Keadilan Dilambung Ombak Dipukul Badai


 


Oleh: Hassan Abdul Karim





Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kini benar-benar diuji ketahanannya. Jika KEADILAN diibaratkan sebuah kapal, maka bahtera KEADILAN kini sedang dilambung ombak dan dipukul badai di lautan yang bergelora.





Masakan tidak. Dalam masa dua minggu di bulan Mac 2021 ini sahaja, KEADILAN telah hilang tiga orang Ahli Parlimennya yang meninggalkan parti dan melompat menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahyuddin Yassin. Amat menakutkan dan ngeri memikirkan sejak setahun lalu bermula dari Langkah Sheraton di minggu terakhir bulan Februari 2021, hingga ke saat ini belasan orang Ahli Parlimen KEADILAN telah menggugurkan perjuangan reformasi dengan pelbagai alasan diberi. Secara yang agak keterlaluan dan berlebih-lebihan saya sudah “lost count” bilangan Ahli Parlimen KEADILAN yang melompat.





Sebagai seorang anggota kerdil KEADILAN dan seorang Ahli Parlimen biasa KEADILAN, saya dapat menyaksikan sekarang bagaimana rakan-rakan Ahli Parlimen kami dilambung ombak dengan janji-janji jawatan ataupun dipukul badai dengan ancaman tangkapan Polis dan SPRM. Dan amat memilukan apabila saya membaca komen-komen dari rakan-rakan Ahli Parlimen di blok pembangkang dari parti sahabat KEADILAN yang mengutarakan pertanyaan seperti berikut: “Siapa lagi yang kita boleh percaya sekarang?” yang bermaksud ditujukan kepada Ahli-ahli Parlimen KEADILAN, setelah semalam 13 Mac 2021, Naib Presiden KEADILAN, Ahli Parlimen Kuala Langat, bekas seorang menteri dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan merupakkan tokoh reformasi serta antara pengasas Parti Keadilan Nasional telah meninggalkan parti kerana ingin menyokong PM Muhyiddin.





KEADILAN dapat sokongan terbanyak





Namun malam tidak selamanya gelap memanjang. Esok pasti akan muncul siang, dan dunia akan kembali terang. Saya memujuk diri sendiri dan rakan-rakan anggota biasa KEADILAN di kawasan Parlimen saya, Pasir Gudang. Saya teringat sajak-sajak Said Zahari dan Kassim Ahmad yang menyeru para pejuang jangan patah semangat.





Lalu saya rujuk kembali akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Mac 2021. Dari kaji selidik akhbar tersebut mendapati bahawa parti yang akan mendapat sokongan tertinggi dalam PRU 15 ialah Parti Keadilan Rakyat, sebanyak 14.4%. Manakala Parti PPBM (Bersatu) yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional sekarang, di mana tempat ahli-ahli KEADILAN melompat, berada di tempat yang agak tercorot, hanya memperolehi sokongan 5.08% (lebih rendah peratusannya berbanding parti MUDA pimpinan Ahli Parlimen Muar yang memperolehi 5.32%).





Secara kaveat, saya berwaspada iaitu kaji selidik atau survey hanyalah suatu kaji selidik atau survey. Belum tentu jadi fakta dan realiti sebenar nanti dalam PRU 15. Tetapi sekurang-kurangnya, bagi para penyokong KEADILAN boleh menarik nafas lega, iaitu jangan risau dengan fenomena bekas Ahli-ahli Parlimen KEADILAN yang melompat kerana mengejar mirage atau fatamorgana, atau takut dengan bayang-bayang sendiri dengan mimpi negeri dikejar SPRM atau bunyi siren polis serta tembok batu dan jeriji besi di Penjara Sungai Buloh yang menanti.





Antara belantan dan lobak





Dalam keadaan di mana ahli-ahli politik pembangkang sekarang, khususnya KEADILAN berdepan dengan polisi mafia, belantan dan lobak di dunia gelap seperti dalam filem Godfather yang mengamalkan ancaman (stick/belantan) dan pujukan (carrot/lobak), maka saya teringat kepada sejarah diri peribadi yang dilalui sendiri oleh Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim yang berbelas tahun masuk penjara.





Secara jujur saya menghormati Anwar Ibrahim dalam aspek ini. Dia tidak gentar dengan ancaman. Dia tidak boleh dibeli dengan tawaran kedudukan atau jawatan. Apabila difitnah, dia melawan. Dia melawan sehabis-habisnya di mahkamah undang-undang, sama ada di mahkamah jenayah atau mahkamah sivil. Dia melawan dengan penuh azam dan semangat juang seperti semangat yang ditunjukkan oleh hero dalam novel Bumi Manusia karya Pramoedya Ananta Toer, sasterwan terkenal Indonesia.





Ketika bekas Ahli-ahli Parlimen dari KEADILAN yang cuba menyelamatkan diri masing-masing dari pertuduhan dan penjara berebut-rebut terjun ke laut bergelora meninggalkan bahtera tetapi Anwar Ibrahim sebagai pemimpin KEADILAN, PH dan Pembangkang tetap teguh dengan pendiriannya. Beliau kini masih bertarung di mahkamah undang-undang perlembagaan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen Malaysia. Kepada pemimpin seperti inilah sokongan akan diberi oleh rakyat Malaysia dalam PRU-15 nanti.

_________________________________________________________________________________





Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/keadilan-dilambung-ombak-dipukul-badai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakai Tangan Jer Nikmati Seafood Shell Out Halal Di Ombak Kitchen Bangsar

Pakai Tangan Jer Nikmati Seafood Shell Out Halal Di Ombak Kitchen Bangsar

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 796 hits
PAKAI TANGAN JER Sejak PKP Seri Wangi dah lama tidak keluar jalan jalan cari makan rindu nak jumpa kawan kawan rindu nak membawang dan juga rindu nak makan di luar bersama family Bila dah dapat kuar makan bersama my girlfriend and family am...
Kerjasama Dengan Umno Bina Mahligai Pasir Yang Mudah Hancur Dihempas Ombak

Kerjasama Dengan Umno Bina Mahligai Pasir Yang Mudah Hancur Dihempas Ombak

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 179 hits
ARIF ATANSekumpulan Ahli Parlimen pembangkang menolak kerjasama dengan Umno susulan perbincangan awal Ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa pimpinan parti komponen utama Barisan Nasional itu Empat wakil rakyat terbabit mengingat...
Keadilan Sarawak Perlu Tenaga Dan Nafas Baru Iswardy Mampu Perkuatkan Kembali Keadilan Sarawak

Keadilan Sarawak Perlu Tenaga Dan Nafas Baru Iswardy Mampu Perkuatkan Kembali Keadilan Sarawak

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 178 hits
Apabila MP Julau YB Larry menjual maruah dirinya kepada pengkhianat sekaligus melukai hati ramai pengundi pengundi di Julau serta mengkhianati pengorbanan dan perjuangan rakan rakannya di dalam Keadilan Sarawak maka Keadilan Sarawak perlu b...
Masa Untuk Keadilan Sarawak Kembali Bersatu

Masa Untuk Keadilan Sarawak Kembali Bersatu

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 185 hits
POSTED BY AMIR WRLRPemergian Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak Larry Sng menyertai Perikatan Nasional adalah masa yang sesuai untuk kembali mengukuhkan parti Menurut Ketua Penerangan KEADILAN negeri Abun Sui Anyit pemergian ...
Parti Umno Pas Keadilan Dan Dap Tetap Parti Unggulan

Parti Umno Pas Keadilan Dan Dap Tetap Parti Unggulan

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 252 hits
SUSUPAN PAGISAYA mempunyai alasan dan hujah sendiri kenapa dikatakan hanya empat buah parti sahaja yang relevan dan layak untuk dianggotai seterusnya disokong bagi menjadi tonggak kerajaan Parti parti itu ialah Umno Pas Keadilan dan DAP Ala...
Bermain Di Pantai Padang Bocah 11 Tahun Tewas Diseret Ombak

Bermain Di Pantai Padang Bocah 11 Tahun Tewas Diseret Ombak

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 178 hits
Sebelumnya korban dilaporkan terseret ombak dan dinyatakan hilang saat bermain di Pantai Padang kawasan Lolong pada Jumat sekitar pukul 17 00 WIB
Mesti Ada Yang Tak Kena Ni Penumpang Wanita Terjun Keluar Dari Teksi Driver Teksi Dipukul Driver Mercedes

Mesti Ada Yang Tak Kena Ni Penumpang Wanita Terjun Keluar Dari Teksi Driver Teksi Dipukul Driver Mercedes

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 347 hits
Mesti ada yang tak kena ni Penumpang wanita terjun keluar dari teksi driver teksi dipukul driver MercedesTindakan seorang wanita berusia lingkungan 30 an secara tiba tiba keluar dari teksi yang sedang bergerak mengundang pelbagai persoalan ...
Pemulihan Setelah Dilanda Badai Fitnah Pru14 Zahid Hamidi

Pemulihan Setelah Dilanda Badai Fitnah Pru14 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 336 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera para ahli dan penyokong UMNO sekalian Saya menulis kali ini supaya saudara saudari ahli dan penyokong UMNO dapat memahami realiti ini Usaha untuk memulihkan UMNO selepas dilanda badai fitnah PRU14 bukanla...
Tular Video Lelaki Dipukul Di Jalan Raya

Tular Video Lelaki Dipukul Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN TANGKAP layar video tular seorang penunggang motosikal dipukul di jalan raya sekitar pusat perniagaan Cukai di Kemaman petang semalam KEMAMAN Tular video seorang penunggang motosikal yang didakwa dipuk...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever