Kebiasaan Seharian Ini Sering Diabaikan Walhal Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan
Tanpa kita sedari aktiviti sihat seharian yang memang biasa dan sering dilakukan merupakan kaedah terbaik dan mudah untuk seseorang yang ingin mengurangkan atau mengawal berat badan. Tidak perlu ‘repot’ untuk melakukan diet ketat, melakukan kebiasaan sihat ini jauh lebih baik dibandingkan diet kerana dengan menerapkan kebiasaan sihat ini, untuk medapatkan berat badan ideal bukan sesuatu yang mustahil lagi.
Kebiasaan sihat yang dimaksudkan adalah aktiviti sederhana yang dapat dilakukan sehari-hari. Pokoknya ada pada pola hidup sihat yang patut untuk dicuba.
Berikut kebiasaan sihat menurunkan berat badan untuk anda yang sedang dalam program mengurangkan berat badan dari berbagai sumber;
Berjalan 10 000 langkah setiap hari
Cubalah berjalan kaki 10 000 langkah setiap hari sama ada pagi atau petang mengikut kesesuaian masa lapang anda. Dengan berjalan kaki, kalori pada tubuh anda akan terbakar. Aplikasi pada telefon pintar anda dapat membantu memantau berapa banyak langkah yang anda tempuh setiap hari.
Tidur 8 Jam Setiap Hari
Tidur yang cukup adalah segalanya bagi anda yang ingin hidup sihat. Jika waktu tidur anda kurang dari jumlah masa tidur normal yang sepatutnya, berbagai masalah kesihatan akan menghantui anda terutamanya ia adalah punca kelebihan berat badan.
Minum Cukup Air Masak
Pastikan tubuh anda terhidrasi secara optimum. Minumlah air putih atau air masak sebanyak yang anda inginkan tetapi awas bagi pengidap sakit jantung tidak dibenarkan minum berlebihan kerana ini akan menyebabkan fungsi jantung terjejas. Anda juga boleh menggantikan dengan makan buah-buahan seperti lemon, strawberi, atau timun sebagai infused water.
Air putih dapat menutralisi racun dalam tubuh. Jauhi minuman bersoda dan berkadar gula tinggi.
Pilihlah Makanan Yang Dikukus
Pilih makanan yang dikukus atau dipanggang daripada makanan yang digoreng. Menikmati kentang goreng tidak menjadi masalah jika sesekali. Namun makanan yang dikukus atau dipanggang adalah pilihan yang lebih sihat untuk kesihatan tubuh dan kulit anda. Selain itu kolestreol anda akan terjaga dengan mengambil makanan ini.
Jauhi TV Dan Gadget Saat Makan
Hindari menonton TV atau bermain gadget ketika makan. Dengan mematikan TV atau gadget semasa anda sedang makan, otak anda akan menyedari bila anda akan kenyang. Sebaliknya, jika anda makan sambil menonton TV atau main gadget otak anda tidak akan mengenali rasa kenyang yang ada. Akibatnya anda akan makan dengan jumlah berlebihan.
Masak di Rumah
Pilihlah untuk memasak dan makan di rumah. Selain dapat menjimatkan perbelanjaan, makan dan memasak di rumah juga akan membawa anda pada pola hidup sihat.
Jika memasak sendiri, anda tahu apa bahan masakan yang masuk ke dalam makanan anda, dan anda juga mengetahui langsung bagaimana makanan itu dimasak.
Dengan masak sendiri dirumah, anda dapat mengawal jumlah kalori dan nutrisi pada makanan anda.
Selamat mencuba dan amalkan selalu. Semoga anda memiliki tubuh yang sihat, cergas dan menarik.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://orangmuo.blogspot.com/2019/12/kebiasaan-seharian-ini-sering-diabaikan.html