Ke Kaunter Untuk Tukar Kad Debit Cimb Bank Yang Expired
Duk sibuk tukar kad atm maybank yang dah expired bulan 10 lepas, sekali tak perasan kad debit cimb bank expired juga. Jadi tak perasan sebab dalam akaun CIMB tu jarang ada duitnya..hehe. Tu yang tak perasan. Walaupun tak berapa ada duit dalam akaun ni, kadang bila ada duit tu guna juga. Jadi moh lah tukar kad debit CIMB bank ni. Tapi kan menjadi persoalan CIMB ada kiosk ke..Masa nak tukar kad maybank, senang sebab boleh buat kat kiosk dia je. CIMB ni macamana pula?Kebetulan baru ni call CIMB sebab nak tanya something, tanya lah sekali macamana cara tukar kad debit CIMB bank yang dah expired.
Macamana Cara Tukar Kad Debit CIMB Bank Expired?Dulu ada kiosk macam Maybank kata staff CIMB tapi dah ditutup. Jadi nak tukar kad debit cimb bank kena ke kaunter. Tak ada pula staff tu cakap boleh buat secara online. Jadi k.fiezz tak pasti boleh ke tak tukar kad debit expired ni secara online? Tapi bila dia sebut kena ke kaunter, alamakkk..Kalau dah kena ke kaunter ni leceh lah weiii..Kena pi time hari bekerja. Aisehhh..Udah lah sis ni hari kerja susah sikit nak keluar. Tapi kena juga lah kan sebab kad expired bulan 10 yang lepas. Sat gi nak guna udah tak boleh pula.
Try minta kebenaran bos k.fiezz keluar kejap time lunch hari Jumaat yang lepas. Nasib baik dia okey. Legaaa. Dari pejabat k.fiezz naik grab gi ke CIMB sebelah Sogo. Situ je CIMB yang k.fiezz familiar & tahu. Tak kisah lah kan. Janji CIMB bank.
Sampai je kat situ, naik ke tingkat 2. Cakap kat kaunter nak tukar kad atm cimb expired. Nanti kita akan diberi borang & isi bahagian yang ditanda.
Ni borang dia. Staff CIMB akan tanda bahagian yang perlu kita isi. Dah siap isi, pergi semula ke kaunter & kena scan barcode di kaunter untuk dapatkan nombor giliran. Canggih sekarang ni, semua main scan je.
LAMA TAK PROSES MENUNGGU TUKAR KAD DEBIT CIMB BANK NI?
Orang tak ramai masa k.fiezz ke sini tapi menunggu nombor giliran tu rasa macam lama. Kaunter yang dibuka masa ni 2 saja. Mungkin sebab time lunch jadi ada dua saja yang dibuka. Apa nak buat, tunggu sajo lah.
Lama juga lah k.fiezz tunggu, rasanya lebih kurang 15-20 minit, nombor giliran k.fiezz tak naik-naik. Tetiba ada seorang staff CIMB dari bahagian dalam panggil nama k.fiezz. Dengan muka garang dia. Ingatkan nak marah ke apa. Dia tanya k.fiezz nak buat urusan apa?K.fiezz cakap nak tukar kad debit CIMB bank expired. Dia hand over k.fiezz kat satu lagi kaunter. Mungkin staff yang tanya nama k.fiezz ni officer situ agaknya. Bila dia tengok dalam sistem, lama benor customer tunggu, itu yang dia keluar tanya nombor memang tak naik lagi ke & nak buat urusan apa. Jadi senang dia appoint kat mana-mana kaunter yang kosong. Masa tu tak silap k.fiezz memang ada 1 lagi kaunter kosong yang ada staff tapi tak tahu lah dia handle apa. Officer tu bagi k.fiezz kat situ
Dah bagi borang kat staff kaunter, dia check apa yang patut, lepas tu siap. Kejap tapi menunggu tu makan masa sikit. Sekali dengan kad baru, dapat slip no. keselamatan baru. No. pin boleh tukar kat mesin atm & dah siap tukar, selesai.
Lain bank lain prosedur dia, yea tak. Kita ikut saja lah tapi rasanya better yang ada kiosk & tak perlu beratur, isi borang macamni. Lebih senang & mudahkan customer.
SO YEAYYY KAD DEBIT DAH RENEW...Moga makin lebat lah income blog k.fiezz masuk kat situ..hehe..Aamiin..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/11/Ke-Kaunter-Untuk-Tukar-Kad-Debit-CIMB-Bank-.html