Keberkatan Ramadan Yang Harus Kita Hidupkan
Alhamdulillah. Hari ni dah masuk 2 Ramadan. Syukurlah kita diberi peluang lagi untuk menyambut Ramadan pada tahun ini. Kita masih berada dalam 10 hari pertama di mana, 10 hari pertama adalah rahmat, 10 hari kedua adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah dijauhkan daripada api neraka.
Sementara masih awal ni, nikmati dan manfaatkanlah bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Gunakan kesempatan yang ada untuk melaksanakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah, membuat amal kebaikan dan banyak lagi perkara-perkara positif yang boleh dilakukan.
Bagi ibu-ibu yang bekerja atau pun menjadi pengurus rumah tangga, tidak dapat dinafikan bulan berpuasa ini agak meletihkan. Kerja rumah atau pekerjaan berjalan seperti biasa. Tapi pada bulan ini lah perbuatan dan pekerjaan yang kita buat akan mendapat pahala yang berlipat ganda 😍
Semalam kak Nur berbuka dengan hati yang berbunga-bunga. Dari opis lagi kepala kak Nur dah berputar-putar fikir nak masak apa balik nanti. Kak Nur bukanlah tukang masak yang wow. Kak Nur Beshe-beshe je 😂Jadi, bila nak masak sesuatu yang lebih sedap dan lain daripada yang lain, kak Nur kena put more effort to think about it.
Fikir punya fikir, dalam peti sejuk ada cili padi yang dah nak layu. Ikan bilis pun kalau kak Nur tak masak, nanti lama-lama jadi tak elok. So kak Nur pun fikir lauk pauk yang boleh guna bahan-bahan ni. Nasib baik ada santan kotak. So barang-barang basic nak buat ayam masak lemak cili padi dah ada.
Untuk ikan bilis tu pulak, dulu akak ipar kak Nur pernah buat sambal yang sedap sangat guna ikan bilis. So kak Nur mintalah resepi (padahal mudah sangat nak buat sambal ni). Namanya sambal jawa.
Dah dapat resepi, kak Nur susun pula jadual nak masak balik nanti. Sebab sampai rumah, masa tu limited sangat. Memang kena uruskan betul-betul. Kebanyakan bahan-bahan masakan ni, semuanya kena blend. So proses memotong bahan-bahan untuk dua lauk, kak Nur sekalikan terus untuk menjimatkan masa.
Alhamdulillah, masa azan berkumandang, ayam masak lemak cili padi dengan sambal jawa tu dah siap. Haaa dalam masa masak-memasak tu, mulut dan dalam hati rajin-rajinlah berdoa sebab waktu tu dah nak masuk waktu berbuka, memang waktu mustajab sangat untuk berdoa tau.
Ayam masak kicap tu, kak Nur sediakan untuk anak kedua kak Nur yang tak leh makan pedas. Yang sulung tu memang favourite dia kalau lauk-pauk yang pedas ni. Sup tu suami kak Nur belikan untuk anak kedua kak Nur juga. Hehe nasiblah dapat anak selera lain-lain, ibu-ibu kena sediakan ikut selera anak-anak 😅 Apa pun bila diorang makan dengan berselera, kak Nur memang happy.
Perghhh sambal jawa tu, walaupun first time buat, tak sangka rasanya terangkat 😋 Alhamdulillah menjadi. Tapi kak ipar pun dah beritahu, memang akan menjadi sebab mudah sangat. Bertambah-tambah happy kak Nur rasa. Nanti kak Nur share resepinya di entry selepas ini ya.
Ibu-ibu sekalian, walaupun penat, bila happy hilang segala penatnya. Selepas berbuka, kak Nur selalunya akan ambil juga sebiji vitamin B Complex dan Vivix. Selalu lepas kenyang berbuka, energy tiba-tiba drop bila masuk Isya'. Mesti akan terasa mengantuk, ya ampun. Nak cari bantal je rasa. Tu yang penting sangat untuk ambil energy booster Vitamin B Complex dan Vivix tu.
Boleh juga amalkan minuman teh yang memang akan membuatkan badan kita super duper bertenaga tau. Minum pula dengan Performance Drink, fuhhh sedap.
Kalau bercakap pasal Performance Drink untuk tenaga, kak Nur memang setuju sangat-sangat. Dah tengok dulu masa mama kak Nur lepas menjalani sesi kemoterapi, badan jadi lesu dan muntah-muntah. Tapi bila amik Performance Drink ni, memang nampak bertenaga. Boleh baca kisah mama kak Nur di SINI.
Kak Nur share kisah-kisah di sini sebab banyak ibu-ibu yang memang terasa kepenatan, stress dalam menguruskan rumah tangga dan kerjaya. Jika kita boleh up kan stamina kita dan jadi lebih bertenaga, apa salahnya kan kita mencuba 😉 Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee ni, bolehlah hubungi kak Nur di www.wasap.my/+60125538628. Semoga entri kali ini memberi manfaat 😘
Hubungi saya agen insurans AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:
DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kindhearty.blogspot.com/2019/05/keberkatan-ramadan-yang-harus-kita.html