Kawal Kemudahan Pinjaman Di Negara Ini Syarikat Kredit Perlu Diletak Di Bawah Bnm Berita Harian 05 02 2024


 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kemudahan pinjaman kewangan di negara ini dikawal dan tidak diberikan secara mudah dengan mengenakan syarat yang ringan.
Setiausaha Kerjanya, Zharif Johor, berkata pihak berwajib perlu mengetatkan syarat pinjaman dengan mengimbangi keperluan komersial dan kesan sosial.
Beliau berkata, ini kerana pihaknya mendapati ramai orang muda seawal usia belasan tahun 'hilang' masa depan akibat disenarai hitam atau mempunyai laporan kredit yang buruk disebabkan hutang bersifat remeh.

Katanya, PPIM sendiri banyak menerima aduan daripada ibu bapa berhubung budaya berhutang anak mereka, malah ada yang terjebak menjadi 'hamba' hutang seawal usia 15 tahun.

Zharif Johor
"Berdasarkan maklumat kami peroleh, syarat yang dikenakan bagi sesuatu pemberi kredit ialah cukup umur, ada pendapatan atau penjamin yang berpendapatan.
"Selain itu, satu pertiga atau satu perempat pendapatan dibolehkan untuk membayar ansuran. Sekiranya gaji RM1,500, mereka boleh mengambil motor yang ansuran bulanan RM500.
"Jadi, harus diteliti kesan kepada peminjam sekiranya gagal membayar. Mereka ini akhirnya tidak mampu membina masa depan yang baik kerana sebahagian besar pendapatan digunakan untuk membayar faedah, penalti dan kos guaman," katanya kepada BH, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan BH bahawa semakin ramai anak muda berusia seawal 19 tahun dikesan menjadi 'hamba' hutang dengan kebanyakan mereka mula terbeban apabila melakukan pembiayaan motosikal melalui agensi kredit.
Keadaan itu seterusnya semakin menjerat kehidupan apabila mereka memasuki alam perkahwinan, meningkatnya jumlah anak atau tanggungan ahli keluarga sehingga menuju era persaraan.
Pada masa sama, Zharif berkata, tindakan kepada pengusaha yang memberi kemudahan bagi mereka yang tidak layak juga perlu dikuatkuasakan.
Selain itu, katanya, penting juga supaya advokasi berterusan kepada golongan muda mengenai mudarat kerosakan reputasi kredit atau laporan kredit dibuat.
"Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mengawal serta mempengaruhi keputusan anak mereka membabitkan perancangan kewangan terutama urusan pinjaman.
"Kami sedar ini pasaran terbuka, adanya pembeli dan penjual, namun harus kita akui sebahagian besar anak muda tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan.
"Kami dapati ramai peniaga mengambil kesempatan menjual pada harga tinggi secara kredit kepada anak muda yang terdesak mahukan motosikal walau dengan apa saja syarat. Golongan ini gagal berfikir waras dan didorong oleh nafsu kemahuan," katanya.

Sementara itu, penganalisis ekonomi, Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor, berkata pihaknya melihat anak muda mula menjadi 'hamba' hutang apabila mula mengamalkan budaya berhutang secara kecil-kecilan seperti membeli telefon bimbit dan televisyen.

Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor.
Beliau berkata, mereka akhirnya terjerat apabila hutang yang bermula secara kecil-kecilan menjadi bertindih, sehingga tidak mampu dibayar.
Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu mengawal 'tawaran' hutang ini dengan meletakkan semua syarikat kredit di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).
"Permintaan akan sentiasa ada, jadi usaha untuk mengawal tawaran perlu dilakukan dengan meletakkan semua syarikat kredit di bawah BNM.
"Sekarang ini terlalu mudah, jika diletakkan di bawah BNM, syarikat kredit boleh menyediakan laporan berhubung corak peminjam dan melalui kaedah itu, pinjaman anak muda boleh dikawal," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
'KAWAL KEMUDAHAN PINJAMAN DI NEGARA INI, SYARIKAT KREDIT PERLU DILETAK DI BAWAH BNM'

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1209012/kawal-kemudahan-pinjaman-di-negara-ini-syarikat-kredit-perlu-diletak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/02/kawal-kemudahan-pinjaman-di-negara-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rutin Harian Dan Jadual Kerja Rumah 2024

Rutin Harian Dan Jadual Kerja Rumah 2024

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 261 hits
Orang kata Januari ni trial month Jadi saya mulakan semangat tahun baru saya pada Februari ni Moga moga kekal rajin lah sehingga akhirnya Rutin harian dan jadual kerja rumah tu hanya lah sekadar guidelines Ofc tak fix pun Tapi sebab saya se...
Ucapan Yab Pm Dalam Majlis Jamuan Negara 27 Januari 2024

Ucapan Yab Pm Dalam Majlis Jamuan Negara 27 Januari 2024

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 205 hits
Ucapan YAB PM dalam Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan KDYMM Yang di Pertuan Agong Ke 16 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah
Ppim Puji Ketegasan Ketua Polis Negara Kenyataan Media Ppim 05 02 2024

Ppim Puji Ketegasan Ketua Polis Negara Kenyataan Media Ppim 05 02 2024

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 358 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengucapkan tahniah atas ketegasan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam membetulkan segala kepincangan dalaman pasukan keselamatan itu Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi menyifa...
Langsung Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2024 13 Feb 2024

Langsung Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2024 13 Feb 2024

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 227 hits
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengadakan Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2024 bertemakan Kitalah Benteng Malaysia di Putrajaya AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confi...
Nasionalis Desak Kor Ming Letak Jawatan Sinar Harian 08 02 2024

Nasionalis Desak Kor Ming Letak Jawatan Sinar Harian 08 02 2024

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Islam mendesak kerajaan memecat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang didakwa mencetuskan perpecahan kaum Ia susulan cadangan meletakkan Kampung Baru Cina di Selango...
Polres Rohil Kawal Ketat Pergeseran Surat Suara Pemilu 2024 Di Rohil

Polres Rohil Kawal Ketat Pergeseran Surat Suara Pemilu 2024 Di Rohil

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 228 hits
Sebanyak 949 TPS Surat Suara untuk 9 Kecamatan di Rohil dipindahkan oleh staf KPU Daerah Kabupaten Rohil
Lg Unveils Latest Hvac Solution At Ahr Expo 2024

Lg Unveils Latest Hvac Solution At Ahr Expo 2024

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 312 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraLG UNVEILS LATEST HVAC SOLUTIONS AT AHR EXPO 2024Company s Focus on Sustainable Solutions Whole Home Electrification and Commercial Innovations on Display at World s Largest HVAC Industry Tradeshow LG Elec...
Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Carsome Unveils Official Fam Fleet

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maryline Feat Saba Dimsond Laya Gawai Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Lavender Garden

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Lirik Lagu Carilah Aku Di Neraka Fadzli Fareast

Ameerais Puaskah Chord