Kawan Kawan Yang Hilang


 
Saya ingat lagi waktu Tingkatan 2, guru bahasa Inggeris saya sering menyediakan nota tambahan kepada pelajar kelas dengan mencetaknya menggunakan mesin gelek Gestetner. Nota tersebut diagihkan secara percuma sebagai alat bantuan mengajar. Untuk memudahkan kami faham, Cikgu Yap sering menggunakan nama kami dalam ayat-ayat yang dibuatnya. Nama saya pun Cikgu Yap pernah guna dan dek kerana ayat ‘Affandi is very loyal to his friends‘ itu membuatkan saya tahu apa makna ‘loyal‘ setelah merujuknya di kamus. Saya bukan sahaja bangga Cikgu Yap menggunakan nama saya malah terkejut Cikgu Yap seakan tahu sifat saya yang menurut peribadi saya memang setia dengan kawan. Saya rasa saya memang menghargai sebuah persahabatan.
Sekitar 10 tahun lalu saya terserempak dengan seorang kawan lama waktu zaman bujang dahulu. Untuk menggambarkan betapa akrabnya kami dahulu ialah setiap hujung minggu kami pasti berkumpul, makan-minum bersama, menonton wayang dan berjalan ramai-ramai cuci mata di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Kerana teruja, saya pun berlari mendapatkannya dan memperkenalkan diri. Dia mengangguk, senyum dan bersalam. Walaupun ada bertanya sepatah dua tetapi saya perasan keghairahan dia bertemu semula dengan saya tidak sama dengan ghairahnya saya. Dia seperti hendak tak hendak. Senyumnya pun nampak tawar. Kerana saya kerap berurusan di situ, di jabatan tempat dia bekerja — sering jugalah bertembung dan bertegur sapa. Sehinggalah apabila saya rasa dia tidak selesa setiap kali bertemu, saya pun buat keputusan untuk tidak lagi menyapa. Pada masa lainnya apabila terlihat kelibatnya saya buat-buat tak nampak. Meskipun ekor mata saya dapat melihat yang dia nampak saya, ternyata dia tidak mahu datang. Sejak itu persahabatan itu saya lepaskan.
Pada awalnya rasa terkilan. Saya fikir mungkin dia malu dengan jawatannya di jabatan itu kerana sewaktu zaman kami sama melepak dahulu, dia yang lima tahun lebih tua menyatakan kerjanya ‘bagus’. Barangkali dia berasa tembelangnya pecah. Jujurnya, saya tak pedulikan semua itu. Persahabatan jauh lebih penting daripada jawatan dan harta. Persahabatan dijalin bukan kerana kerjaya tetapi tautan hati dan fikiran. Kalau hati dan fikiran boleh bersama, pangkat dan jawatan tak ada makna.
Sewaktu kecil kita pasti ada kawan sepermainan. Tentu kita ingat pada waktu itu semua setaraf. Bermain, mengaji, belajar dan ke mana-mana pasti bersama. Apabila meningkat dewasa kita berjalan mengikut arah sendiri. Masing-masing dengan bekalan yang ada mula membina kehidupan. Daripada sinilah ada di antara kita berasa diri tercicir berbanding rakan-rakan yang lain. Bagi mereka tuah tidak menyebelahi diri berbanding yang lain dirasakannya berjaya. Atas sebab itu ada di antara mereka berasa kerdil lalu memencilkan diri. Mereka malu untuk bertemu kerana tidak mahu ditanya macam-macam. Mereka menganggap diri mereka ditewaskan. Ada pula yang berasa dirinya besar dan tidak mahu dilihat bersama kita. Jika duduk di dalam majlis, mereka lebih gemar duduk di bilik khas VIP.
“Biarlah, nanti dia mati kita hantar ke kubur VIP!” kata kawan sepermainan yang kekal di kampung dan sudah bertahun mengusahakan kedai makan.
Pernah juga saya bertembung dengan seorang kawan yang lain. Kerana wajah kami seakan, waktu itu ramai kawan menyangka kami adik-beradik. Sebab saya tidak ada saudara lelaki, saya anggap dia seperti abang. Tambahan pula dia memanggil saya adik. Pastilah saya berasa sangat gembira apabila dapat bertemu semula setelah hilang tanpa khabar hampir 20 tahun. Tetapi apabila saya menyapa dan menceritakan semua hal yang saya katakan tadi — dia berkerut dan tak mampu untuk mengingatinya semula.
“Ya ke? Aku lupalah!” katanya meskipun dia akui memang betul fakta yang saya ceritakan seperti di mana tempat kami lepak dan dengan siapa. Apabila dia gagal mengecam saya walhal ada beberapa peristiwa yang berlaku melibatkan kami berdua sahaja dan adalah sangat mustahil jika terlupa, ini membuatkan saya sedih.
Saya mulai faham bahawa cara kita semua mengingat tak sama. Ada perkara yang sangat kita ingat dan hargai sepanjang hidup tetapi bagi orang lain tiada makna. Ketika kita berasa sesuatu peristiwa itu cukup penting untuk dikenang, bagi sesetengah orang itu hanyalah hal biasa. Yang berlalu, sudah berlalu. Tiada apa yang mahal untuk diromantiskan.
Begitu juga beberapa kawan di media sosial yang tidak pernah saya temui. Di Facebook, komen-mengomen dan gurauan berterusan bertahun-tahun seolah-olah kita mengenal hati-budi masing-masing. Tau-tau kita sudah dikeluarkan daripada senarai ‘friend‘. Patutlah dah lama tak nampak mengomen! Puncanya kerana pandangan politik tak sama. Mungkin marah sebab parti politik yang disokongnya kita kritik. Apa boleh buat? Begitulah!
Mujurlah saya masih ada lagi kawan-kawan yang bukan sahaja dikenali setakat di media sosial sahaja tetapi secara peribadi juga. Mereka cukup faham catatan Facebook saya dahulu cukup politikal tetapi mereka tidak masuk komen. Seronoknya sehingga hari ini kami boleh sahaja duduk bersama-sama bergelak ketawa apabila bertemu tanpa mencuit topik yang mana prinsip kami berbeza. Jika ada pun, ia dibualkan dengan cara yang selamat. Saya sangat hargai kawan-kawan saya yang memahami antara idealisme dan silaturrahim ini, tak kiralah mereka itu orang Umno, PAS, PKR mahu pun DAP. Tidak kiralah mereka itu Salafi, Wahabi, Syiah atau Sunni — mereka setia berkawan dan boleh melapangkan masa diajak mengopi.
Yang hilang, menjauh diri itu saya anggap mereka tak betul-betul kenal saya.
Nanti dulu! Dalam hal ini saya juga menginsafi diri yang mana mungkin ada di antara kawan-kawan juga berasa kecewa dengan saya. Barangkali apa yang saya alami terkena juga ke atas mereka disebabkan oleh kelemahan saya. Mungkin ada di antara mereka menganggap saya ini kawan yang baik tetapi saya pula yang dilihat tidak bersungguh.
Hakikatnya begitulah. Dalam kita melihat orang, terlupa kita melihat diri kita. Sebagaimana ada kawan yang kita jauhkan kerana kita tidak mahu dengannya, begitu juga kita. Pasti ada kawan yang berasa kita patut dikeluarkan daripada senarai utama atas sebab-sebab yang mereka percaya perlu dibuat.
Sudah memang jadi lumrah hidup. Kawan-kawan datang dan pergi sepanjang usia dan perjalanan. Jalan yang mana kita lalu, perhentian yang mana kita singgah, di situ akan ada kawan. Apabila kita teruskan perjalanan akan ada yang ikut dan ada juga yang kita tinggalkan. Di persinggahan seterusnya akan ada lagi teman yang menunggu — menyumbang pengalaman dan kenangan.
Yang pasti, hilangnya ramai dan yang kekal hanya sedikit. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/kawan-kawan-yang-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesawat Bawa 10 Orang Hilang

Pesawat Bawa 10 Orang Hilang

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 123 hits
KOSMOSEBUAH pesawat milik Bering Air Caravan dirakam di Amble pada April 2022 AGENSIWASHINGTON Sebuah pesawat komersial kecil membawa 10 orang dilaporkan hilang di negeri Alaska barat laut Amerika Syarikat semalam demikian menurut pihak ber...
Gadis Ini Sudah 10 Hari Hilang Gagal Dikesan

Gadis Ini Sudah 10 Hari Hilang Gagal Dikesan

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 108 hits
10 hari hilang Nur Alya gagal dikesanMOHAMAD FAIZAL HASHIMNUR ALYA ATIQAH yang dilaporkan hilang gagal dikesan sejak 3 Februari lalu JOHOR BAHRU Polis sedang mengesan pelajar perempuan sebuah politeknik di Taman Putra di sini yang dilaporka...
Lelaki Hilang Lebih Rm3 Bilion Di Tapak Pelupusan Sampah

Lelaki Hilang Lebih Rm3 Bilion Di Tapak Pelupusan Sampah

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 135 hits
KOSMOJames Howells mahu membeli tapak pelupusan sampah selepas kehilangan Bitcoin bernilai RM3 3 bilion ShutterstockLONDON Seorang lelaki nekad membeli sebuah tapak pelupusan sampah di Wales United Kingdom selepas dia kehilangan sejumlah be...
Hilang Karakter Sebenar Awak Ada Yang Kritik Psy Minta Maaf Dek Dah Makin Langsing

Hilang Karakter Sebenar Awak Ada Yang Kritik Psy Minta Maaf Dek Dah Makin Langsing

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 148 hits
Ada juga nampaknya yang tak boleh terima penampilan baru Psy Artikel Berkaitan Baru baru ini penyanyi yang popular dengan lagu seperti Gangnam Style dan Gentleman iaitu Psy telah memuat naik foto baru di Instagram di mana dia membandingkan ...
Hanya Demi Konten Sengaja Diada Adakan Influencer Hilang

Hanya Demi Konten Sengaja Diada Adakan Influencer Hilang

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 112 hits
Pula dah Caprice dedah influencer hilang ketika buat paranormal sebenarnya palsuSITI NUR ZAWANIPenyanyi rap yang juga aktivis Caprice mendakwa insiden kehilangan seorang pempengaruh dikenali sebagai Eyka di hutan di Bandung Indonesia adalah...
Pempengaruh Malaysia Hilang Di Hutan Bandung Ditemukan Lemah Terbaring

Pempengaruh Malaysia Hilang Di Hutan Bandung Ditemukan Lemah Terbaring

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 129 hits
Sinar HarianTangkap layar penemuan Eyka di TikTok Arasz SHAH ALAM Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan di Bandung Indonesia ditemukan selamat pada malam Rabu Gadis berusia...
Pernah Tak Hilang Beg Masa Travel

Pernah Tak Hilang Beg Masa Travel

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 178 hits
Malam tadi sedang bersiap untuk tidur tiba tiba telefon berbunyi Rupanya kakak dari Oman mengirim pesan katanya ada ole ole untuk ai sehelai shawl dari sana Terhibur pula hati Bukan kerana shawl semata mata tetapi kerana ingatan itu Dalam b...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh