Kebaikan Bawang Putih Untuk Ibu Ibu Berpantang
hi there, ketahui khasiat, kebaikan dan kelebihan BAWANG PUTIH terutamanya bagi ibu berpantang ... bawang putih bukan hanya sebagai pelengkap masakan, tetapi bawang putih juga boleh dikategorikan sebagai SUPERFOODS kerana memiliki banyak khasiat, kebaikan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
mengikut apa yang mrs pip baca, bawang putih dikatakan antaranya, ⤵⤵⤵
🌵mampu membunuh parasit & anti bakteria
🌵 memperbaiki sistem penghadaman
🌵mampu membantu mengelakkan penyakit serangan jantung
🌵mampu mengurangkan / mengelak tekanan darah tinggi
🌵dikatakan berpotensi membantu mencegah kanser (sumber yang mrs pip baca , masih di peringkat kajian)
🌵membantu mencegah diabetes dengan mengurangkan kandungan gula dalam badan
🌵 mengurangkan batuk
🌵 buang angin
🌵 mengawal berat badan
dalam banyak banyak info , of course membantu mengawal berat badan tu sangat menarik perhatian kan, lagi lagi buat mereka mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan #roadto55kg !
mrs pip masih dalam usaha untuk menurunkan berat badan, dan berharap target untuk mencapai 55kg bulan ini diharap akan berjaya.
baca juga >>> HILANG BERAT BADAN 15KG DENGAN DIET SLOW AND STEADY
Bagaimana bawang putih dikatakan membantu mengawal berat badan?
Pengambilan bawang putih dikatakan boleh membantu meningkatkan tahap metabolisma serta menghentikan penghasilan sel sel lemak (adipocytes cell) di dalam badan.
Tips pengambilan bawang putih untuk mencairkan lemak badan ⤵⤵⤵
✔ campurkan sedikit bawang putih ke dalam air madu, rendam seketika, kemudian diminum
✔ hiris beberapa ulas bawamg putih, dan masukkan ke dalam nasi yang hendak ditanak (elok diamalkan oleh ibu ibu yang sedang dalam berpantang)
bawang putih juga mampu membantu mengawal STRESS kerana mengandungi vitamin B6.
untuk ibu-ibu yang sedang dalam berpantang selepas melahirkan anak, adalah penting untuk memastikan ibu-ibu berada dalam tahap emosi yang stabil dan terhindar daripada perasaan STRESS, maka disarankan kepada ibu-ibu yang tidak mempunyai alergi terhadap bawang putih , eloklah menambah bawang putih di dalam menu berpantang anda.
Bagaimana bawang putih membantu mencegah STRESS ?
satu bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh dikenali sebagai SEROTONIN, berfungsi dalam pengawalan emosi dan tingkah laku seseorang.
Kekurangan kandungan serotonin di dalam otak manusia akan mempengaruhi ketidakstabikan emosi seperti kurang rasa tenang dan sukar tidur.
jadi, untuk membantu meningkatkan dan melancarkan penghasilan dan pelepasan serotonin ke dalam badan , vitamin B6 adalah diperlukan.
Dan vitamin B6 ini boleh ditemui di dalam bawang putih , sekaligus membantu melancarkan pelepasan serotonin ke dalam tubuh dan secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan tekanan atau stress.
Kelebihan lain bawang putih juga ialah mampu merawat masalah rambut gugur kerana kandungan sulfur allicin yang ada di dalam bawamg putih tersebut.
Cara merawat rambut gugur menggunakan bawang putih ⤵⤵⤵
👉 beberapa ulas bawang putih dilumatkan dan dicampur dengan sedikit minyak kelapa dan disapu pada kulit kelapa sebelum tidur, dan dicuci menggunakan syampu dan dibilas sempurna pada keesokannya ... penggunaan yang berterus beberapa kali dalam seminggu, dikatakan mampu membantu mengurangkan rambut gugur.
Langkah berjaga-jaga dalam pengambilan bawang putih ...
Walaupun bawang putih mempunyai banyak kelebihan, namun ianya tidak disyorkan diambil secara berlebihan ...
👉jangan ambil bawang putih secara berlebihan kerana dikhuatiri anda boleh mengalami bau mulut
👉pengambilan bawang putih yang berlebihan bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan mual, muntah dan perut memulas, etc
👉untuk yang mengalami tekanan darah rendah, maka pengambilan bawang putih perlu dalam jumlah yang tidak berlebihan kerana risau tekanan darah bertambah rendah memandangkan bawang putih mempunyai kemampuan dalam membantu menguramgkan tekanan darah tinggi
👉 untuk tujuan perawatan, sebaiknya dapatkan saranan doktor perubatan
selepas mengetahui beberapa manfaat mengenai bawang putih ni, jadi jangan tinggalkan bawang putih di dalam menu sajian korang ok.
salah satu resepi kegemaran mrs pip menggunakan bawang putih sebagai bahan utama ialah
>>> RESEPI SUP IKAN BAWANG HANGUS
resepi ini merupakan menu kegemaran mrs pip ketika dalam pantang, dan resepi ni disediakan oleh mr.Husband, dan kali pertama mrs pip makan ketika berpantang bersalinkan Iman.
menu ringkas yang sedap , tapi dengan syarat ikan yang digunakan adalah ikan yang bersesuaian spt ikan tenggiri, ikan putih, ikan kerisi janggut, ikan merah ... ada sesetengah ikan tidak sesuai untuk dimasak sup atau mungkin saja ikan tu bukan ikan kegemaran mrs pip so sup kureng sikit rasa sedapnya ...
selain itu, untuk korang yang tiada masa untuk menyediakan bawang putih selalu, apa kata korang buat stok bawang putih crunchy sendiri, korang goreng siap-siap, jadi apabila hendak digunakan, korang dah ada stok siap-siap.
Bahan- bahan & cara-cara membuat BAWANG PUTIH GORENG CRUNCHY ⤵⤵⤵
👉Bawang putih dikupas kulit dan dipotong mengikut potongan kesukaan korang - kuantiti terpulang korang
👉air garam (kemasinan ikut citarasa korang)
👉minyak masak secukupnya
✔Panaskan minyak dgn api sederhana
✔Goreng bawang putih , jangan hangus nanti pahit pula
✔Sebelum bawang putih menjadi garing, masukkan air garam
✔Gaul elok elok hingga masak garing dan bolehlah angkat dan toskan
✔Sejukkan di dalam suhu bilik dan masukkan ke dalam bekas / botol , tutup elok elok
✔bila bila nak makan kan senang, dah ada stok siap sedia ... boleh tambah dalam sup, letak atas nasi panas panas, sebagai bumbu dalam masakan , etc ...
Tips bawang putih mudah untuk dikupas
⤵⤵⤵
👉 rendam seketika bawang putih di dalam air 20 - 30 minit, insya allah bawang putih sangat mudah untuk dikupas ...
Nota: ada banyak artikel yang berkongsi lebih details mengenai kebaikan bawang putih, untuk info yang lebih lanjut, korang bolehlah membuat bacaan lanjut dengan bantuan mr.Google, hehe.
semoga perkongsian ini bermanfaat.
xoxo.
cheers.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2019/09/kebaikan-bawang-putih-untuk-ibu-ibu.html