Kebenaran Rentas Daerah Buka Peluang Melancong Kata Nancy Shukri


 
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri menyifatkan berita itu amat memotivasikan penggiat industi.PUTRAJAYA: Kebenaran rentas daerah akan membuka ruang dan peluang untuk orang ramai melancong serta menjamin kelangsungan hidup pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor pelancongan selain operasi perniagaan dapat dijalankan sepenuhnya, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri.
Beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyambut baik keputusan kerajaan yang memberi kebenaran rentas daerah di dalam negeri yang sama kecuali Sabah bermula 5 Mac ini.
Katanya keputusan itu berita yang amat memotivasikan penggiat industri pelancongan, seni dan budaya yang selama ini meluahkan kebimbangan jika sekatan terhadap pergerakan rentas daerah serta negeri masih diteruskan.
Nancy berkata MOTAC telah mengadakan empat sesi libat urus menerusi Jawatankuasa Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada penggiat industri, yang rata-ratanya mahukan kerajaan membenarkan semula pergerakan atau perjalanan rentas daerah atau negeri.
“Hargai keputusan kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan larangan pergerakan merentas negeri di seluruh negara ketika ini dikekalkan manakala pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali di Sabah berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini.
Larangan merentas daerah di Sabah dilakukan atas permintaan kerajaan negeri.
Nancy juga berkata satu sesi libat urus diadakan hari ini bersama penggiat industri iaitu Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions (MAATFA), Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Malaysia Retailers Association (MRA) dan Batu Road Retailers Association (BARRA).
Beliau berkata dalam sesi libat urus itu, kerajaan disaran mengeluarkan dokumen atau pasport khas kepada warga Malaysia yang telah menerima vaksin untuk memudahkan pergerakan dalam negeri dan menjalankan aktiviti sosial termasuk melancong dengan selamat.
Katanya penggiat industri juga mencadangkan keutamaan pemberian vaksin kepada penggiat sektor pelancongan kerana mereka juga adalah petugas barisan hadapan yang setiap hari menerima kunjungan tetamu dan pelanggan di premis masing-masing.
Turut diutarakan satu pelan jangka panjang pembukaan sempadan antarabangsa agar kementerian boleh mengenal pasti kumpulan sasaran dari pasaran antarabangsa yang boleh dibenarkan untuk tujuan percutian di negara ini. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/kebenaran-rentas-daerah-buka-peluang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benar Rentas Daerah Atau Kami Tunjuk Perasaan Kata Pengusaha Bas Ekspres Sabah

Benar Rentas Daerah Atau Kami Tunjuk Perasaan Kata Pengusaha Bas Ekspres Sabah

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 265 hits
Pengusaha bas ekspres mendakwa tidak mampu lagi menanggung beban kerugian kerana tidak dapat beroperasi KOTA KINABALU Majlis Pengusaha Bas Ekspres Sabah mendesak kerajaan negeri membenarkan laluan rentas daerah bagi membolehkan perkhidmatan...
Rentas Daerah Pun Tak Oleh

Rentas Daerah Pun Tak Oleh

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 356 hits
Semenjak Covid 19 menyerang dunia banyak perkara baru berlaku ada yang baik ada yang sangat menyukarkan kita sebagai umah di muka bumi ini Semua Allah dah aturkan dan tentukan pada kita supaya sentiasa beringat pada DIA yang Esa sekarang ni...
Rentas Negeri Daerah Masih Tak Dibenarkan

Rentas Negeri Daerah Masih Tak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan masih tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri bagi kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat walaupun menunjukkan penurunan jangkitan ketara sejak beberapa hari ini Menteri Kanan Ismail S...
Umno Tak Akan Beri Peluang Pada Pas Ppbm Bertanding Di Terengganu Kata Ahmad Said

Umno Tak Akan Beri Peluang Pada Pas Ppbm Bertanding Di Terengganu Kata Ahmad Said

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 270 hits
February 19 2021 4 00 PMKetua Umno Terengganu Ahmad Said berkata kerusi PPBM di Parlimen Hulu Terengganu juga milik Umno berikutan penyandangnya Rosol Wahid melompat parti dengan menyertai PPBM PETALING JAYA Umno Terengganu tidak akan membe...
Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 330 hits
February 24 2021 DAH 2 BULAN LAKSANA PKP BARU KERAJAAN SEDAR HANYA PERLU KAWAL RENTAS NEGERI DAN DAERAH AKHIRNYA KERAJAAN BUNUH EKONOMI RAKYAT Baca laporan Akhbar tadi Kata Ismail Sabri Tindakan Kerajaan mengawal sempadan dan Rentas Daeraah...
Elak Tembung Umno Supaya Pemerintahan Melayu Islam Kuat Tutup Peluang Dap Kata Ppbm Terengganu

Elak Tembung Umno Supaya Pemerintahan Melayu Islam Kuat Tutup Peluang Dap Kata Ppbm Terengganu

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 323 hits
freemalaysiatoday com February 20 2021 2 58 PMPengerusi PPBM Terengganu Razali Idris berkata isu pembahagian kerusi antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat dan negeri akan patuh kepada setiap ar...
Mkn Tolak Permohonan Melaka Untuk Rentas Daerah

Mkn Tolak Permohonan Melaka Untuk Rentas Daerah

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 220 hits
AYER KEROH Kerajaan negeri akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara yang menolak permohonan kelonggaran merentas daerah di Melaka seperti dikemukakan baru baru ini Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pihaknya menerima ke...
Lelaki Menyorok Dalam Bonet Kereta Untuk Cuba Rentas Daerah Bersama Dua Yang Lain

Lelaki Menyorok Dalam Bonet Kereta Untuk Cuba Rentas Daerah Bersama Dua Yang Lain

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 644 hits
BUTTERWORTH Ramai benar benar terdesak untuk bersama dan melintasi sempadan Polis yang memberhentikan sebuah kereta di sekatan jalan raya di Seberang Jaya semalam turut memeriksa but kenderaan itu sebelum menemui seorang lelaki bersembunyi ...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons