Katil Icu Rawat Pesakit Covid 19 Hampir Kehabisan


hmetro.com
Suraya Roslan
[email protected]

KEADAAN di ICU yang menempatkan pesakit Covid-19 semakin membimbangkan. FOTO ihsan FB Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Kuala Lumpur: Kadar penggunaan katil rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 hospital di Lembah Klang secara purata mencapai 90 peratus pada hari ini dan melebihi ambang amaran.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lebih 20 kes dirujuk ke ICU setiap hari dalam tempoh satu minggu manakala 63 pesakit ICU dengan lebih 25 pesakit kritikal untuk dipantau di wad biasa dan Jabatan Kecemasan di Hospital Sungai Buloh.

Dr Noor Hisham turut berkongsi video suasana pesakit kritikal Covid-19 di ICU Hospital Sungai Buloh, hari ini yang menggunakan ventilator.

Beliau turut menekankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini hampir kekurangan katil di hospital kendalian mereka ketika ini.

"Berkongsi pesakit Covid-19 yang kritikal di ICU Hospital Sungai Buloh.

"Kami hampir kehabisan katil. Jaga diri dan kekal selamat," tulisnya di Facebook rasminya hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkongsi berdasarkan statistik yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, sebanyak enam hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal atau ICU dikhususkan untuk merawat pesakit Covid-19 didapati melebihi ambang amaran dengan kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus.

"Hospital berkenaan ialah Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang mana ada di antaranya sudah pun menghampiri 100 peratus.

"Bagi Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 pada kadar melebihi 50 peratus," katanya.

Menurutnya, Hospital Sungai Buloh yang beroperasi sepenuhnya sebagai hospital Covid-19 akan meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal atau ICU secara berfasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat.

"KKM sudah membuat perolehan peralatan perubatan seperti ventilator sejak 2020 bagi membolehkan Hospital Sungai Buloh meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal apabila terdapat keperluan mendesak.

"Pembedahan dan prosedur elektif di hospital di sekitar Lembah Klang akan dikurangkan atau ditangguhkan bagi membolehkan lebih banyak katil hospital dikhususkan untuk rawatan Covid-19.

"Ini juga membolehkan anggota perubatan dimobilisasikan ke tempat yang lebih kritikal bagi perawatan pesakit Covid-19," katanya.

Menurutnya, KKM juga akan terus bekerjasama dengan hospital swasta, pengajar atau universiti di sekitar Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti katil kritikal.

"Ini termasuk penyumberluaran pesakit bukan Covid-19 bagi kes dan prosedur tertentu untuk dirawat di hospital swasta dengan kos ditanggung oleh kerajaan pada caj rawatan yang telah dipersetujui.

"Penyumberluaran ini telah pun dilaksanakan sejak gelombang kedua pada 2020 dan masih diteruskan sehingga kini," katanya.

Katanya, sekiranya trend peningkatan kes Covid-19 ini berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak yang negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.

"Masyarakat diseru untuk sama-sama membantu KKM dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan mematuhi nasihat kesihatan yang sering ditekankan KKM bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

"Tahap pematuhan 100 peratus semua pihak amat diperlukan bagi membantu negara pulih semula daripada kemelut ini," katanya.

Lagi berita berkaitan Covid-19
Disiarkan pada: Mei 2, 2021 @ 10:59amEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/05/katil-icu-rawat-pesakit-covid-19-hampir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 498 Kes Baru Covid 19 Lebih 500 Pesakit Dalam Icu Hampir 300 Perlu Bantuan Ventilator

4 498 Kes Baru Covid 19 Lebih 500 Pesakit Dalam Icu Hampir 300 Perlu Bantuan Ventilator

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 331 hits
Lebih 500 orang kini ditempatkan dalam unit rawatan rapi pelbagai hospital kerana mengalami masalah kesihatan berkaitan Covid 19 Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kemasukan 506 kes itu merupakan rekod tertinggi yang d...
Covid 19 2 776 New Cases Patients In Icu Rising

Covid 19 2 776 New Cases Patients In Icu Rising

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 322 hits
COVID 19 The Health Ministry today reported 2 776 new Covid 19 cases and the situation is not improving The number of Covid 19 patients who needed intensive care has more than doubled since the recent low recorded on March 11 The number of ...
Kisah Dokter Muda Di India Bekerja 27 Jam Rawat Pasien Covid 19

Kisah Dokter Muda Di India Bekerja 27 Jam Rawat Pasien Covid 19

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 264 hits
Kisah Dokter Muda di India Bekerja 27 Jam Rawat Pasien Covid 19 Rohan Aggarwal merupakan seorang dokter berusia 26 tahun yang berjuang merawat puluhan pasien Covid 19 di Rumah Sakit Holy Family di New Delhi Di tengah lonjakan Covid 19 Aggar...
Pesakit Covid 19 Bersilat Elak Masuk Hospital

Pesakit Covid 19 Bersilat Elak Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 269 hits
Oleh KOSMO JAKARTA Seorang pesakit Covid 19 di Indonesia cuba membuka langkah silat bagi menghalang petugas kesihatan yang memintanya masuk semula ke dalam hospital Menurut laporan Merdeka com semalam rakaman sistem litar televisyen tertutu...
Pengalaman Menjadi Pesakit Covid 19

Pengalaman Menjadi Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 316 hits
Pengalaman Menjadi Pesakit Covid 19 Tak pernah pun terlintas di fikiran untuk menjadi bekas pesakit covid ni Kalau dulu hanya mendengar sahaja tentang pesakit covid ni Tapi bila terjadi kepada diri sendiri baru tau rasanya Sebelum umi memul...
5 Pesakit Covid 19 Bergaduh Seorang Maut Ditikam Pemutar Skru

5 Pesakit Covid 19 Bergaduh Seorang Maut Ditikam Pemutar Skru

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 252 hits
Malaysiakini Salah faham membabitkan lima pekerja warga asing membawa kepada pertengkaran dengan salah seorang daripada mereka mati akibat ditikam semalam Dalam pergaduhan tercetus di kawasan tapak pembinaan di Bandar Perindustrian Mahkota ...
Ambil Perhatian Jumlah Pesakit Icu Elak Sistem Kesihatan Lumpuh Kata Najib

Ambil Perhatian Jumlah Pesakit Icu Elak Sistem Kesihatan Lumpuh Kata Najib

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 164 hits
FMT Reporters May 4 2021Najib Razak berkata jumlah positif setiap hari boleh naik dan turun disebabkan jumlah saringan dibuat setiap hari juga tidak menentu PETALING JAYA Jumlah bilangan pesakit Covid 19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi...
Gempar Inilah Keadaan Sebenar Pesakit Covid 19 Di Hospital Sungai Buloh

Gempar Inilah Keadaan Sebenar Pesakit Covid 19 Di Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 311 hits
Gempar Beginilah keadaan sebenar pesakit Covid 19 di Hospital Sungai Buloh yang telah dikongsikan oleh DG Hisham dilaman page nya Apa yang diberitahu oleh DG Hisham 20 kes dirujuk ke ICU setiap hari dalam tempoh minggu ini sahaja di Hospita...
Health Dg Icu Covid 19 Numbers Hit Record High

Health Dg Icu Covid 19 Numbers Hit Record High

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 258 hits
There are 506 individuals in intensive care due to Covid 19 related reasons revealed health director general Dr Noor Hisham Abdullah Another 295 need ventilators to breathe he said today These are both record numbers The figures shared by N...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord