Ke Pasar Ampangan Seremban Baru
Selepas hiking Bukit Kepayang, jom kita ke Pasar Ampangan Seremban yang baru di buka pada 18 September 2024 haritu. Tujuannya nak membeli barang-barang dapur lah. Barang basah dan kering.
Pasar Ampangan baru ni tak jauh pun dari Pasar Ampangan lama. Cantik bangunan pasar yang baru ni. Ye lah kan, baru lagi memang lah cantik
Pertama kali datang sini memang terpinga-pinga lah kita. Mana nak parkir semua tu. Ada parkir luar dan parkir bertingkat di atas. Parkir bawah dah tentu lah penuh sebab orang malas nak ke tingkat atas naik turun lif bagai.
Kalau dah ke pasar, kita beli barang basah yang segar-segar lah. Biasanya beli ikan kembung. Kalau nak tukar menu beli ikan siakap. Selain ikan, beli juga sotong besar, udang atau kalau ada kerang elok baru beli.
Beginilah rupa pasar basahnya. Sebaris tu memang jualan barang basah je lah. Pilih je kedai mana yang menepati bajet dan selera masing-masing. Bahagian ayam dan daging sebelah belakang kedai ikan ni. Kami jarang beli ayam dan daging. Jadi, ambil gambar kedai ikan je.
Dah selesai di bahagian basah, kita ke bahagian kering pula untuk beli stok kentang. Saya beli kentang holland sebab cepat empuk bila direbus. Ye lah, hari-hari sarapan telur dan kentang. Memang kena beli stok setiap minggu. Seminggu 12 biji untuk 5 hari sarapan dan bekal diet encik suami.
Tak lupa juga tambah stok buah-buahan. Setiap minggu beli buah naga je. Pernah beli buah dokong tu. Elok je dijual segugus segugus. Elok dan manis rasa dia. Berbaloi beli buah segar dan elok ni.
Eh, lupa nak ambil gambar kedai sayur. Sayur jangan dilupakan. Kena beli juga. Wajib ada sayur. Banyak lagi kedai-kedai di Pasar Ampangan ni. Ada jual kerepek, makanan tempatan dan sebagainya.
Bersih dan agak luas juga ruang pasar ni. Tapi kalau ramai agak sesaklah sikit. Kemudahan lain yang disediakan seperti toilet dan bangku.
Suka membeli barang basah dan kering di sini. Segar dan elok. Urusan jual beli pun mudah sebab kebanyakkan penjual terima bayaran melalui QR code.
Tapi pastikan jugalah bawa duit tunai. Nak beli barang nilai kecil tu boleh lah guna tunai je. Tentang harga, ada murah ada mahal. Kalau mahal tapi elok tu kira berbaloilah juga. Harga barang zaman sekarang, kita nak expect apa kan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/10/ke-pasar-ampangan-seremban-baru.html