Kastam Rampas 6 Juta Batang Rokok Bernilai Lebih Rm4 Juta


                                                           Gambar Hiasan
 PELABUHAN KLANG: Hampir enam juta batang rokok dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah II (Selangor) menerusi dua serbuan berasingan di sebuah gudang di Seri Kembangan serta sebuah lori di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak pada 22 dan 29 Februari lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata kesemua rokok putih yang dirampas dalam dua kes berasingan itu dianggarkan bernilai RM4.35juta (RM4,354,400) dengan duti serta cukai.
Beliau berkata, kes pertama membabitkan pemeriksaan terhadap sebuah gudang tidak berpenghuni pada 22 Februari menemui dua juta batang rokok disyaki tidak berkastam yang dianggarkan bernilai RM1.33 juta (RM1,336,000) dengan duti dan cukai.
"Kes kedua membabitkan penahanan sebuah lori yang sedang menghala ke Kuala Lumpur pada 29 Februari yang didapati membawa sejumlah 3,920,000 batang rokok yang dianggarkan berjumlah RM3 juta (RM3,018,400 dengan duti dan cukai).
"Seorang lelaki tempatan iaitu pemandu lori berkenaan yang berusia 50-an turut ditahan untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Pelabuhan Utara dekat sini, hari ini.
Dalam pada itu, Sazali berkata dalam kes berasingan pada 28 dan 29 Februari lalu, JKDM turut melakukan serbuan dan pemeriksaan terhadap enam kontena berisi rokok, minuman keras, e-sisa dan bateri terpakai yang dianggarkan bernilai RM2.7 juta (RM2,703,440) termasuk duti dan cukai di Pelabuhan Barat.
"Pada 28 Februari lalu, Bahagian Penguatkuasaan menahan empat kontena yang mana selepas diimbas ia menunjukkan imej meragukan serta tidak konsisten dengan deskripsi dagangan yang diikrar iaitu 'Aluminium Flakes'
"Pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah bateri terpakai seberat 111,500 kilogram bateri terpakai yang dianggarkan bernilai RM1.17 juta (RM1,177,440) dengan duti dan cukai dipercayai tidak mempunyai permit import," katanya.
Beliau berkata, pada 29 Februari pula, pihaknya memeriksa dua kontena yang diikrar membawa muatan 'copper alloy' sebelum menemui sejumlah rokok, minuman keras serta e-sisa.
Katanya, kesemua muatan berkenaan dianggarkan bernilai RM1.526 juta dengan duti dan cukai.
"Kesemua kes ini disiasat mengikut Akta Kastam 1967," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritasetiap-hari.blogspot.com/2024/03/kastam-rampas-6-juta-batang-rokok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Esscom Rampas Rokok Tembakau Seludup Rm4 13 Juta

Esscom Rampas Rokok Tembakau Seludup Rm4 13 Juta

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 104 hits
Komander Esscom Victor Sanjos berkata dalam serbuan itu sebanyak 3 178 120 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama serta 400 bungkusan tembakau dirampas LAHAD DATU Pasukan khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah merampas pelb...
Terima Rasuah Lebih Rm2 Juta Sprm Tahan 15 Lagi Penjawat Awam Terbabit Penyeludupan

Terima Rasuah Lebih Rm2 Juta Sprm Tahan 15 Lagi Penjawat Awam Terbabit Penyeludupan

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 266 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 15 lagi penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau rokok dan arak secara haram...
4 Penjawat Awam Bersekongkol Dengan Sindiket Terima Rasuah Lebih Rm5 Juta

4 Penjawat Awam Bersekongkol Dengan Sindiket Terima Rasuah Lebih Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 144 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANBeberapa suspek yang ditahan SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi mendapatkan perintah reman Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR KOSMO PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan empat penjawat ...
Jisoo Blackpink Jadi Duta Self Portrait Jana Lebih Puluhan Juta Dalam Masa 48 Jam

Jisoo Blackpink Jadi Duta Self Portrait Jana Lebih Puluhan Juta Dalam Masa 48 Jam

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 182 hits
Self Portrait telah mengumumkan kempen kolaborasi bersama Ji soo BLACKPINK buat koleksi musim bunga musim panas mereka ARTIKEL BERKAITAN Ji soo juga telah mencipta sejarah selepas menjadi penyanyi atau pemuzik pertama yang bekerjasama denga...
Paket Pengiriman Ratusan Ribu Batang Rokok Ilegal Di Kabupaten Aceh Utara Terbongkar

Paket Pengiriman Ratusan Ribu Batang Rokok Ilegal Di Kabupaten Aceh Utara Terbongkar

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 108 hits
Petugas melakukan penangkapan terhadap mobil pikap yang mengangkut 298 000 batang rokok
Ini Isu Lebih Baik

Ini Isu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 171 hits
Khairuddin Abd MalikDaripada kecoh isu yang non issue buka kantin semasa Ramadan Jom kita share isu2 yang boleh membawa rasa kebersamaan dan saling berbaik hormat Uncle Lim ni pelanggan klinik aku di Ampang Ipoh Specialnya dia ni 2 orang an...
Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

Bayaran Pencen Penjawat Awam Meningkat Lebih Rm1 Bilion Setiap Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 250 hits
Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan dapat berjimat RM22 826 65 sebulan apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji pokok sejak dilantik pada Nov 2022 PETALING JAYA Tanggungan kerajaan bagi pembayaran pencen untuk pesara perkhi...
Video Jokowi Minyak Makan Merah Lebih Murah Enak Bergizi Dari Minyak Goreng Biasa

Video Jokowi Minyak Makan Merah Lebih Murah Enak Bergizi Dari Minyak Goreng Biasa

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 82 hits
Jokowi senang produk ini nantinya akan lebih kompetitif dibanding minyak goreng biasa
Bukan Mencabar Perlembagaan Sebaliknya Mahu Malaysia Lebih Bersatu

Bukan Mencabar Perlembagaan Sebaliknya Mahu Malaysia Lebih Bersatu

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 214 hits
KANGAR Desakan Pemuda UMNO agar mewujudkan sekolah satu aliran kepada Kerajaan Perpaduan bukan untuk mencabar Perlembagaan atau Mahkamah Persekutuan sebaliknya mahu melihat ke arah Malaysia yang lebih bersatu melibatkan pelbagai kaum pada p...
Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Building Strong Support Network

Gubal Undang Undang Yang Keras 5 Warga Asing Didenda Rm1 200 Kerana Merusuh


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Kek Batik Paling Sedap Di Meru Klang

Babylon Jambatan Chord

No Discrimination In Civil Service Hiring Says Jpa

Students Unfazed By Rm5 Million Threat Plan Second Sabah Anti Graft Rally

Masjid Selat Kat Pulau Melaka

Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Komuniti Anjuran Perpustakaan Pahang Mengkarak