Kecewa Runtuh Tiap Kali Banjir Penduduk Kg Temalir Bina Jambatan Guna Batang Kayu


Nur Ramieza Wahid
Bagi penduduk Kampung Temalir di Kuala Krai Kelantan, jambatan yang boleh dikira usang dengan lapisan kayu rongak itu adalah laluan pemudah kenderaan kecil mereka ke jalan pekan.
Asalnya ia diadukan kepada pihak kerajaan. Namun kerana tiada tindakan kukuh diambil, akhirnya penduduk setempat mengambil inisiatif sendiri memulihkan jambatan tersebut.
Namun binaan itu amat sederhana sifatnya. Ia sesuai dengan kemampuan mereka yang terhad.
Justeru kejadian yang sama akan berlaku berulang-ulang kali setiap musim tengkujuh. Jambatan hasil tangan orang kampung itu akan musnah dibawa arus deras.
Aduan kemudian dibuat lagi.
Kata penduduk kampung apabila ia berlaku pihak yang berkenaan akan datang untuk mengambil gambar dan mengambil ukuran itu dan ini. Namun akhirnya jambatan yang diimpikan masih belum menjelma.
"Begitulah yang berlaku sejak 2014 dulu," kata salah seorang penduduk kampung terbabit, Jefriman Mohamed.
Menurutnya orang kampung hanya mengharapkan pihak kerajaan negeri membaik pulih jambatan sedia ada.
"Bukannya kami minta jambatan baru," katanya kepada Malaysiakini.
Sehingga kini kata lelaki berusia 52 tahun itu tidak ada tindakan meyakinkan diambil termasuk daripada pihak wakil rakyat.
"Sudahnya kami orang kampung bina semula jambatan itu menggunakan pokok kelapa, kayu, pokok durian.
“Tapi biasalah, yang buat semua 'jurutera kampung', maka setiap tahun akan runtuh juga, akan hanyut juga dek banjir.
"Setiap tahun jugalah kami perbaiki balik,” katanya.
Dia yang sudah 10 tahun tinggal di kampung itu mengakui memang terdapat laluan alternatif untuk menggantikan jalan yang runtuh berkenaan.
Masalahnya, kata Jefriman, ia tidak sesuai untuk semua kenderaan kerana keadaan muka buminya yang berbukit.
Justeru katanya ia hanya sesuai untuk dilalui kenderaan pacuan empat roda.
Kata Jefriman dengan runtuhnya jambatan bikinan jurutera kampung itu sekali lagi, ketika ini kira-kira 100 penduduk kampung dari 27 keluarga terputus hubungan.
"Mereka tidak boleh kemana-mana. Beginilah yang berlaku setiap tahun," katanya.
Seorang lagi penduduk Kampung Temalir Moktar Mohamed, 51, berkata jambatan yang dibina ‘jurutera kampung’ itu juga tidak mampu menampung kenderaan empat roda.
“Sejak jambatan itu kami yang bina, kami dah tak beri kebenaran kereta lalu. Kereta nak lalu pun tidak boleh. Goyah tu, tunggu masa nak runtuh,” katanya lagi.
Dia juga menjelaskan, keadaan jambatan yang goyah itu turut menyebabkan beberapa kemalangan pernah berlaku.
“Dah ada lima motosikal jatuh (dari jambatan). Setiap tahun ada saja yang akan kemalangan ketika lalui jambatan itu,” katanya yang sudah mendiami kampung itu sejak kecil.
Mohamad Zulfakar Mohd Zamri pula bercerita bagaimana datuknya sendiri telah jatuh motor di jambatan tersebut dan menjadi sebab kepada khabar yang lebih menyedihkan.
“Dua kali dah atuk jatuh, saya yang ambil, lalu motor jah (saja) terus jatuh.
“Atuk sampai sakit-sakitlah, kemudian terus meninggal. Kami (sekeluarga) rasa sebab dia jatuh motor tu,” katanya.
Jelas Zulfakar yang sudah 22 tahun mendiami kampung berkenaan, dia berharap wakil rakyat di situ dapat membantu membaiki jambatan itu supaya tiada lagi kemalangan berlaku.
“Saya ini sebenarnya macam dah putus harapan, orang kampung pun sama. Tapi kami tetap ada harap jugalah. Wakil rakyat, datanglah baiki jambatan.
“Berapa lama kami kena guna jambatan goyah dan berapa ramai lagi kena jatuh motor?” katanya.
Hujan lebat atau berterusan yang mula melanda Pantai Timur sejak akhir Dis tahun lalu menyaksikan beberapa petempatan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dinaiki air.
Meskipun bencana alam yang melanda Kelantan tidak seburuk kejadian pada 2014, kerosakan dan kesulitan dialami penduduk setempat tetap menjerihkan.
Sementara itu, Adun Manik Urai, Mohd Fauzi Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini berkata, pihaknya sudah mengambil maklum dan meneliti keperluan jambatan di kampung tersebut.
Jelasnya, peruntukan pembangunan Kuala Krai yang diberikan kerajaan sudah disediakan dan ia termasuk rancangan pembinaan semula jambatan tersebut.
“Saya sudah maklum dan teliti jambatan itu. Kita juga sudah ada peruntukan tahun ini untuk membina jambatan itu.
“Kami juga harap dapat memperbaiki jambatan itu secepatnya. Insya-Allah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/kecewa-runtuh-tiap-kali-banjir-penduduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Kelantan Bina Jambatan Guna Batang Kayu Duit Kerajaan Negeri Beli Mercedes Benz

Rakyat Kelantan Bina Jambatan Guna Batang Kayu Duit Kerajaan Negeri Beli Mercedes Benz

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 367 hits
FAZLI RADZIPenduduk Kampung Temalir di Kuala Krai terpaksa membina jambatan menggunakan batang kayu selepas aduan kepada pihak kerajaan negeri tidak menampakkan hasil yang sepatutnya Walau bagaimanapun jambatan yang dibina oleh jurutera kam...
Bung Janji Jkr Segera Baiki Jalan Rosak Jambatan Runtuh Akibat Banjir Di Sabah

Bung Janji Jkr Segera Baiki Jalan Rosak Jambatan Runtuh Akibat Banjir Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 222 hits
Jambatan Sungai Paparoun di Jalan Telaga yang runtuh akibat banjir KOTA KINABALU Menteri Kerja Raya Sabah Bung Moktar Radin berjanji pihaknya akan segera membaiki jambatan runtuh dan jalan rosak akibat banjir di beberapa daerah di negeri it...
Sebahagian Besar Penduduk Sebuah Kampung Di Maran Dakwa Tidak Dapat Bantuan Banjir

Sebahagian Besar Penduduk Sebuah Kampung Di Maran Dakwa Tidak Dapat Bantuan Banjir

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 604 hits
MARAN Sebahagian besar penduduk sebuah kampung tradisonal di Chenor dekat sini yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara mendakwa mereka langsung tidak mendapat bantuan banjir daripada pihak kerajaan Difahamkan hanya sejumlah kecil...
Gelagat Adik Lelaki Pertama Kali Guna Mesin Atm Alaa Comel Dia

Gelagat Adik Lelaki Pertama Kali Guna Mesin Atm Alaa Comel Dia

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 302 hits
Masih terdapat ramai orang yang tidak mengetahui cara menggunakan mesin ATM atas faktor baru bekerja dan sebagainya Perkara ini termasuklah dengan sebuah posting yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik haqeemalfian dim...
Tiap Kali Landing Kapten Afwan Langsung Mencari Mushola

Tiap Kali Landing Kapten Afwan Langsung Mencari Mushola

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 309 hits
Teguh Joko sahabat dari Kapten Afwan mengisahkan kenangan manis yang diingatnya bersama pilot dari Sriwijaya Air SJ 182 yang mengalami kecelakaan di perairan Kepulauan Seribu Sabtu Sembari menahan air mata kisah yang diutarakan Teguh sama d...
Kematian Yang Dicemburui Ratusan Penduduk Mengiringi Allahyarham Syekh Ali Jaber Beri Penghormatan Buat Kali Terakhir

Kematian Yang Dicemburui Ratusan Penduduk Mengiringi Allahyarham Syekh Ali Jaber Beri Penghormatan Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 392 hits
61 total views 61 views today Semalam umat Islam telah kehilangan pendakwah dan juga ahli ulama terkenal Indonesia iaitu Syekh Ali Jaber Jenazah Allahyarham Syekh Ali Jaber selamat dikebumikan di Pondok Pesantren Darul Quran Tangerang petan...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pimpinku Ke Jannah

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Corat Coret 1 2 Syawal 1446h

Harvard Portraiture Project Elevating Overlooked Voices

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

The Joy Of Vaping Without Instructions Why Disposable Pods Feel Effortless

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Microsoft Lancar Demo Quake Ii Hasil Ai Tapi Akui Ada Had