Kawan Semenanjung Kurang Loghat Sabah Pekat Sangat Takut Dengan Pengarah Tracie Sinidol Tak Putus Asa
Tracie Sinidol Akui Tidak Minat Sertai Pertandingan Ratu Cantik Miss Malaysia.
(📸 ©kopiplanet.com)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
“Kawan Semenanjung Kurang…,” – Loghat Sabah Pekat Sangat & Takut Dengan Pengarah, Tracie Sinidol Tak Putus Asa
Pelakon meningkat naik, Tracie Sinidol akui berdepan sedikit cabaran untuk bertutur dalam Bahasa Melayu tanpa menggunakan loghat Sabah sepanjang membintangi drama, Luruhnya Bunga Cinta.
(📸 ©mediahiburan.my)
Menurut Tracie, dia mengambil inisiatif untuk memperbaiki pertuturannya dengan bersembang dengan kesemua kru ketika di set penggambaran.
Ia agak mencabar buat saya.
(📸 ©mediahiburan.my)
“Semasa saya pertama kali datang ke set drama ini, loghat Sabah saya sangat pekat. Saya kena kurangkan slang Sabah itu.
“Pada awalnya, saya tak tahu nak buat macam mana. Kawan semenanjung pun tak ramai. Jadi, apa yang saya buat, bila datang ke set, saya bercakap Bahasa Melayu dengan semua kru yang ada setiap hari.
“Lama-lama dialog saya dalam lakonan semakin baik. Saya baru setahun menetap di Semenanjung. Saya takut juga orang mengkritik Bahasa Melayu saya, tapi saya sudah buat yang terbaik,”katanya kepada MH.
Juara Dewi Remaja 2022 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Luruhnya Bunga Cinta baru-baru ini.
Pada masa sama, bintang berusia 22 tahun ini akui agak gemuruh untuk berhadapan dengan pengarah memandang ini merupakan kali pertama dia membawakan yang sarat dengan emosi.
(📸 ©mediahiburan.my)
“Saya seorang yang mudah gemuruh. Jadi, macam mana saya mengatasinya adalah dengan bersembang dengan pengarah supaya kita rasa lebih selesa dan tiada tekanan.
Selain Tracie, drama ini turut dibintangi barisan pelakon sepeti Redza Rosli, Nabila Razali, Auni Yusri dan Zila Bakarin.
(📸 ©mediahiburan.my)
“Pada mulanya, saya merasakan pengarah seorang yang garang tapi bila melihat daripada perspektif lain, dia bukan garang sebaliknya mahu kita menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, meskipun ada kalanya dia berasa tertekan untuk memenuhi kehendak pengarah, namun, hal itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan kualiti lakonan terbaik.
(📸 ©mediahiburan.my)
“Perasaan putus asa tu tiada tapi rasa breakdown itu sudah semestinya ada. Bila kita sudah bersetuju untuk menjayakan sesebuah drama, kita kena habiskan apa yang kita mula.
“Agak mencabar bagi saya untuk membawakan watak yang penuh emosi. Ada kalanya saya tertekan dengan tertekan dengan kehendak pengarah.
“Namun, bila pulang, saya akan ulangkaji, lihat semula lakonan saya, perbetulkan ekspresi dan berbincang dengan Redza. Akhirnya saya dapat apa yang pengarah mahukan,” akhirinya.
Terdahulu, Luruhnya Bunga Cinta merupakan adaptasi merupakan daripada drama popular Korea Selatan, Autumn In My Heart.
(📸 ©kimchidaily.net)
Selain Tracie, drama ini turut dibintangi barisan pelakon sepeti Redza Rosli, Nabila Razali, Auni Yusri dan Zila Bakarin.
SOURCE:
mediahiburan.my
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2023/09/kawan-semenanjung-kurang-loghat-sabah.html