Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye Mama


Kesihatan oral adalah sangat penting buat semua individu agar senyuman yang terukir di wajah tampak menarik.
Disebabkan itu, penjagaan gigi, gusi, lidah dan mulut wajarlah dititikberatkan agar kesihatan oral dapat dikekalkan.

Antara cara untuk memastikan kebersihan oral dan senyuman kekal cantik adalah dengan mencuci kawasan ini.
Mencuci bermaksud bukan sahaja anda perlu memberus gigi, tapi juga memflos gigi dengan kerap.
Namun inilah yang menjadi cabaran kerana individu akan lebih fokus kepada berus gigi sahaja dan bukan flos gigi.
Jom ubah persepsi ini dari sekarang!
Baca: “Terima Kasih Atas Doa Semua, Tak Sangka 2 Tahun Ainul Berjaya Survive.” Happy Birthday!
Apa maksud flos gigi?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang perkara ini terlebih dahulu. Buat anda yang mungkin belum tahu, flos gigi adalah perbuatan mencuci kawasan di antara celah-celah gigi menggunakan flos – sejenis tali atau jaring halus yang boleh memasuki kawasan celah gigi.
Kebiasaannya, proses mencuci kawasan celah gigi ini dilakukan selepas memberus gigi untuk melengkapkan kitaran atau aturan mencuci mulut. Namun inilah yang menjadi masalahnya kerana individu cenderung menganggap bahawa memberus gigi sahaja sudah lebih daripada cukup.
TIDAK, ini kerana memberus tanpa memflos tidak akan mengeluarkan plak yang tersepit di kawasan celah gigi. Dengan flos, maka segala kotoran tersembunyi dapat dibuang lantas menghindarkan masalah mulut berbau.

Siapa perlu flos gigi?
Hakikatnya, persoalan ini tidak perlu timbul kerana semua orang perlu tahu maksud flos gigi dan melakukannya demi kesihatan oral yang lebih baik. Di sebalik kenyataan ini, mungkin terdapat beberapa golongan yang wajar menitikberatkan soal ini iaitu pemakai pendakap gigi.
Ini kerana pengguna pendakap gigi adalah lebih disarankan untuk memflos gigi ekoran besi yang dipakai pada gigi itu akan menyukarkan atau menyulitkan proses memberus gigi.
Ia seterusnya akan menyebabkan lebih banyak plak berkumpul pada kawasan celah gigi dan juga celah besi yang digunakan untuk merapatkan atau meratakan susunan gigi itu.
Selain itu, ada satu lagi golongan yang ditekankan iaitu kanak-kanak atau bayi.
Persoalannya, bila ibu bapa boleh mula membantu si kecil melakukannya?
Umur berapa si kecil boleh mula melakukannya?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Stanford Children’s Health, ibu bapa perlu mula memflos gigi anak apabila si kecil sudah mempunyai 2 batang gigi.
Ini adalah sekitar usia 2 ke 3 tahun di mana proses pertumbuhan gigi susu biasa berlaku. Sebelum 2 batang gigi si kecil anda tumbuh, maka flos gigi masih belum diperlukan.
Kebiasaannya, ibu bapa perlu membantu mereka memflos gigi dari usia 2 ke 3 tahun sehingga 8 ke 10 tahun sebelum mereka boleh melakukannya secara sendiri.
Namun, ini sudah pasti menjadi satu cabaran buat ibu bapa bukan?

Bagaimana ibu bapa boleh membantu si kecil?
Pertama sekali, ibu bapa perlu sentiasa menemani anak anda di dalam bilik air dan membantu gosokkan gigi mereka lebih-lebih lagi golongan bayi.
Berikut merupakan langkah yang wajar ibu bapa ikuti:
-Gunakan berus gigi kecil dan lembut yang boleh anda masukkan ke dalam satu jari sahaja.
-Gunakan ubat gigi khas untuk bayi yang tidak mempunyai kandungan menghakis terlalu kuat.
-Gosokkan gigi mereka dengan perlahan dan menyeluruh di bahagian depan, tepi dan belakang gigi.
-Bilaskan gigi yang telah dicuci dengan menggunakan air bersuhu sederhana.
-Floskan gigi si kecil dengan menggunakan flos yang halus di antara celah gigi.
-Bilaskan gigi sekali lagi untuk membuang kotoran yang berjaya dicungkil.
berus gigi bayi
Bagaimana jika berlaku pendarahan pada mulut mereka?
Sedang ibu bapa asyik membantu si kecil memberus dan memflos gigi, tiba-tiba kalian perasan bahawa keluar darah daripada mulut mereka.
Apa yang perlu dibuat? Yang paling penting, jangan panik!

Ini kerana pendarahan ketika pertama kali flos gigi anak terutamanya yang masih kecil adalah normal. Pendarahan tersebut juga mungkin boleh berlaku kepada orang dewasa yang memflos gigi buat pertama kalinya.
Hari demi hari, pendarahan ini akan berhenti dengan sendiri ketika memflos gigi anak kerana gusi mereka sudah menjadi lebih kuat dan sihat.
Sekiranya pendarahan ini berlaku dengan sangat teruk dan tidak berhenti setelah beberapa hari atau minggu, segera berjumpa doktor gigi untuk rawatan lanjutan.
Akhir kata, jangan lambat sangat untuk mula flos gigi anak ya? Mulakan dari hari ini juga!
Sumber: Hello Doktor

The post Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kebersihan-mulut-anak-bukan-setakat-berus-gigi-si-kecil-pun-dah-kena-mula-flos-gigi-ye-mama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risau Anak Tak Nak Makan Bila Tumbuh Gigi Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat Kurangkan Rasa Sakit Si Kecil Masa Teething

Risau Anak Tak Nak Makan Bila Tumbuh Gigi Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat Kurangkan Rasa Sakit Si Kecil Masa Teething

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 411 hits
Mama papa mesti seronok bila nampak ada gigi yang mula tumbuh pada si kecil Tapi bila anak mula nak tumbuh gigi mereka biasanya jadi tak selesa dan menolak untuk makan Bila wujud keadaan ini pastinya mama papa risau apa yang perlu dilakukan...
Susu Penuh Krim Atau Susu Segar Mana Satu Pilihan Buat Si Kecil Ini Tip Dari Pakar Untuk Mama Papa Pilih Yang Terbaik

Susu Penuh Krim Atau Susu Segar Mana Satu Pilihan Buat Si Kecil Ini Tip Dari Pakar Untuk Mama Papa Pilih Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 556 hits
Memberikan anak susu memang langkah yang baik Tapi antara susu penuh krim atau full krim dan susu segar mana satu yang sesuai Ini tip daripada doktor pakar pediatrik Menurut susu yang TERBAIK untuk bayi sudah tentunya susu ibu Itu tak boleh...
Anak Masih Kecil Dah Ada Ekzema Ini Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Buat Kurangkan Rasa Tak Selesa Anak

Anak Masih Kecil Dah Ada Ekzema Ini Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Buat Kurangkan Rasa Tak Selesa Anak

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 467 hits
Anak ada ekzema ibu ayah boleh bantu dengan membuat 16 perkara ini supaya kurang gatal dan rasa tidak selesa Ekzema ialah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan...
Jangan Biar Anak Menyanyi Sorang Sorang Mama Ayah Kena Join Sekali Itu Cara Ajar Anak Bercakap

Jangan Biar Anak Menyanyi Sorang Sorang Mama Ayah Kena Join Sekali Itu Cara Ajar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 418 hits
Hanya dengan menggunakan lagu mereka boleh belajar bercakap Ibu ayah tentu risau kalau anak mereka dah capai umur yang sepatutnya sudah boleh mula bercakap tapi belum bercakap Jika anak lambat bercakap pelbagai cara boleh dilakukan untuk ib...
Resepi Chicken Bone Broth Untuk Stok Makanan Anak Mudah Je Nak Buat Boleh Kuatkan Antibodi Si Kecil

Resepi Chicken Bone Broth Untuk Stok Makanan Anak Mudah Je Nak Buat Boleh Kuatkan Antibodi Si Kecil

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 477 hits
Chicken bone broth mudah disediakan dan enak dijadikan bahan rencah sajian bayi Paling win bila ia membantu menguatkan antibodi anak Ibu ibu tentu selektif bab makanan bayi Jadi aspek penyediaan sajian tanpa menggunakan bahan perisa tiruan ...
Ngeri Gambar Sinar X Menunjukkan Duit Syiling Tersekat Di Kerongkong Anak Kecil Setelah Tertelan Semasa Bermain

Ngeri Gambar Sinar X Menunjukkan Duit Syiling Tersekat Di Kerongkong Anak Kecil Setelah Tertelan Semasa Bermain

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 439 hits
Duit syiling berjaya dikeluarkan dari tubuh seorang kanak kanak perempuan yang berusia 3 tahun di China setelah dia menelannya semasa bermain di rumah Kanak kanak itu dikejarkan ke hospital apabila dia mengalami gejala muntah muntah dan mua...
Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali Di Pulau Pangkor

Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali Di Pulau Pangkor

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 329 hits
Sebenarnya anak mama memang dah lama teringin memancing Sejak beberapa tahun lepas dia ada suarakan keinginan dia tu cuma baru lah kali ni tertunai hajatnya Anak Mama Memancing Buat Pertama Kali semasa kami berada di Pulau Pangkor Banyak ka...
Risau Anak Suka Menggigit Ini 8 Sebab Kenapa Anak Menggigit Cara Mama Papa Boleh Bertindak

Risau Anak Suka Menggigit Ini 8 Sebab Kenapa Anak Menggigit Cara Mama Papa Boleh Bertindak

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 274 hits
Anak suka menggigit bukanlah sesuatu yang pelik Ia banyak berlaku kepada kanak kanak dan bayi Namun adakalanya bila anak suka menggigit timbul rasa bimbang pada ibu bapa kerana khuatir anak akan menggigit orang lain Menurut tabiat menggigit...
Biarlah Anak Seronok Bermain Dengan Cermin Ia Boleh Bantu Jadi Bijak Pastikan Mama Papa Ikut 6 Tip Ini

Biarlah Anak Seronok Bermain Dengan Cermin Ia Boleh Bantu Jadi Bijak Pastikan Mama Papa Ikut 6 Tip Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 353 hits
Seronoknya dia bermain dengan cermin Melihat wajah dan imejnya dalam cermin pun boleh buat dia ketawa Tapi jangan risau ini perkembangan yang baik Tiap kali dia melintas di sebelah cermin suka sangat dia memerhati Kadang kadang lama duduk d...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation