Kecoh Isu Dnb Apa Status Projek High Speed Broadband Jalenas Di Bandaraya Kuantan




KUANTAN -  Isu pelantikan Digital Nasional Berhad (DNB) oleh Kementerian Kewangan melibatkan penyediaan 5G dilihat bakal menjadi skandal seperti isu 1MDB. Ini kerana Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multi Media, Datuk Zahidi Zainul Abidin sendiri bahawa  dilakukan tanpa dasar yang jelas, tiada ketelusan dan tanpa tender.
Dilaporkan, sejak Mac 2020 keputusan dibuat dan diberi secara rahsia kepada beberapa syarikat yang dipercayai melibatkan tokoh utama politik.  Malah tiada tender, proses tak teratur dan kosnya tidak menentu, kadangkala RM15 bilion dan naik RMRM18 bilion.



Ramai pihak mengesyaki syarikat-syarikat telekomunikasi juga dipengaruhi dalam keputusan itu dan hairan kerana Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak dirunding mengenainya oleh Kementerian Kewangan.
Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada PDO hari ini. Beliau melihat, kes yang sama juga pernah berlaku di negeri Pahang. 


Katanya, ibu negeri Pahang, Kuantan sudah dimahsyurkan sebagai sebuah bandaraya pada 21 Februari 2021 yang lalu, namun hingga ke hari ini internet berkelajuan tinggi 'High'-Speed Broadband (HSBB)' yang dijanjikan oleh kerajaan sejak 11 tahun (2010) lalu masih tidak menjadi kenyataan. Akhirnya rakyat masih berharap kepada internet kabel Unifi yang dibekalkan oleh Telekom Malaysia (TM).


"Apa sudah jadi dengan projek Jalur Lebar Nasional Sdn Bhd (JALENAS) yang menelan belanja jutaan ringgit seperti diwar-warkan satu ketika dulu. Inilah yang menjadi persoalan warga Kuantan sekarang. Kononnya projek itu akan beri kemudahan awal kepada 30,000 penduduk di bandaraya ini.


"Saya masih ingat pelancaran projek ini dibuat oleh Datuk Sri Najib Tun Razak yang ketika itu adalah Perdana Menteri. Sambutan besar-besaran dibuat dan saya juga hadir dan berbangga Kuantan akan mempunyai internet berkelajuan tinggi seperti dijanjikan.
"Namun selepas lebih 10 tahun menunggu, hingga ke hari ini hanya indah khabar dari rupa. Malah, bangunan JALENAS jiga sudah bertukar menjadi Tourism Pahang dengan sekelip mata. Sedangkan rakyat ternanti-nanti projek itu sehinggalah ke hari ini. Status projek pun rakyat tidak tahu menahu, apakah ia sudah dibatalkan atau sebaliknya.
"Benarkah ada dakwaan Kerajaan Negeri Pahang ditipu oleh pihak yang berkenaan?  Difahamkan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan dan bertanggungjawab terhadap urusan ini ialah High Speed Broadband Technology Sdn Bhd (HSBT) di mana Pengerusinya ialah salah seorang exco kerajaan negeri Pahang sendiri," dakwa beliau.
Tambahnya lagi, ketika itu warga Kuantan dijanjikan internet berkelajuan tinggi antara 5Mbps ke 30Mbps. Projek juga dengan kerja anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang iaitu Pahang Technologies Resources Sdn Bhd.



"Persoalannya di sini, apakah dengan pelaburan jutaan ringgit sehingga ke hari ini ia masih belum menjadi kenyataan?. Jika benar dakwaan kerajaan ditipu oleh pihak berkenaan, kenapa tidak diambil tindakan mahkamah agar mereka yang terlibat diambil tindakan berlandaskan undang-undang.

https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia/20120720/282767763722940
"Rakyat ternanti-nanti internet berkelajuan tinggi, hingga Kuantan dah jadi bandaraya segalanya masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Pihak yang berkenaan perlu bertanggungjawab memberi penjelasan kepada warga Kuantan status projek ini. Ramai pihak ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jika kes di bawa ke mahkamah, mungkin isu ini   panas sebenarnya. Namun dek kerana masing-masing bersikap diam dan senyap, ramai pihak terutamanya rakyat tidak tahu apakah status projek ini," tambah beliau lagi.



Kerajaan Negeri Pahang diminta memberi penjelasan  berkaitan isu ini, kerana sudah terlalu lama sejak 2010 warga Kuantan menunggu internet berkelajuan tinggi (High Speed Broadband) yang dijanjikan. Malah, carian di internet mendapati laman facebook syarikat terbabit hanya aktif hingga 2013 sahaja, klik https://www.facebook.com/FibreToTheHome/  


Manakala laman web rasmi syarikat terbabit juga didapati sudah sudah tiada lagi pautan, sila  klik http://www.jalenas.com.my/ Kerajaan negeri wajar mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat unsur penipuan dalam kes ini.  Malah bagaimana seoseorang yang berjawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri boleh terlibat secara langsung dengan syarikat terbabit?.
Berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pahang dan kenapa tiada pihak yang mendakwa JALENAS mengikut undang-undang sekiranya benar mereka gagal melaksanakan tanggungjawab berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani?. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/kecoh-isu-dnb-apa-status-projek-high.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek 5g Dnb Bakal Skandal 1mdb 2 0

Projek 5g Dnb Bakal Skandal 1mdb 2 0

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 284 hits
Deputy minister blasts ex boss over secret talks on 5G rollout Deputy multimedia and communications minister Zahidi Zainul Abidin said his former boss Saifuddin Abdullah and finance minister Tengku Zafrul Aziz were involved in secret talks ...
Timbalan Presiden Umno Sanggah Projek 5g Oleh Dnb Jangan Percaya Umno Kaki Putar Alam

Timbalan Presiden Umno Sanggah Projek 5g Oleh Dnb Jangan Percaya Umno Kaki Putar Alam

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 246 hits
Kerajaan telah menubuhkan Digital Nasional Berhad untuk melaksanakan perlaksanaan jaringan 5G Syarikat SPV milik penuh Kementerian Kewangan telah diperuntukkan spectrum 5G secara percuma dan eksklusif Ia kemudian akan dijual kepada syarikat...
Anwar Menerima Memorendum Gegar Dan Ngo Desak Ahli Parlimen Bahas Isu Dnb

Anwar Menerima Memorendum Gegar Dan Ngo Desak Ahli Parlimen Bahas Isu Dnb

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 221 hits
Pagi tadi menerima memorandum daripada pertubuhan GEGAR dan gabungan NGO lain yang mendesak agar Ahli ahli Parlimen membincangkan skandal terbaru terkait Digital Nasional Berhad Saya tegaskan isu ini amat mustahak dan perlu penjelasan seger...
Isu Projek Hsr Kl Johor Bahru Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Projek Hsr Kl Johor Bahru Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 282 hits
BH ONLINE Dewan Rakyat di Parlimen Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Isu mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Johor Bahru dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam ...
Isu Dnb Timbalan Menteri Umno Bidas Menteri Bersatu

Isu Dnb Timbalan Menteri Umno Bidas Menteri Bersatu

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 214 hits
December 16 2021 Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin hari ini membidas bekas menterinya Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz kerana membincangkan Digital Nasional Berhad dan rangkaian liputa...
Isu Dnb Bakal Jadi Skandal Seperti 1mdb Anwar

Isu Dnb Bakal Jadi Skandal Seperti 1mdb Anwar

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 259 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Isu pelantikan Digital Nasional Berhad oleh Kementerian Kewangan melibatkan penyediaan 5G dilihat bakal menjadi skandal seperti isu 1MDB Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menjadi isu...
Rentasan 1029 Gempar Isu 5g Misteri Skandal Projek Mega Baharu Bn

Rentasan 1029 Gempar Isu 5g Misteri Skandal Projek Mega Baharu Bn

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 236 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10291 BERHENTI MEMBODOHKAN RAKYAT DENGAN 5G 2 PASANGAN GUNA COVID 19 UNTUK LENGAHKAN PERBICARAAN 3 HILANGNYA NILAI BUDAYA MELAYU ANGKARA PEMIMPIN 4 SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH
Mysejahtera Status Still Orange Rosmah Unable To Attend Trial

Mysejahtera Status Still Orange Rosmah Unable To Attend Trial

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 231 hits
Rosmah Mansor s MySejahtera status today still states that she had close contact with Covid 19 As a result today s scheduled solar energy corruption trial of the wife of former prime minister Najib Abdul Razak was unable to proceed On Wedne...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas