Kebenaran Alam Bunian Yang Kita Wajib Tahu Kenapa Kaum Lelaki Selalu Jadi Pilihan Berbanding Perempuan




Ramai yang mengharapkan kesudahan berita gembira tentang kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau mesra disapa Acap selamat dijumpai segera. Memasuki hari ke 9 pencariannya, sehingga berita ini ditulis, kehilangan Acap banyak dikaitkan dengan alam misteri khususnya alam bunian.

Apa sebenarnya dunia bunian? Kenapa dalam setiap kehilangan di dalam hutan, di saat operasi mencari sudah dilakukan tetapi tidak ditemui dan akhirnya kehilangan sebegini dikaitkan dengan alam bunian. Kenapa  misteri sebegini timbul?

REMAJA menemuramah seorang individu yang biasa memasuki alam ghaib. Menurutnya yang enggan nama dikenali, jelasnya bunian terdiri dari bangsa jin yang memang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia biasa kecuali dengan bacaan dan surah-surah tertentu bagi membolehkan individu memasuki perkampungan jin-jin ini.

Nama BUNIAN ini tercipta bersandarkan cakap-cakap orang Melayu lama yang menyebutnya dan jika pergi ke negara-negara lain, istilah bunian ini mungkin tidak pernah didengari mereka (setiap negara berbeza nama panggilan).



Di mana tempat tinggal jin @bunian ini?

Jika manusia memilih lokasi-lokasi dekat dengan kemudahan awam, biasanya bangsa jin ini lebih gemar menetap di dalam hutan yang jauh dari perkampungan manusia.

Lagi jauh ke dalam hutan, adalah lebih sesuai kerana mereka boleh bercucuk tanam, menternak, memburu  dan sebagainya. Tentu kita pernah mendengar kisah yang diceritakan di mana pemburu menemui ayam hutan yang banyak di dalam hutan dan bila ayam itu ditembak, ia dibalas dengan nyawa orang yang terdekat seperti anak. Ini kerana kita menceroboh hak bunian-bunian ini dan mengambil tanpa izin mereka.

Ada juga jin-jin ini mendiami kawasan muara sungai dan juga laut. Mereka juga tinggal di gunung ganang selain di dalam laut besar seperti Selat Melaka, Lautan Pasific dan sebagainya.



Bagaimana bentuk fizikal orang bunian?

Sama ke macam manusia? Memandangkan bunian  wujud dekat dengan kediaman manusia, namun bila menyentuh aspek fizikal jin, ia sama sekali berbeza dengan manusia normal. Jin-jin ini biasanya berkepak, tidak sama dengan manusia. Jika alam manusia ada yang tinggi, rendah, gemuk atau kurus namun di alam bunian,  golongan jin ini biasanya ketinggian mereka adalah sama, baik lelaki mahu pun perempuannya.




Bayangan tubuh mereka  umpama kabus putih, tidak berfizikal seperti manusia.

Namun amat mudah untuk manusia mengenal pasti individu asing yang ditemui di hutan-hutan sama ada mereka itu bunian atau manusia. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membaca surah An-Nas sebanyak tiga kali dalam keadaan ketika hujan panas turun.

“Selepas selesai baca, rapatkan kepala ke celah kelangkang dan jika individu yang berjalan itu kakinya seolah tidak cecah ke tanah, itulah golongan jin ini jika kita menjumpainya sekitar tengahari,”katanya lagi.



Kenapa lelaki biasa hilang dalam hutan, bukan perempuan?

Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin  ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.


“Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.

Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.

Ciri lelaki bagaimana biasanya jadi pilihan?

Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.

“Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.

“Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.



Bagaimana nak kenal pasti pintu masuk ke alam bunian?

Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!

Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.

Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.

Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang  baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!

Sumber : remaja.my © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/04/kebenaran-alam-bunian-yang-kita-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Lelaki Selalu Hilang Dalam Hutan Bukannya Perempuan

Kenapa Lelaki Selalu Hilang Dalam Hutan Bukannya Perempuan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 989 hits
Tidak merujuk kepada kes Acap semata mata jelas individu ini perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa Namun puteri puteri diraja pula ...
Info Menarik Orang Bunian Beza Jin Pari Pintu Alam Bunian

Info Menarik Orang Bunian Beza Jin Pari Pintu Alam Bunian

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 442 hits
Beberapa hari ini blog post saya berkaitan bunian mula menerima trafik yang agak tinggi dari enjin carian Ini mungkin disebabkan oleh kes kehilangan seorang peserta larian berdekatan Gopeng Perak yang dikaitkan dengan orang bunian Samada ia...
Comment On Pembedahan Buang Tonsil Wajib Atau Pilihan By Khairul Zamri

Comment On Pembedahan Buang Tonsil Wajib Atau Pilihan By Khairul Zamri

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 267 hits
Alhamdulillah semoga terus menyebarkan kebaikan kepada yang memerlukan betapa indahnya manfaat suplemen bengkak tonsil ini
Mohammad Ashraf Dikatakan Selesa Di Alam Bunian

Mohammad Ashraf Dikatakan Selesa Di Alam Bunian

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 1453 hits
Pelbagai pihak yang terlibat dalam pencarian Mohammad Ashraf telah membuat kesimpulan Ada yang kata dia terlanggar anak bunian sehingga berdarah kepala anak bunian disorokkan oleh puteri bunian dan pelbagai lagi versi cerita Namun di bawah ...
Air Asam Boi Limau Bandung Cincau Teh Ais Viral Pilihan Musim Ramadhan

Air Asam Boi Limau Bandung Cincau Teh Ais Viral Pilihan Musim Ramadhan

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 824 hits
Air Asam Boi Limau Bandung Cincau Teh Ais Viral Pilihan Musim Ramadhan Tinggal berapa hari sahaja lagi nak berpuasa Dah buat plan ke nak buka bisnes Belum apa kata anda buat bisnes air di bazaar ramadhan Untung lehib kaw kaw Permulaan bisne...
Qi Doakan Bekas Kekasih Bahagia Bersama Suami Pilihan

Qi Doakan Bekas Kekasih Bahagia Bersama Suami Pilihan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 525 hits
Berikutan dengan ura ura mengatakan Nelydia Senrose bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya tidak lama lagi bekas kekasihnya iaitu Qi Razali jugat tidak ketinggalan mendoakan agar Nelydia dipertemukan dengan bakal suami...
Votes Polling Capres 2019 Pilihan Boleh Beda Persatuan Tetap Terjaga

Votes Polling Capres 2019 Pilihan Boleh Beda Persatuan Tetap Terjaga

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 360 hits
Pilpres 2019 sebentar lagi lho sudahkah anda menentukan pilihan presiden 2019 pilihlah sesuai dengan hati nurani anda Yuk kita bersama sama Votes prediksi pilpres 2019 dengan memberi pilihan Baca selengkapnya di https www a dhea com
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation