Kebimbangan Mbappe


 

Lihat tajuk jelaslah artikel ini mengenai Kylian Mbappe pemain bola sepak Perancis yang terkenal. Sememangnya beliau sedang bimbang. Bukan pasal prestasi pasukannya pada Euro 2024 yang sedang berlangsung di Jerman. Dua perlawanan awal Perancis pada peringkat kumpulan mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Austria dan seri 0-0 dengan Belanda.
Kemenangan tipis ke atas Austria hasil gol sendiri Max Wober, pemain pertahanan Austria. Tetapi Mbappe yang buat sumbangan. Hantarannya ke tengah terkena kepala Wober dan bola terus melayang ke dalam pintu gol. Beliau kemudian mengalami kecederaan di hidung dan terpaksa dikeluarkan. Ketika itu ramai bimbang tulang hidungnya patah. Pada perlawanan menentang Belanda Mbappe tidak diturunkan walaupun duduk di bangku pemain simpanan dan memakai topeng pelindung muka.
Setakat ini pengulas sukan menyifatkan Perancis kurang meyakinkan apabila Mbappe tidak bermain. Tahap kecergasannya sedang diperhatikan waktu Perancis menyediakan diri untuk menentang Poland 26 Jun ini.
Semua itu bukan kebimbangan Mbappe yang saya sebut tadi. Beliau tetap yakin dengan kebolehan sendiri dan pasukannya. Yang membimbangkan beliau ialah soal politik terutama pilihan raya Perancis yang akan diadakan 30 Jun dan 7 Julai ini.
Presiden Perancis Emmanuel Macron memutuskan untuk diadakan pilihan raya mengejut berikutan prestasi baik parti haluan kanan pada pilihan raya Parlimen Eropah tempoh hari. Kemunculan ketara parti sayap kanan di Perancis, Itali dan Jerman.
Di Perancis koalisi yang turut dianggotai parti Macron, Renaissance hanya memperoleh 14.6% undi berbanding parti far right atau haluan paling kanan Rassemblement National yang memenangi 31.3% undi. Macron dilapor media berkata keputusan itu menyukarkan kerajaannya dan beliau tidak boleh mengabaikannya. Lantas keputusannya untuk pilihan raya mengejut di Perancis.
Rassemblement National dikenali sebagai National Front dari 1972-2018. Pertukaran nama tetapi tetap berhaluan kanan far right, nasionalis dan populis. Pada pilihan raya Parlimen Eropah tahun ini Rassemblement National seperti biasa berkempen atas dasar antiimigresen. Antipendatang. Adakah prestasi baik parti kanan bermakna ramai rakyat Eropah tidak toleran masyarakat pendatang?
Presiden Rassemblement National ialah Jordan Bardella, dan antara pemimpin yang menonjol ialah Marine Le Pen. Saya kata ‘menonjol’ kerana Le Pen kerap menimbulkan kontroversi khususnya ucapan antipendatang dan masyarakat minoriti di Perancis. Le Pen malah Bardella dan Rassemblement National secara am dituduh ramai sebagai rasis walaupun mereka mendakwa ia parti nasionalis tulen.
NBC News melaporkan ‘opinion polls suggest the far right anti immigration National Rally (RN/Rassemblement National) could come out on top for the first time in the country’s history’.
Pada sidang media menjelang perlawanan Perancis – Austria, Mbappe berkata ‘kumpulan ekstremis berada di pintu kuasa’. Lalu beliau merayu kepada khasnya generasi muda keluar mengundi.
“Saya menentang pandangan ekstrem dan tidak mahu memecahbelahkan rakyat. Saya tidak mahu mewakili negara yang mempunyai gagasan seperti itu, yang tidak sehaluan dengan nilai saya, nilai kita,” katanya. Mbappe dilahirkan di Paris tetapi ayahnya berasal dari Cameroon. Ertinya beliau berasal keluarga pendatang.
Pendirian itu dikritik Jordan Bardella. Seperti dijangka. Namun Marcus Thuram rakan sepasukan Mbappe lebih lantang menggesa rakyat menolak presiden RN itu dan dengan ‘berlawan setiap hari demi menghalang parti far right daripada mendapat kuasa’. Marcus ialah anak kepada legenda bola sepak Perancis Lilian Thuram yang terkenal dengan kempen antirasis.
Pemain sayap skuad Perancis Euro 2024 Ousmane Dembele menggesa warga negara Perancis menggunakan kuasa mengundi kerana ‘the alarm bell’ sudah berbunyi.
Penjaga gol Sepanyol Unai Simon bagaimanapun tidak setuju dengan kenyataan sedemikian khususnya dibuat Mbappe. Katanya tidak kena Mbappe bercakap menentang ‘ekstremisme dan idea memecah belah’.
Beliau dipetik berkata “kita terlalu banyak memberi pendapat mengenai topik seperti politik. Kylian ialah seorang yang berpengaruh di dunia. Saya tidak tahu sama ada kita mesti memberi pendapat dengan kerap. In the end its about politics. Saya fokus terhadap bola sepak. Apa yang saya mesti bercakap ialah mengenai bola sepak. Tinggalkan politik kepada orang lain.”
Bagi saya tidak salah pemain bola sepak, penyanyi, pemuzik, pelakon (orang famous) memberi pandangan mengenai politik dan menggunakan pengaruh mereka untuk ‘mempengaruhi pengundi’. Sama ada betul atau tidak apa yang dikatakan mereka terserah pendapat sendiri. Ini sekadar pandangan peribadi.
Bercakap mengenai haluan kanan – dalam pemahaman ideologi politik istilah sayap atau haluan kanan secara am dikaitkan antaranya dengan konservatisme, pegangan dan penganjuran ekstrem atau ‘hardline’ agama, nasionalisme atau kebangasaan berdasarkan ras.
Adakah parti haluan kanan atau paling kanan wujud di Malaysia? Ikut sejarah memang ada tetapi lama kelamaan banyak parti yang asal kanan merubah wajah dan ideologi. Ada yang masih wujud dengan konsep kanan masa kini yang kata mereka tidak ekstrem. Rasanya kita punya perspektif sendiri mengenai konsep parti yang aktif dewasa ini.
Ada pemerhati dan penganalisis politik beranggapan ada elemen kanan yang semakin menonjol berpandu keputusan pilihan raya. Isu yang dimainkan soal bangsa dan agama. Ramai rakyat menyokong atau tidak agak sukar untuk memastikan.
Apa pun andainya Mbappe warga kita (tentulah kuat Harimau Malaya) adakah beliau juga akan bimbang seperti kebimbangannya sekarang mengenai Perancis? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/kebimbangan-mbappe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uefa Larang Topeng Muka Khas Mbappe

Uefa Larang Topeng Muka Khas Mbappe

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 170 hits
LEIPZIG Penyerang sensasi Perancis Kylian Mbappe dilarang memakai topeng muka khas yang kini beliau gunakan semasa menjalani latihan Bintang baharu Real Madrid itu memakai topeng muka tiga warna pada sesi latihan bagi persiapan menentang Be...
Kumpulan Fb Ini Cetus Kebimbangan Awam Bilakah Orang Cina Malaysia Akan Dapat Hak Yang Sama

Kumpulan Fb Ini Cetus Kebimbangan Awam Bilakah Orang Cina Malaysia Akan Dapat Hak Yang Sama

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 141 hits
HarapandailySatu kumpulan Facebook dengan mempunyai hampir 8 000 pengikut mencetuskan kebimbangan orang ramai apabila dilihat membangkitkan hasutan berbaur perkauman Halaman Malaysian Chinese Forward dilihat konsisten memuatnaik kenyataan d...
Creative Com Domain Name Ideas

Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Rafique Gives Statement To Police Over Ceramah About Pm

Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk

Penafian Sprm Tak Cukup Anwar Mesti Saman Bloomberg Peguam

Free Credit Rm50 No Deposit How To Boost Your Bankroll Without Spending A Dime

Sang Saka Penipu


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Obvious Sangat Netizen Syak Jeon Jongseo Buat Prosedur Perbesar Pinggul

Deyyy Yonande Macha Yellepathy Yellek

Update Tidak Rasmi Majoriti 20 609 Undi 4 Kali Ganda Berbanding Prn 2022

Selepas 7 Tahun Isteri Baru Tahu Suami Autisme

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Cara Terbaik Perangi Jerawat Jangan Biar Jerawat Mengambil Alih Wajahmu