Kau Tak Patut Lahir Syura Kenang Kisah Gelap Bersalin Anak Bongsu 2 Tahun Lepas


Syura Badron, nama yang cukup sinonim dengan dunia seni. Tapi di sebalik suara merdu dan senyuman manisnya, siapa sangka dia pernah melalui saat-saat paling sukar dalam hidupnya selepas melahirkan anak bongsu, Muhammad Umar Eussof.

Perasaan sedih, buntu dan keliru datang bertimpa-timpa sampai satu tahap, Syura sendiri pernah terfikir… mungkin tak sepatutnya ada bayi itu. Tapi itulah realiti post partum depression yang ramai ibu rasa, tapi jarang nak cerita.
“Kita rasa menyesal dengan apa yang jadi, menyesal bersalin. Saya cakap dengan baby, kau tak patut lahir.”
Anak Dah Besar, Tiba-Tiba Ada Bayi Semula
Setelah bertahun membesarkan anak-anak yang kini semuanya makin meningkat remaja, kehadiran Umar semula ibarat ‘reset button’ buat Syura. Daripada rutin hidup yang dah stabil, tiba-tiba dia kembali berjaga malam, menyusu, menukar lampin — semua terasa asing dan kekok. Lebih mencabar bila Umar seorang bayi yang high demand, sedangkan anak-anak terdahulu semuanya mudah dijaga.

“Memang saya jenis independent. Tak pernah pantang dengan mak atau mak mentua. Semaunya sendiri, sama jugalah dengan Umar. Cuma bezanya dengan dia, saya ada dapatkan khidmat CL tapi mandikan anak semua saya buat. CL hanya bantu untuk uruskan saya sahaja.”
Tambah Syura ketuika berpantang, suamiya bekerja. Untuk memastikan dirinya sentiasa okay, Syura akan menghubungi suami atau sepupu rapatnya untuk berkongsi perasaannya.
Terlalu Banyak Info, Terlalu Banyak Tekanan
Syura turut akui, zaman dulu dan sekarang sangat berbeza. Dulu, dia lebih yakin ikut naluri. Tapi sekarang, dengan lambakan info dari aplikasi dan media sosial, dia jadi terlalu memikir. Semua benda nak betul. Semua kena ikut buku. Tapi semua itu akhirnya buat dia rasa makin tak yakin. Tapi sebagai ibu, kita memang sentiasa rasa tak cukup, sebab kita nak beri yang terbaik.

“Semua anak saya sebelum ni mudah dijaga. Tak ada masalah. Jenis nak menyusu tahu bangun sendiri. Kalau tidur pun tak perlu nak ditidurkan. Semuanya jenis yang independent. Berbeza dengan Umar ni, asal dia buka je mata dia menangis. Dengan saya pun menangis dan timbul rasa menyesal berkahwin dan bersalin. Saya bertanya pada diri, kena nak kena lalu semua benda ni sedangkan anak-anak semua dah besar.”
Bukan Lemah, Tapi Jujur
Apa yang buat kisah Syura begitu menyentuh ialah keberaniannya untuk throwback dan cerita semua ni secara terbuka. Dia tak cerita sebab nak raih simpati, tapi sebab dia tahu… ada ramai ibu yang pernah rasa benda yang sama, tapi simpan dalam hati.

Bila Syura kongsi, mak-mak lain pun rasa, “Eh, aku pun pernah rasa macam tu… dan aku tak gila.” Itu kekuatan sebenar seorang wanita — mengaku pernah jatuh, tapi tetap bangun, walaupun perlahan.
Saksikan video temu bual eksklusif bersama Syura;
 
The post “Kau Tak Patut Lahir.” Syura Kenang Kisah ‘Gelap’ Bersalin Anak Bongsu 2 Tahun Lepas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kau-tak-patut-lahir-syura-kenang-kisah-gelap-bersalin-anak-bongsu-2-tahun-lepas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Kisah Kami 20 Tahun Lepas Hargai Isteri Coretan Dato Alif Syukri Undang Sebak

Ini Kisah Kami 20 Tahun Lepas Hargai Isteri Coretan Dato Alif Syukri Undang Sebak

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 36 hits
Terus Menyentuh Hati Perkongsian Dato Aliff Syukri Tentang 20 Tahun Perkahwinan Buat Ramai Sebak Selalu kita kenal Dato Aliff Syukri ni dengan gaya yang ceria kelakar suka menyakat orang dan penuh dengan drama yang mencuit hati Tapi kali ni...
Ramai Tak Kisah Keluar Jalan Jalan Lepas Bersalin Perlu Ke Atau Sekadar Fomo

Ramai Tak Kisah Keluar Jalan Jalan Lepas Bersalin Perlu Ke Atau Sekadar Fomo

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 111 hits
Bagi masyarakat Melayu amalan berpantang selama 44 hari selepas bersalin dianggap sebagai satu tempoh suci dan wajib dipatuhi bagi memulihkan semula ibu hamil Ibu bukan saja perlu menjaga makan dan minum malah digalakkan untuk berehat sepen...
10 Tahun Hubungan Haram Kim Minhee Lahir Anak Luar Nikah Hong Sangsoo

10 Tahun Hubungan Haram Kim Minhee Lahir Anak Luar Nikah Hong Sangsoo

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 168 hits
Kim Min hee dan pengarah Hong Sang soo telah menyambut kelahiran seorang anak lelaki BACA Menurut laporan industri perfileman pada 8 April lalu pelakon itu dilaporkan sedang dalam tempoh berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu selepas bers...
Lepas 5 Tahun Bercerai Dengan Ahn Jaehyun Gu Hyesun Sudah Temui Cinta Baru

Lepas 5 Tahun Bercerai Dengan Ahn Jaehyun Gu Hyesun Sudah Temui Cinta Baru

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 136 hits
Adakah Gu Hye sun sudah memasuki fasa baru hidupnya Artikel Berkaitan Lima tahun selepas perceraian dengan pelakon Ahn Jae hyun bintang ini baru baru ini memuat naik beberapa foto mesra di media sosial yang ditafsirkan oleh peminat sebagai ...
Sibuk Layan Cucu Rupa Rupanya Anak Bongsu Sheira Ijoy Tak Senang Duduk

Sibuk Layan Cucu Rupa Rupanya Anak Bongsu Sheira Ijoy Tak Senang Duduk

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 130 hits
Bila usia makin meningkat keutamaan hidup pun mula berubah Itulah yang dialami oleh pelakon penyampai radio dan pengacara terkenal Sharifah Shahirah atau mesra disapa sebagai Shiera Kalau dulu namanya sinonim dengan dunia hiburan dan jadual...
Selesai Tugasku Iringimu Di Dunia Kisah Sebak Lelaki Berkhidmat 21 Tahun Dengan Pak Lah Raih Perhatian

Selesai Tugasku Iringimu Di Dunia Kisah Sebak Lelaki Berkhidmat 21 Tahun Dengan Pak Lah Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 175 hits
Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah telah kembali ke rahmatullah pada hari berkenaan Pemergian beliau buka...
Dr M Buka Kapsul Masa Wawasan 2020 Lepas 28 Tahun

Dr M Buka Kapsul Masa Wawasan 2020 Lepas 28 Tahun

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 115 hits
N Faizal GhazaliWalau dalam keadaan tangan berbalut kerana kecederaan tertentu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad membuka kapsul masa Wawasan 2020 pada program yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur hari ini Kapsul masa yang disimpa...
Kisah Bapa Anak Unta

Kisah Bapa Anak Unta

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 96 hits
Kisah seorang bapa dan anaknya keluar dengan seekor unta Anak menyuruh bapanya menaiki unta dan mereka beriringan berjalan Seorang menegur mengatakan anak itu sepatutnya menunggang unta kerana dia keletihan Bapa merasa bersalah dan menyuruh...
Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like

Future Of Penang Turf Club Land Depends On Owners Says Chow

Peras Ugut Pengunjung Hospital Pengawal Keselamatan Direman

Makan Seafood Sepuas Hati Di Cafe Bld Renaissance Johor Bahru

Lima 25 Kicks Off With Spectacular Aerial Display By Rmaf

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Wear Your Supercar When Automotive Passion Becomes A Lifestyle

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar Dbkl Ppim 19 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Barang Bundle Ada Nilai Tertentu Dan Peminatnya Dari Dalam Dan Luar Negara

Cuaca Panas Kering Luar Biasa

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api