Kebaikan Peluk Anak Yang Mama Papa Kena Tahu No 1 Dan 5 Paling Penting


Ada ibu bapa semakin jarang memeluk anak apabila mereka memulakan zaman persekolahan. Tapi tahukah anda terdapat banyak manfaat pelukan buat anak dan juga ibu bapa itu sendiri?

Ketahui manfaat pelukan
Ingat lagi ketika anak masih kecil, betapa bahagianya rasa setiap kali memeluk si manja? Indah bukan momen itu.
Tetapi kenapa kini anda jarang memeluk mereka?
Sedangkan terdapat banyak faedah saintifik yang boleh terjadi hasil daripada pelukan hangat penuh kasih sayang itu, khususnya dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak.
Ayuh kita bongkar apakah kebaikan pelukan kepada anak.
1. Memeluk anak menjadikan mereka lebih pintar
Anak memerlukan banyak rangsangan deria semasa otak berkembang dan membesar. Kajian melibatkan bayi di rumah anak yatim menunjukkan mereka mengalami kecacatan kognitif yang teruk.
Tetapi apabila mereka dipegang hanya selama 20 minit sehari untuk tempoh 10 minggu, mereka memperoleh markah lebih tinggi dalam penilaian perkembangan otak. Bayi baru lahir meneroka dunia melalui sentuhan – sentuhan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit, yang penting untuk perkembangan.
Daripada 5 deria, sentuhan adalah yang pertama berkembang. Jadi manfaat pelukan (antara sentuhan yang sering diberikan), dapat memberikan rangsangan yang diperlukan otak untuk pertumbuhan dan perkembangan normal.

2. Memeluk anak dapat menyihatkan mereka
Anak bukan sekadar memerlukan nutrien mencukupi untuk tumbesaran, tetapi sentuhan fizikal juga adalah penting untuk pertumbuhan.
Tanpa sentuhan, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Namun sebaik sahaja sentuhan kasih sayang diberikan, proses tumbesaran anak yang tidak sihat boleh berubah kepada sihat dengan cepat – itulah antara manfaat pelukan.
Berdasarkan sains, pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin – hormon yang dikaitkan dengan rasa percaya, selamat dan kasih sayang. Apabila hormon itu dihasilkan, ia merangsang hormon pertumbuhan tertentu dalam tubuh.
3. Pelukan menghentikan tantrum
Memeluk anak bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal mereka, tetapi ia juga menyokong perkembangan emosi.
Tiada apa dapat menenangkan seorang kanak-kanak lebih cepat daripada pelukan hangat individu yang menyayangi mereka.
Selain itu, pelukan juga cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum. Apabila anak kecil mengalami tantrum emosi, mereka melepaskannya sebagai tindak balas kepada sesuatu dalam persekitaran – mereka bukannya degil atau cuba merosakkan hari anda.
Mereka cuma hilang kawalan emosi dan tidak belajar bagaimana mengawalnya. Manfaat pelukan dalam detik-detik ini akan menenangkan, mengajar mereka bahawa anda tetap ada bersama untuk menyokong semasa keadaan sukar dan membantu menghindari daripada berlakunya emotional breakdown.
4. Memeluk anak menjadikan mereka lebih tabah
Semasa dalam kesusahan dan tekanan, adrenalin dan kortisol dirembeskan ke dalam tubuh dan otak. Oleh sebab anak tidak belajar cara mengawal emosi, tekanan berlarutan dalam tubuh boleh mencapai tahap toksik.
Jika ia berlaku, hormon tekanan ini boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak dari segi mental dan fizikal.
Ia juga boleh membawa kesan negatif semasa dewasa seperti peningkatan risiko penyakit fizikal serta kemurungan dan keadaan buruk yang lain.
Pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin, menurunkan tahap hormon tekanan, menahan kesan negatif ini dan membantu anak mengembangkan daya tahan.
5. Memeluk anak eratkan hubungan dengan ibu bapa
Semestinya pelukan akan mewujudkan ikatan lebih kuat antara anak dengan anda. Pelukan akan meningkatkan kepercayaan, mengurangkan ketakutan dan mengeratkan hubungan – ia manfaat bersama. Memberi dan menerima kasih sayang fizikal ini baik untuk diri anda dan juga anak.
Ikatan ini perlu dipupuk sepanjang masa, walaupun ketika anak sudah membesar, keperluan untuk sentuhan kasih sayang ini tidak akan pernah terhapus.
6. Menguatkan harga diri
Manfaat pelukan kepada anak membantu meyakinkan bahawa diri mereka disayangi. Ia mengembangkan rasa keyakinan diri dan minda positif dalam diri anak.
Gabungan ini akan kekal bersama anak dari zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa peluk anak bagi meningkatkan keyakinan mereka.
7. Mengajar mengembangkan empati
Apabila anda peluk anak, wujud rasa kehadiran kalian berdua ketika itu – ia menghubungkan perasaan anda dan anak pada tahap emosi dan fisiologi.
Pelukan ini akan mengajar anak nilai empati – ia berlaku apabila mereka mengembangkan pemahaman tentang perasaan anda.
Pelukan itu juga mengajar anak bahawa rasa sayang adalah 2 hala dan dia boleh mempamerkan kasih sayangnya kepada individu lain. Pendek kata, pelukan adalah pengajaran berkesan untuk menunjukkan anak erti mengasihi.

Memeluk anak dengan keinginan hati mereka
Walaupun individu yang ingin kita peluk adalah anak sendiri, tetapi sebaiknya pelukan tersebut haruslah kerana mereka ingin dipeluk – bukan atas rasa keterpaksaan.
Jika ia berlaku atas rasa terpaksa, manfaat pelukan yang dikongsikan di atas mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya.
Hello Health
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post Kebaikan Peluk Anak Yang Mama Papa Kena Tahu, No 1 Dan 5 Paling Penting! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kebaikan-peluk-anak-yang-mama-papa-kena-tahu-no-1-dan-5-paling-penting/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mainan Banyak Tapi Itu Juga Yang Direbut Anak Suka Bergaduh Mama Papa Cuba Cara Ini

Mainan Banyak Tapi Itu Juga Yang Direbut Anak Suka Bergaduh Mama Papa Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 218 hits
Adik bak sini Abang punya tu Abang minta dari adik Tak boleh Ni adik punya juga Wekk Adik menjelir lidah Bak la sini Kalau tak tumbuk adik Abang berang Tumbukla kalau berani Adik mencabar sambil melarikan diri Bingitla rumah tu kejap bila s...
Kurangkan Risiko Kencing Manis Antara Kebaikan Minyak Kelapa Dara Yang Mama Papa Perlu Tahu

Kurangkan Risiko Kencing Manis Antara Kebaikan Minyak Kelapa Dara Yang Mama Papa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 178 hits
Minyak kelapa dara juga digelar superfood Ia bukan sahaja digunakan dalam masakan bahkan juga untuk kesihatan dan kecantikan Berikut disenaraikan 12 manfaat minyak kelapa dara 1 Jika anda mahu kelihatan langsing dan sihat guna minyak kelapa...
Banyak Mainan Mama Beli Yang Satu Tu Juga Anak Berebut Ini Cara Atasinya

Banyak Mainan Mama Beli Yang Satu Tu Juga Anak Berebut Ini Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 200 hits
Pernah tak ibu ayah alami situasi anak berebut mainan Kadang mainan banyak pun yang satu tu juga anak nak Sampaikan ibu ayah naik pening nak melayan kerenah anak anak Kalau setakat berebut sekejap tak ada masalah tetapi jika sampai menangis...
Muffin Milo Coklat Tanpa Mixer Resepi Paling Mudah Pilihan Anak Anak

Muffin Milo Coklat Tanpa Mixer Resepi Paling Mudah Pilihan Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 234 hits
Anak anak bila duduk rumah kejap kejap lapar Daripada bagi anak makan jajan atau gula gula apa kata ibu cuba buat muffin milo yang paling mudah ini Tak perlu nak guna mixer pun cuma kacau dengan senduk je Tersangatlah mudah Kalau yakin nak ...
Tak Sangka Rupanya Abg Viva Jaga Dua Anak Yatim Yang Keh1langan Ibu Kebaikan Terus Disebut

Tak Sangka Rupanya Abg Viva Jaga Dua Anak Yatim Yang Keh1langan Ibu Kebaikan Terus Disebut

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 328 hits
Tak Sangka Rupanya Abg Viva Jaga Dua Anak Yatim Yang Keh1langan Ibu Kebaikan Terus Disebut Nama Azwan Omar rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi Kemuliaan hati pemuda dari Melaka ini membantu mangsa mangsa banjir menggunakan bot persendiri...
Umur 0 2 Tahun Pertama Anak Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak Mak Ayah Jangan Sia Siakan

Umur 0 2 Tahun Pertama Anak Masa Paling Tepat Bina Bonding Dengan Anak Mak Ayah Jangan Sia Siakan

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 355 hits
Kita merasakan anak kita pada usianya di bawah dua tahun masih kecil Namun hakikatnya di waktu umur inilah waktu paling sesuai untuk merapakatkan bonding yang kuat kita dengan anak Mereka memahaminya Di ketika anak sedang membesar inilah lu...
Besarkan Anak Tugas No 1 Paling Tinggi Di Sisi Allah Yatt Hamzah Kongsi Pesanan Ustaz Wadi

Besarkan Anak Tugas No 1 Paling Tinggi Di Sisi Allah Yatt Hamzah Kongsi Pesanan Ustaz Wadi

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 258 hits
Tugas membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga sememangnya tidak mudah Bekerja dari pagi hingga ke malam hari malah berdepan dengan emosi anak kecil dan sekeliling yang sama saban hari ada waktunya buat surirumah rasa tidak kuat Namun ...
Artis Yang Dikaruniai Anak Pertama Di Tahun 2021 Bikin Publik Ikut Bahagia

Artis Yang Dikaruniai Anak Pertama Di Tahun 2021 Bikin Publik Ikut Bahagia

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 236 hits
Ada yang menjadi orang tua di usia pernikahan kurang dari setahun ada pula yang harus menunggu 10 tahun terlebih dahulu
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul