Kasihan
PKR KUALA TERENGGANU
TAK NAK DEMO KE WALAUN?
Kesian Rakyat Terengganu, Dua kali kenaikan Tarif Air.



Tahun lepas dah naik. Tahun ni naik lagi. Bermula Semalam iaitu 1 Ogos 2025,
Kerajaan PAS Terengganu telah menaikkan caj bulanan minimum tarif air.
Sudah diwartakan, penduduk Terengganu akan menikmati kadar baharu caj bulanan minimum RM6.60 selepas naik 80 sen.
Tahniah kepada walaun kerana menjadikan negeri ni sebagai negeri yang membebankan Rakyat.
Dan bukan setakat Terengganu, negeri SG4 yang diperintah PAS turut naik. Air paling mahal setakat ni dipegang oleh Perlis yang mencatatkan kenaikan tertinggi di Malaysia apabila naik RM1.60 menjadi RM8.80.
Satu lagi negeri yang dipimpin PAS, Kedah pula mencatatkan kenaikan ke-2 tertinggi negara apabila Tarif Air minimum mencecah RM8.10 apabila naik 60 sen.
Kelantan naik ke-3 tertinggi di Malaysia dengan menaikkan caj bulanan minimum kepada RM8.00 selepas naik RM1.2O.
Tahniah dan syabas PAS. Mana dia penasihat SG4, Mahathir Mohamad. Sebab Air ni dibawah bidang kuasa negeri. Sebab itulah mereka sewenang-wenangnya naikan harga air. Tambahan pula walaun yang jadi Pokki Angguk. Sebab tu mudah kerja MB mereka naikkan tarif air.
Berbeza negeri Kerajaan PH/BN, dimana pengguna air dengan meter individu di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikekalkan caj bulanan minimum pada harga RM6.50.
Kadar tarif air dinikmati penduduk di Lembah Klang itu sekaligus jauh lebih rendah berbanding Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Pulau Pinang lagi bagus, mereka menangguhkan kenaikan tarif air dan ianya memberi kelegaan besar kepada Rakyat Pulau Pinang.
Manakala Perak pula hanya menaikkan tarif air kepada pengguna komersil sahaja. Pengguna isi rumah tidak kena dan ini tidak membebankan mereka langsung.
Jadi buat Rakyat Terengganu, apa pilihan yang ada pada anda. Kalau berterusan sokong PAS, tak mustahil bil air akan terus naik hingga mencecah RM 10 tak lama lagi.
Jadi sebelum bil air kita terus naik, baik kita naikkan kerajaan Baru. Yang cakna Rakyat.
Kalau tak, tentu darah kita akan naik setiap kali menerima bil air bulanan yang dihantar ke rumah kita. Itu je pilihan yang kita ada sebenarnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/08/kasihan.html