Keadil4n Untukmu Adib


Keadil4n Untukmu Adib. Orang Kurang Upaya (OKU) antara yang hadir memberi sokongan kepada Perhimpunan Aman ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moorthy’ yang berlangsung di Dataran Seni, Klang, hari ini.
Mereka turut berarak sejauh kira-kira 500 meter bersama-sama orang ramai dari Masjid Bandar Diraja Klang, sebelum menuju ke dataran itu.
Seorang daripada mereka adalah kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan, 43, yang kelihatan bertongkat sepanjang perjalanan ke dataran berkenaan.
Dia yang juga OKU sejak lahir, berkata, kehadirannya pada hari ini untuk bersama-sama rakannya memberi sokongan bagi menuntut pembelaan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.
Katanya, selain itu, beliau menyertai perhimpunan ini bagi menyokong desakan terhadap individu yang dianggap sebagai pencetus kepada kekecohan yang berlaku pada tempoh hari untuk mengundur diri.
Tuntut Keadilan
“Jadi saya terpanggil untuk menyertai perhimpunan ini berikutan ia adalah suara rakyat yang perlu didengar.
“Perhimpunan pada hari ini saya anggap sebagai protes secara aman yang perlu diambil kira oleh pemimpin negara.
“Pendapat orang ramai yang hadir ini perlu diambil kira bagi kesejahteraan negara,” katanya yang ditemui ketika berarak dalam perhimpunan berkenaan.
Pada 17 Disember lalu, Muhammad Adib, 24, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, disahkan meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN).
Muhammad Adib sebelum itu parah selepas diserang dan dipukul dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada 27 November lalu.
Sementara itu, lebih 1,000 orang awam yang majoriti memakai baju-T berwarna hitam menyertai perhimpunan itu, berarak dan tiba di Dataran Seni, jam 5.30 petang.
Semasa berarak memasuki dataran, mereka berselawat kemudian melaungkan ‘Hidup hidup.. Hidup Islam’, ‘Keadilan untuk Adib’ dan ‘Takbir Allahuakbar!’
Ada dalam kalangan mereka membawa sepanduk ‘Justice For Adib’, ada juga memakai lilit kepala ‘Justice For Adib’.
Program dimulakan dengan lagu Negaraku serta bacaan doa sebelum Pengerusi Gerakan Masyarakat Malaysia (GERAS), Abu Bakar Mohamed, berucap.
Antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan adalah Gerakan Srikandi Malaysia (GSIM), Angkatan Laksamana Bukit Jati Klang (ALBJ), Badan Amal Tarbiyah Sejagat (BATAS), Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia (SERUMPUN) dan Kebajikan Sejagat Malaysia (SEJAGAT).
Artikel Berkaitan
‘Pecat Waytha!’, Geras beri masa 40 hari
Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) akan menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dipecat.
Presiden Geras, Abu Bakar Mohamed menegaskan sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal memecat Waytha dalam tempoh 40 hari mulai hari ini (Selasa, 25 Disember), satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan.
“Selepas ini, Geras tidak akan habis di sini sahaja. Kita akan membuat satu memorandum yang tarikh serahanya akan ditentukan kemudian.
“Kita juga akan serahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk akhirnya kepada Dr Mahathir,” beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Aman ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moorthy’ di sini.
Pada himpunan yang dianggarkan dihadiri lebih 1,000 orang itu, mereka menggariskan tujuh tuntutan selain keadilan untuk Adib dan pemecataan Waytha dan Exco Kerajaan Selangor, V. Ganabatirau.
“Kita juga mahu kerajaan menguatkuasakan Akta Kontrak Sosial kepada generasi akan datang serta meminta mana-mana individu mahupun menteri tidak sesekali menghina agama Islam sebagai agama rasmi yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Selain itu, kita juga meminta kerajaan negeri mahupun pusat mengambil tindakan kepada mana-mana rumah ibadat yang wujud secara haram supaya perkara yang sama seperti di Seafield tidak berulang.
“Kita juga meminta jangan ada cubaan menghina kedudukan raja-raja Melayu serta penjawat awam di negara ini. Geras juga menolak ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum),” kata Abu Bakar.
Kesemua mereka sebelum itu berkumpul di Masjid Bandar Diraja Klang bagi menunaikan solat asar serta solat sunat jenazah ghaib sebelum berarak sambil berselawat ke Dataran Seni Klang kira-kira jam 5 petang tadi.
Selain Geras, antara badan bukan Kerajaan lain yang turut serta perhimpunan aman itu adalah Gerakan Srikandi Malaysia (GSIM), Angkatan Laksamana Bukit Jati Klang (ALBJ), Badan Amal Tarbiyah Sejagat (BATAS), Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia (SERUMPUN) dan Kebajikan Sejagat Malaysia (SEJAGAT).
Beberapa pemimpin wakil NGO tersebut turut menyampaikan pidato masing-masing yang dalam himpunan yang berakhir dengan aman tepat 6.30 petang.
PDRM turut menempatkan lebih 600 pegawai dan anggota dari Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan Klang Selatan termasuk anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis trafik di sekitar lokasi perhimpunan berkenaan.
Sumber: Harian Metro, Astro Awani
The post Keadil4n Untukmu Adib appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/keadil4n-untukmu-adib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

25 12 2018 Himpunan Aman Keadilan Untukmu Adib Desak Pecat P Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 611 hits
HIMPUNAN AMAN Keadilan Untukmu ADIB Desakan Pecat P Waytha Moorthy Tarikh 25 12 2018Hari SelasaMasa 04 00 Petang1 Lokasi Berkumpul Masjid Bandar Diraja KlangJalan Pasar Kawasan 18 41300 Klang Selangor2 Lokasi Berhimpun Dataran SeniKawasan 1...
Pemergian Seorang Adib

Pemergian Seorang Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 436 hits
Pemergian Adib ditangisi ramaiNor Azizah Mokhtarcnews nstp com myPERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa sedih dengan berita kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia ketika dirawat d...
Kembalinya Adib Kepada Pencipta Nya

Kembalinya Adib Kepada Pencipta Nya

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 392 hits
Ari tuk seluruh negaro bersedih di atas pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim anggota bomba yang menjadi mangso kekejaman iblis yang bertopengkan manusio dalam peristiwa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya pada 27 November yang lep...
Rakan Seperjuangan Kongsi Video Sambutan Hari Jadi Adib Undang Sebak

Rakan Seperjuangan Kongsi Video Sambutan Hari Jadi Adib Undang Sebak

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 572 hits
Rakan Seperjuangan Kongsi Video Sambutan Hari Jadi Adib Undang Sebak Pemergian Muhammad Adib telah meninggalkan kesan buat rakyat Malaysia terutamanya keluarga terdekat Berita yang memilukan itu telah diterima oleh jutaan rakyat Malaysia ap...
Kes Telah Bertukar Selepas Adib Meniinggal Dan Suspek Yang Memukul Adib Bakal Dikenakan Hukuman Ini

Kes Telah Bertukar Selepas Adib Meniinggal Dan Suspek Yang Memukul Adib Bakal Dikenakan Hukuman Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 358 hits
Kes Telah Bertukar Selepas Adib Meniinggal Dan Suspek Yang Memukul Adib Bakal Dikenakan Hukuman IniKes Telah Bertukar Selepas Adib Meniinggal Dan Suspek Yang Memukul Adib Bakal Dikenakan Hukuman Ini
Adib Meninggal Dunia Netizen Mahukan Pembelaan

Adib Meninggal Dunia Netizen Mahukan Pembelaan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 312 hits
Adib Meninggal Dunia Netizen Mahukan Pembelaan terhadap kematian arwah Rata rata netizen mahukan si pelaku kepada punca kematian Muhammad Adib dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan Ini telah bertukar dari...
4747 Ppim Minta Pemberi Maklumat Bantu Polis Berkas Pembunuh Muhammad Adib Sarawak Voice 18 12 18

4747 Ppim Minta Pemberi Maklumat Bantu Polis Berkas Pembunuh Muhammad Adib Sarawak Voice 18 12 18

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak berkuasa mengerahkan anggota keselamatan dan merayu agar rakyat bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Kami juga mahu si...
Tengku Abdullah Zahir Simpati Kepada Keluarga Muhammad Adib

Tengku Abdullah Zahir Simpati Kepada Keluarga Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 317 hits
18 Disember 2018 5 39 PM PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan berita anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib
Pembunuhan Adib Foto Mereka Yang Dikehendaki Tampil Ke Balai Polis

Pembunuhan Adib Foto Mereka Yang Dikehendaki Tampil Ke Balai Polis

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 1280 hits
Polis sedang mengesan 38 individu lagi bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya bulan lalu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata individu indi...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi