Kawal Selia Bnm Solusi Interim Tidak Ubah Sifat Asal Th Mof


 Siti Hafidah
Persepsi konsep riba raih pulangan terbaik daripada pelaburan tidak timbul sama sekali KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) hari ini menegaskan bahawa langkah pengawalseliaan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu solusi atau penyelesaian interim.
Sehubungan itu, MoF berkata, ini tidak akan mengubah sifat asal TH sebagai agensi unggul khususnya dalam pengurusan jemaah haji bagi menunaikan Rukun Islam kelima sebagaimana termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
“Selain itu, hal ehwal haji masih kekal di bawah tanggung jawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
“Lembaga Pengarah dan badan pengurusan TH tetap mempunyai tanggungjawab utama dalam menentukan hala tuju TH serta pengurusan dan operasi haji,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Menurut MoF, usaha kawal selia TH berkaitan pengambilan deposit serta pengurusan risiko dan kecairan atau mudah tunai oleh BNM juga satu solusi interim yang akan dilaksanakan sehingga hasil dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentangkan untuk pertimbangan selanjutnya di pihak kerajaan.
“Memandangkan TH menerima deposit daripada bakal jemaah haji serta orang ramai dan kerajaan menjamin wang simpanan pendeposit tersebut di bawah Akta 535, maka amat wajar ianya dikawal selia dengan lebih baik serta dapat terus menjana pendapatan daripada pelaburan yang patuh Syariah.
“Penambahbaikan kawal selia TH adalah selaras dengan hasrat kerajaan supaya TH kembali ke mandat asal penubuhannya iaitu menguruskan simpanan pendeposit untuk tujuan menunaikan haji di samping simpanan untuk pelaburan,” katanya.
MoF juga menegaskan bahawa TH adalah sebuah institusi kewangan yang dianggap penting untuk sistem kewangan negara berikutan jumlah depositnya yang kini mencecah RM82 bilion, dan saling hubung yang rapat dengan sistem kewangan terutama sebagai pemegang saham terbesar Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam).
“Oleh itu penetapan kawal selia di bawah BNM yang masih berlandaskan konsep Syariah akan memantapkan tadbir urus dan memastikan tiada penyalahgunaan dana yang boleh memaksa kerajaan menggantikan wang pendeposit berikutan jaminan kerajaan,” katanya.
Jelas MoF, sebagai sebuah institusi yang berkait rapat dengan sistem kewangan negara dan tentunya mempunyai kepentingan sistemik, kerajaan perlu turut memastikan agar kedudukan kewangan TH terus diperbaiki dan diperkukuh.
“Deposit mencecah RM82 bilion iaitu 10 peratus daripada jumlah deposit sistem perbankan Islam negara perlu ditadbir dengan baik berteraskan konsep semak dan imbang kerana sebahagian daripada deposit berkenaan diletakkan di institusi perbankan Islam.
“Tindakan pengeluaran deposit secara mendadak berupaya mencetuskan masalah kecairan bagi institusi perbankan Islam dan memberi kesan ke atas sistem kewangan Islam Malaysia.”
Kementerian itu juga menegaskan bahawa ia sedia maklum mengenai perbezaan mandat serta peranan TH berbanding institusi perbankan yang lain.
Justeru, jelasnya, skop pengawalseliaan BNM pada waktu ini sementara menunggu selesainya RCI, adalah hanya tertumpu kepada aspek pengambilan deposit serta pengurusan risiko dan kecairan dengan rangka kerja pengawalseliaan yang berbeza daripada peraturan am dipatuhi oleh institusi perbankan lain.
MoF berkata, persepsi berhubung konsep riba bagi meraih pulangan terbaik daripada pelbagai pelaburan untuk manfaat pendeposit juga tidak timbul sama sekali kerana BNM mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang berpengetahuan, berpengalaman serta turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Kesemua usaha ini bertujuan untuk terus melindungi hak-hak pendeposit dan memastikan segala pelaburan oleh TH adalah berlandaskan prinsip Syariah,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/kawal-selia-bnm-solusi-interim-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawal Selia Bnm Ke Atas Tabung Haji Tidak Hakis Hak Menteri Umat Islam

Kawal Selia Bnm Ke Atas Tabung Haji Tidak Hakis Hak Menteri Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 362 hits
AGENDA DAILY Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Pengawalseliaan oleh Bank Negara Malaysia ke atas Tabung Haji bertujuan memperkasakan agensi dan meletakkannya kepada tadbir urus yang diyakini kata Men...
Th Jahanam Kerana Orang Politik Anwar Juga Tak Setuju Kawal Selia Bnm

Th Jahanam Kerana Orang Politik Anwar Juga Tak Setuju Kawal Selia Bnm

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 335 hits
PENYAMUN MENCURI WALAUN DAN WLAUNCAI SIBUK MEMFITNAH TABUNG HAJI DENGAN BERBAGAI ISU AKHIRNYA NAK MELINGKUP PENYAMUN DIAM DAN PEMFITNAH SOROK DALAM TEMPURUNG Anwar Ibrahim berpendapat Lembaga itu perlu dikemudi oleh individu yang bebas dari...
Terkini Sifat Asal Tabung Haji Tidak Berubah Janji Temu Vaksinasi Remaja Tidak Diberikan Lagi

Terkini Sifat Asal Tabung Haji Tidak Berubah Janji Temu Vaksinasi Remaja Tidak Diberikan Lagi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 305 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Placing Th Under Bnm An Interim Solution Finance Ministry

Placing Th Under Bnm An Interim Solution Finance Ministry

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 228 hits
The regulation of Lembaga Tabung Haji under Bank Negara Malaysia is an interim solution and will not change the original nature of TH as a superior agency especially in the management of pilgrims to fulfil the fifth pillar of Islam as stipu...
Lagi Teruk Trust Deficit Bila Merapu Ubah Sana Sini

Lagi Teruk Trust Deficit Bila Merapu Ubah Sana Sini

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 245 hits
PASAL ni lah ubah Polisi ubah peraturan sesukati mak bapak depa dengan SOP yang tak masuk akal sehingga FDI pun susah nak masuk Pelabur sediada pun kecewa dan lari Ini terbukti bila Duta US pun cakap macamni Ada Pelabur yang saya kenal dah ...
Berani Berubah Ubah Tren Dengan Wedding Digital

Berani Berubah Ubah Tren Dengan Wedding Digital

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 202 hits
Alki sebagai ujung tombak dalam tim tidak bisa berdiam diri sementara dia dan teman temannya membutuhkan pemasukan Alki harus cepat mengambil keputusan untuk tetap berjuang di masa pandemi
Mona Din Geram Dengan Dakwaan Siti Bainun Kongsi Sifat Sebenar Bella

Mona Din Geram Dengan Dakwaan Siti Bainun Kongsi Sifat Sebenar Bella

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 560 hits
Kisah sedih mengenai remaja perempuan OKU bernama Bella yang dipercayai didera dan tular di media sosial baru baru ini telah menarik perhatian netizen
Bawah 5 Tahun Penting Untuk Bermain Rumah Sepah Boleh Kemas Tapi Anak Ketagih Gajet Susah Nak Ubah

Bawah 5 Tahun Penting Untuk Bermain Rumah Sepah Boleh Kemas Tapi Anak Ketagih Gajet Susah Nak Ubah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 433 hits
Bila PKPD dilaksanakan memang tak dapat biarkan anak anak bermain di luar namun ianya bukan alasan untuk menghalang anak anak bermain di dalam rumah Bermain sangat penting untuk perkembangan anak anak terutama anak dibawah umur 5 tahun Kena...
Jauhi Sifat Iri Hati Dan Dengki

Jauhi Sifat Iri Hati Dan Dengki

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 1007 hits
Assalamualaikum SALAH satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu Orang yang mengharapkan hi...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap