengadakan perhimpunan aman di luar kawasan rumah pangsa yang terletak di Jalan Burma. Perhimpunan itu bertujuan mengecam langkah kerajaan Pulau Pinang mengusir penduduk berkenaan

Pihak polis yang hadir bersama pasukan penguatkuasaan kemudiannya menahan seorang warga asing yang mana isterinya seorang warga tempatan dan pasangan itu mempunyai lapan cahaya mata. Keluarga berkenaan telah tinggal di kediaman itu selama 14 tahun.

Berarak ke Komtar

Bagaimanapun, kumpulan itu gagal menghentikan pengusiran apabila pegawai penguatkuasa mengunci rumah dan memangga pintu pagar.

Selanjutnya, kumpulan itu berarak ke arah bangunan Komtar dengan anak-anak kecil mereka dan menyerahkan memorandum ke Pejabat Ketua Menteri Cow Kon Yeow.

Pada sidang akhbar di Komtar, Chow berkata setiap unit kediaman cuma boleh diduduki satu-satu penyewa selama lima tahun, selepas tempoh itu, sewaan akan disemak semula bahagian perumahan awam negeri



Beliau berkata penduduk yang terjejas telah diberikan masa yang mencukupi untuk keluar sejak tahun lalu, manakala tindakan pengusiran minggu lalu telah ditunda bagi membenarkan rayuan kes mereka di jabatan perumahan negeri.

"Tempoh sewaan perumahan awam disediakan dengan syarat-syarat. Diharapkan selepas lima tahun, penyewa akan memperbaiki keadaan kewangan mereka dan membenarkan orang lain yang lebih layak untuk tinggal di situ.

"Dengan keadaan pekerjaan yang bertambah baik selepas lima tahun, penyewa sepatutnya mampu untuk menyewa kediamannya dan mungkin membeli rumah mereka sendiri," kata Chow selepas ditanya mengenai hal berkenaan hari ini.

Chow berkata unit projek perumahan awam disediakan untuk golongan miskin tegar tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membayar sewa dan memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan jabatan perumahan.

Chow memaklumkan terdapat 400 pemohon untuk PPR Taman Manggis, malah ada pemohon yang telah menunggu dari tujuh ke 11 tahun untuk menyewa unit di situ.

"Bagaimanapun, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana terdapat penyewa yang tidak layak yang tidak memenuhi syarat-syarat yang masih tinggal di sana, jadi kami perlu mengambil tindakan," katanya.

Semalam, Exco Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo berkata antara sebab penyewa tidak layak untuk terus tinggal di situ kerana ingkar membayar sewa dan/ atau caj penyelenggaraan; pendapatan bertambah melebihi RM1,500 bagi isi rumah; didapati berkahwin dengan warga asing atau apabila memiliki hartanah lainnya.

Menurut Jagdeep pada masa ini terdapat 1,137 pemohon dalam senarai menunggu menyewa PPR di PUalau Pinang, manakala cuma 999 unit yang tersedia, iaitu 734 rumah di Daerah Timur Laut dan di Taman Manggis sebanyak 494 unit. 

LIHAT VIDEO DI SINI:VIDEO - 1VIDEO - 2 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/kecoh-penduduk-taman-manggis-diusir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jagdeep Singh Vs Penduduk Rumah Ppr Taman Manggis Penduduk Win

Jagdeep Singh Vs Penduduk Rumah Ppr Taman Manggis Penduduk Win

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 381 hits
Kerajaan negeri hari ini membenarkan semua penduduk yang diusir dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis di Georgetown kembali mendiami kediaman masing masing Exco Pembangunan Desa Kesihatan Pertanian dan Industri Asas Tan...
Ada Pihak Hasut Penduduk Ppr Taman Manggis Ketua Menteri Pp

Ada Pihak Hasut Penduduk Ppr Taman Manggis Ketua Menteri Pp

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 358 hits
GEORGETOWN Ketua Menteri Chow Kon Yeow mendakwa ada pihak menghasut penduduk Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis di sini sekali gus mengeruhkan lagi keadaan yang turut menjejaskan usaha membantu mereka yang berkenaan Beliau berkata keraja...
Pas Pulau Pinang Kutuk Kezaliman Terhadap Penduduk Ppr Taman Manggis

Pas Pulau Pinang Kutuk Kezaliman Terhadap Penduduk Ppr Taman Manggis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 716 hits
PAS Pulau Pinang menziarahi penduduk penduduk PPR Taman Manggis yang diusir dari rumah mereka yang bermalam di ruang legar Komtar semalam PAS Pulau Pinang mengutuk sekeras kerasnya perbuatan zalim kerajaan negeri Pulau Pinang yang dilihat t...
Sedih Lihat Warga Emas Ini Sebak Malam Ni Kami Nak Pi Mana Isu Penduduk Diusir Di Pulau Pinang

Sedih Lihat Warga Emas Ini Sebak Malam Ni Kami Nak Pi Mana Isu Penduduk Diusir Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 497 hits
Sedih Lihat Warga Emas Ini Sebak Malam Ni Kami Nak Pi Mana Isu Penduduk Diusir Di Pulau Pinang
Penyewa Yang Diusir Akan Tinggal Di Komtar Sehingga Rundingan Dijalankan

Penyewa Yang Diusir Akan Tinggal Di Komtar Sehingga Rundingan Dijalankan

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 332 hits
PULAU PINANG 7 Mac Kira kira enam penyewa bersama ahli keluarga yang diusir dari kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis Georgetown semalam tiada pilihan lain selain menjadikan Pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak di sini se...
Penyewa Ppr Taman Manggis Dihalau Keluar Rumah

Penyewa Ppr Taman Manggis Dihalau Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 918 hits
PULAU PINANG Perhimpunan kira kira 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis Georgetown di sini bagi membantah arahan pengosongan unit masing masing bertukar kecoh apabila pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri bertindak mengunci...
Kemelut Ppr Taman Manggis Selesai

Kemelut Ppr Taman Manggis Selesai

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 355 hits
PULAU PINANG 12 Mac Konflik antara penyewa Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akhirnya selesai hari ini apabila penyewa terlibat bersetuju dengan tawaran alternatif oleh kerajaan negeri Lima penyewa ya...
Terkini Penduduk Dihalau Dari Ppr Dijamu Dengan Kenduri Bbq Di Komtar Pulau Pinang

Terkini Penduduk Dihalau Dari Ppr Dijamu Dengan Kenduri Bbq Di Komtar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 527 hits
Terkini Penduduk Dihalau Dari Ppr Dijamu Dengan Kenduri Bbq Di Komtar Pulau Pinang
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu