Kebaikan Minum Air Suam
KEBAIKAN MINUM AIR SUAM? Kebaikan meminum air suam memang tak dapat disangkal lagi.
Membersihkan TubuhAir suam cukup efektif untuk membersihkan tubuh. Kalau sistem penghadaman korang kurang baik, dengan mudah korang dapat mengatasinya dengan minum segelas air suam, dua kali sehari. Minum segelas air suam pada pagi hari juga dapat membersihkan tubuh dari racun dan memperbaiki sistem yang rosak di dalam tubuh. korang jugak boleh campurkan air suam dengan madu atau lemon untuk mendapatkan hasil yag lebih baik
Mengurangkan KesakitanMinum segelas air panas suam adalah ubat yang efektif untuk menyembuhkan sakit menstruasi. Kalau korang mengalami sakit perut, sakit kepala atau sengal-sengal badan, minum segelas air suam adalah cara paling pantas untuk merawatnya
Mencegah SembelitSembelit merupakan masalah perut yang kerap dialami oleh ramai orang. Selepas bangun tidur pada pagi hari, minumlah segelas air suam dalam keadaan perut kosong untuk meningkatkan gerakan usus yang akan dapat menyembuhkan sembelit. Air suam juga boleh memecah partikel makanan dan membawanya melalui usus
Mengeluarkan PeluhAdakalanya bila anda minum air suam, peluh akan keluar. Ketika itu, suhu tubuh anda meningkat, air cubaa untuk mendinginkan suhu melalui peluh. Berpeluh boleh membantu membersihkan sel-sel kulit
Kawal Berat BadanKalau korang berhasrat nak turunkan berat badan, minumlah segelas air suam dengan lemon dan madu pada setiap hari selepas makan. Cara ini sangat membantu dalam menurunkan berat badan yang berlebihan. Air suam akan memecah timbunan lemak dalam tubuh dan membantu dalam proses penurunan berat badan. Manakala lemon yang memiliki pektin serat akan mengawal keinginan korang untuk makan
Melancarkan Perjalanan DarahSelain membakar timbunan lemak, minum air suam juga dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh, serta mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh
Mengatasi Selsema Dan BatukIritasi yang terjadi pada tekak atau tonsil disebabkan batuk memang menyakitkan. Minum air suam disebut boleh mengurangkan sakit tekak,batuk berkahak dan membantu kahak keluar dengan mudah
Moga bermanfaat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2021/12/kebaikan-minum-air-suam.html