Katak Pun Batuk Melihat Politik Luncai Sang Pm Kata Subky



Calon-calon yang bertanding dalam PRK Semenyih.

Apa politik paling Luncai?  -Subky LatifTIADA politik paling Luncai selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa selain dari Tuan Guru Presiden PAS dikatakan memberi surat bertanda tangan mengaku PAS tidak sokong Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada 2 Mac ini.Semuanya terkejut dan jika sang katak boleh batuk nescaya batuk ia akan politik Luncai Sang Perdana Menteri Mahathir mengaku menerima surat bertanda tangan dari pemimpin PAS.

Apa yang Luncainya?
Percayakah semua Tok Guru berstatus ulama dunia buat kerja Luncai itu. Sehingga ini sudah 50 tahun mengadakan kuliah dhuha Jumaat, diikuti oleh belasan ribu yang keadaannya tidak pernah susut. Dalam uzurnya diketahui semua masih jarang miss mengadakan kuliah

Setakat ini beliau masih kuat ingatan dan tidak mungkin membuat surat sedemikian, yang keperluannya tidak mendesak. Seolah-oleh menyerahkan Singapura kepada Si Stanford Raffles yang memerlukan surat ditanda tangan Sultan Johor

Atau sepenting perjanjian Tanah Melayu menjual air dengan harga amat murah kepada Singapura selagi ada bulan dan matahari. Tidak mungkin dikaji semula

Hanya jika Tuan Guru Haji Hadi hilang ingatan, mungkin surat seperti yang dikatakan itu berlaku. Tiada keterangan beliau hilang ingatan. Dan beliau pun tidak pernah mendekati benda-benda yang menyebabkan hilang ingatan. Belum ada pengesahan doktor ingatannya demikian

Dan jika beliau hilang ingatan tiada siapa akan membawa atau menemuinya berjumpa Perdana Menteri. PM pun tidak buang masa untuk jumpa orang hilang ingatan

Atau kemungkinan yang menerima surat itu hilang ingatan disebabkkan oleh usianya. Pun tiada pengesahan doktor tentang ingatannya. Jika ingatannya demikian, tentu hilang kelayakan jadi Perdana Menteri

Entahlah jika ingatan itu hilang sekali sekali dan masa itu ingatannya hilang

Rasanya tidak siapa percaya Tuan Guru Haji Hadi buat surat seremeh itu. Amat payah difikirkan ada orang yang mempercayai dakwaaan PM Mahathir itu yang selamanya banyak berpolitik Luncai. Bukan politik tipu atau politik bohong, tetapi politik yang banyak belit dan muslihat. Hatta Tun Siti Hasmah, isterinya payah percaya kejadian itu

Dengan menyebut benda yang tidak masuk akal itu politiknya tentang PRK Semenyih itu sudah jadi politik Luncai. Dan siapa percaya dengan politik Luncainya itu telah termasuk perangkap Luncainya

Seolah-olah yang amat percaya adanya surat itu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Buktinya, dia ulas penafian PAS itu, kira-kira depan Tun cakap lain, belakang cakap lain

Jika Tan Sri Muhyiddin tidak tengok surat itu tapi dia percaya, Mahathir pun boleh bertambah Luncai bagaimana orang seperti Muhyiddin boleh terperangkap dalam politik Luncainya

Joseph Gobbels, Menteri Propaganda Hitler, diajar Hitler, bohong itu jika diulang-ulang nescaya orang percaya ia bukan bohong

Rata-rata orang percaya Tuan Guru tidak buat surat begitu. Beliau masih menjadi imam. Ia tanda ingatannya kuat dan dipercayai makmum

Ingatan Mahathir kuat. Jika tidak kuat tentu PAS tidak suruh dia terus jadi Perdana Menteri. Dakwaannya saja tidak dipercayai selagi dia tidak tunjukkan surat itu

Tetapi mengapa dia dakwa demikian? Itulah Luncainya

Ia termasuk cerita jenaka rakyat seperti Haji Bakhil buat notis, ‘Haji Bakhil tidak tanam harta di sini’. Apabila si fulan tengok notis itu dia ganti dengan notis, ‘Fulan tidak curi harta Haji Bakhil’

Demikianlah moral kempen politik Luncai dalam PRK Semenyih. –HARAKAHDAILY 1/3/2019




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/03/katak-pun-batuk-melihat-politik-luncai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Politik Umno Pas Terbukti Berkesan Kata Penganalisis Politik

Kerjasama Politik Umno Pas Terbukti Berkesan Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 414 hits
Kemenangan BN dalam PRK Semenyih juga merupakan satu bentuk referendum rakyat terhadap kerajaan negeri dan pusat supaya menunaikan janji pilihan raya dan tidak dilihat mengabaikan kepentingan orang Melayu dan Islam Kerjasama politik Umno PA...
Apa Kata Penduduk Semenyih Mengenai Aiman Zainali

Apa Kata Penduduk Semenyih Mengenai Aiman Zainali

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 337 hits
Temuramah rakan calon pakatan Harapan N24 Semenyih Muhammad Aiman Zainali dan penduduk sekitar Semenyih
Tak Tanda Kata Cikgu Tak Ajar Bila Tanda Ini Pula Balasannya Sedih Sungguh

Tak Tanda Kata Cikgu Tak Ajar Bila Tanda Ini Pula Balasannya Sedih Sungguh

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 521 hits
Tak Tanda Kata Cikgu Tak Ajar Bila Tanda Ini Pula Balasannya Sedih Sungguh Keberkatan ilmu itu letaknya pada seorang guru Jika tiada adab kepada guru di mana datangnya berkat itu Kerana itulah kita wajib menghormati guru yang memberikan ilm...
Gaji Minimum Mengikut Sektor Dibenar Bawah Undang Undang Kata Menteri

Gaji Minimum Mengikut Sektor Dibenar Bawah Undang Undang Kata Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 323 hits
Gaji minimum mengikut sektor dibenar bawah undang undang kata menteri nbsp
Hanya Hantu Lgbt Dapat Manfaat Tol Percuma 11pm 5am Kata Najib

Hanya Hantu Lgbt Dapat Manfaat Tol Percuma 11pm 5am Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 281 hits
Najib Razak ketika berkempen di Semenyih SEMENYIH Bekas perdana menteri Najib Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan berhubung rancangannya menggantikan kutipan tol di 4 lebuh raya dengan caj kesesakan mengatakan tiada sesiapapun mendapat...
Satu Saksi Pelapor Ahmad Dhani Cabut Keterangan Bap Soal Kata Idiot

Satu Saksi Pelapor Ahmad Dhani Cabut Keterangan Bap Soal Kata Idiot

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 256 hits
Keterangan saksi kemudian dilanjutkan oleh Eko Pujianto Saksi kedua ini merupakan Sekretaris koalisi Bela NKRI Uniknya ia mencabut keterangan yang ada dalam BAP soal frasa yang ada di luar itu idiot
Nazri Kata Mca Bukan Lagi Bn

Nazri Kata Mca Bukan Lagi Bn

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 409 hits
Nazri kata MCA bukan lagi BNPosted By on February 26 2019Tidak dapat dipastikan sama ada MCA masih lagi sebahagian daripada anggota parti komponen BN atau tidak kata setiausaha agung gabungan itu Nazri Aziz Beliau yang terkenal sebagai toko...
Malaysia Airlines Flight From Jakarta Declares Emergency Near Klia Lands Safely With Rescue Vehicles On Standby

Tiba Masa Pulihkan Kepercayaan Keyakinan Pengundi Dap Ronnie

Walauntit Padam Komen Di Facebook Dan Minta Maaf Kepada Mp Bangi

It Takes Just One Pregnant Guppy For An Alien Invasion Practical Fishkeeping

Produk Untuk Mereka Yang Mementingkan Kualiti Hidup

Pm Gesa Imarah Masjid Suburkan Kegiatan Ilmiah

Promising New Lineup Mustn T Ignore Anxieties On The Ground Says Ex Dap Strongman

How Google And Nvidia Are Teaming Up To Solve Real World Problems With Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Kesihatan Dan Pemakanan Wanita Pada Setiap Usia

Culture Of Entrepreneurial Mindset

Ngos Unite To Ensure Water Security Promote Responsibility The Star 19 03 2025

My Cat Expo 2025 Edisi Raya

Kembalikan Pelangiku

Lirik Lagu Ipg Kpm Yang Rasmi