Kawin Elok Elok Tak Pa Jangan Kawin Online
Khalid Samad dibenar poligami, serah banglo, penthouse kepada isteriFMT Reporters -January 20, 2022
Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Khalid Samad berpoligami selepas beliau bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar.PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam membenarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berpoligami selepas bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar.
Hakim Abdul Halim Abdullah membuat keputusan itu dengan membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton bagi melakukan penyelesaian secara baik dengan suaminya di hadapan beliau.
Peguam dari Tetuan Asri Musa & Co yang mewakili Zaiton, Nurfarhana Abd Manaf berkata, anak guamnya mengarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan hak-hak sebagai isteri pertama ditunaikan.
“Kita telah membuat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim.
“Khalid sebagai plaintif bersetuju hendak memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang bersama sebuah penthouse yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam, ditukar kepada Zaiton.
“Kemudian beliau juga bersetuju memberikan sebuah kereta yang sedang digunakan iaitu Proton X70 selain tambahan elaun iaitu kad kredit kepada defendan. Selain itu, dalam perjanjian tersebut turut direkodkan nafkah bakal isteri yang akan diberikan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.
Menurutnya, pertukaran nama terhadap hartanah dan kereta di atas nama Zaiton akan dilakukan sebaik sahaja bayaran sewa beli dan ansuran diselesaikan.
Pada 8 Disember lalu, Zaiton memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum Pendaftar Mahkamah, Norbyetty Mohd Nasir membenarkannya dan menetapkan sebutan semula pada 20 Disember lalu.
Sementara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan menolak hal peribadinya perlu dikaitkan dengan pendiriannya dalam parti.
“Itu isu peribadi, tak perlu hendak diheboh-hebohkan, saya cuma ikut peraturan sahaja. Cadangan saya kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang, ikut peraturan,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/01/kawin-elok-elok-tak-pajangan-kawin.html